6 Website Yang Anda Wajib Lawati - Cahaya Hayati

6 Dec 2016

6 Website Yang Anda Wajib Lawati

Asslamualaikum wbt. 6 Website Yang Anda Wajib Lawati 

Sekarang ini semua orang perlu peka dengan perkembangan dunia digital. Semua perkara akan menjadi digital atau lebih banyak menggunakan aplikasi. Perubahan itu telah nampak sedikit demi sedikit. Saya percaya tak lama lagi pergerakan, perhubungan,pengawalan akan bertukar menjadi digital atau menggunakan aplikasi.

Sehubungan ke arah dunia digital, kita tak kira siap kita... sebagai pelajar, individu, pekerja atau ibu bapa wajib mengetahui tentang 6 website ini.

Kenapa? Baca sebab-sebabnya di bawah yer...



Jawatan kosong


Government.my menyediakan lebih 10,000 jawatan kosong sektor awam yang khusus di Malaysia. Laman web atau blog ini menyediakan banyak peluang-peluang pekerjaan baru. Di samping itu website ini menyediakan pelbagai info dan isu semasa yang berkaitan.


Jawatan kosong kerajaan 




Dulu nak keja kan sektor kerajaan bukan main susah... Tapi sekarang , laman web  JawatanKosong.co ini pula lebih fokus kepada mereka yang mencari jawatan kosong dalam sektor kerajaan dimana jawatan ini gajinya lebih lumayan, terjamin dan sudah pastinya senang nak buat loan betul? Akan tetapi kerja kerajaan ni sudah pasti bukan senang nak apply, orang kata kena guna kabel tak tau la betul ke tak sebab kita ni kerja blogger je.


Kerja Kosong 



Kalau nak cari kerja kosong tak kira dalam sektor kerajaan atau swasta, kenalah lawati KerjaKosong.co

Kerjakosong.co pula merupakan portal pekerjaan dimana portal ini menghubungkan majikan dengan pekerja. Dalam portal ini, majikan boleh submit dan publish tawaran kerja kosong terus kepada mereka yang berminat. Jika anda mencari pekerja, atau anda ingin mencari pekerjaan yang gaji tinggi, sila lawati portal ini dan bookmarknya sekarang.

Saps Ibu Bapa 



Eh, apa benda ni saps ibu bapa? Haaaa! Laman web ini sangat berguna pada waktu musim persekolahan terutamanya semasa musim persekolahan. Ia adalah laman web untuk ibu bapa semak keputusan peperiksaan anak-anak mereka. Anda boleh semak keputusan peperiksaan semudah dengan isikan no kad pengenalan anak dan nama penuh. Saps adalah singkatan kepada sistem analisis peperiksaan sekolah dan dibangunkan oleh KPM.


APDM 


Laman web apa APDM ni? Okay APDM ni pula ialah laman web untuk cikgu-cikgu mengisi data-data murid seperti kehadiran, mata pelajaran dan lain-lain. Sistem ini juga dibangunkan oleh KPM demi memajukan sistem pendidikan sekolah Malaysia. Apdm bermaksud aplikasi pangkalan data murid.

Hrmis2 



HRMIS ini merupakan aplikasi dalam talian yang dikenali sebagai Sistem Maklumat Pengurusan sumber Manusia ataupun dalam bahasa inggerisnya Human Resources Management Information System. Aplikasi ini digunakan oleh setiap penjawat awam untuk permohonan cuti mahupun mengemaskini maklumat peribadi mereka dari semasa ke semasa.


Haa!! Inilah 6 website yang korang wajib tahu dan lawati. Bukan apa senang nanti... Nak cari kerja dah tahu website mana nak terjah, jadi mak bapak tahu website mana nak tengok results anak-anak, dah jadi pekerja kerajaan tahu website mana yang nak masuk dan update data...

Nampakkan kepentingan dia. Di harap semua dapat letakkan website ini di bookmark masing-masing. Senang nak cari nanti.

No comments:

Post a Comment