Mewangi Selalu Dengan Syahirah Vitalis

1:59 PTG Cahaya Hayati 1 Comments

Assalamualaikum wbt. Mewangi Selalu Dengan Syahirah Vitalis

Mommy dan wangi-wangian memang tak dapat di pisahkan. Sejak dulu lagi tau! Rasa tak berapa berkeyakinan kalau tak wangi.:D

Baru-baru ni mommy telah mencuba Syahirah Vitalis Eau De Cologne  yang terbaru dari Syahirah. Tak sangka best dan baunya pun tahan lama.

Syahirah Vitalis Eau De Cologne


Syahirah Vitalis Eau De Cologne

Baru-baru ini, Syahirah telah melancarkan koleksi wangian terbarunya di Malaysia – Syahirah Vitalis Eau De Cologne. Haruman yang memiliki keunikan tersendiri ini pasti membuatkan orang di sekeliling menoleh kepada anda, terpana sekaligus mencipta memori manis mengenai anda.

Syahirah Vitalis Eau De Cologne merupakan haruman yang menjadikan anda wanita yang memiliki haruman tersendiri dan menyerlah berbanding wanita lain. 

Ia disempurnakan dengan segala ciri-ciri hebat bagi memenuhi keperibadian wanita yang berkaliber, elegan dan glamor, menepati imejnya. Selepas diperkenalkan di Indonesia, ia telah berjaya menjadi haruman pilihan nombor satu yang mana kesemua haruman terpilih berdasarkan trend terkini daripada wangian berjenama antarabangsa. Sentuhan elegan dan glamornya juga bakal mendominasi pasaran di Malaysia.

Syahirah Vitalis Eau De Cologne

Rangkaian Syahirah Vitalis Eau De Cologne mempunyai aroma tersendiri yang akan merangsang aura positif diri anda seperti esen sitrus, ia akan member kesegaran dan kecergasan agar anda sentiasa bersedia untuk menjalani aktiviti-aktiviti harian. Semestinya haruman ini akan membina keyakinan dan menyerlahkan daya penarik diri anda. Erti kata lain, wangian yang tepat menyempurnakan aura dalaman dan karakter seseorang wanita disamping meningkatkan keyakinan mereka untuk berinteraksi dengan orang di sekeliling serta mendorong orang lain untuk lebih mengenali mereka.

Kesimpulannya, Syahirah Vitalis Eau De Cologne membantu melancarkan perjalanan kearah kejayaan dan hubungan sesame individu menerusi kuasa harumannya

Syahirah Vitalis Eau De Cologne

Kenapa Syahirah Vitalis Eau De Cologne Menjadi Pilihan?


Hanya semburkan sedikit haruman Syahirah Vitalis Eau De Cologne pilihan anda daripada botolnya yang elegan bagi meraih keyakinan dan daya penarik untuk kekal menyerlah. Syahirah Vitalis Eau De Cologne juga diperakui Halal oleh Majelis Ulama Indonesia (MUI), menjadikan ia selamat untuk digunakan pengguna beragama Islam. Rangkaian Syahirah Vitalis Eau De Cologne diolah dengan warna-warna berani dan terang bagi membezakannya mengikut karakter tersendiri. Setiap semburan pasti membuatkan anda mampu untuk “serlahkan pesona meraih bintangmu”. Koleksi wangian terbaru ini hadir dalam empat haruman yang tersendiri serta mengikut karakternya iaitu:


Haute Couture 

Syahirah Vitalis Eau De Cologne

Percaya pada diri bersandarkan keyakinan tinggi merupakan asas pertama dalam mendepani cabaran harian bagi meraih kejayaan. Kombinasi haruman bunga-bungaan, kayuan dan dedaunan kehijauan di dalam Haute Couture menyerlahkan kesegaran dan kecantikan dalaman yang membantu menggandakan keyakinan diri bagi mencapai kejayaan dalam hidup.


Femme Chic 

Syahirah Vitalis Eau De Cologne

Kombinasi haruman buah-buahan dan bunga-bungaan eksotik meliputi kemanisan nektar, mangga dan strawberi bersama jambangan bunga menawan serta adunan kesturi vanila yang sensual pasti meninggalkan haruman yang berpanjangan. Ia melambangkan nilai elegan, tidak hanya dinilai berdasarkan busana mewah yang disarungkan, malah turut diserlahkan menerusi kecantikan aura dalaman diri anda.

Celebrite

Syahirah Vitalis Eau De Cologne

Haruman dengan esen bunga-bungaan dan buah-buahan ini akan membuatkan anda menjadi tumpuan orang di sekeliling dengan aromanya yang unik sekaligus membolehkan anda mengejar impian dalam menjadi persona hebat ketika melangkah di karpet merah dan menjadi bintang popular. Karakter anda sebagai wanita popular akan menyerlah dalam setiap semburan, membebaskan sisi dalaman anda sebagai seorang bintang kepada dunia.

Glam Star 

Syahirah Vitalis Eau De Cologne

Haruman yang melambangkan nilai glamor, ceria dan pesona yang menyenangkan apabila menjadi tumpuan ramai atau individu yang menghidupkan kerancakan sesebuah parti. Terdiri daripada esen-esen bunga-bungaan dan buah-buahan hijau segar, wangian ini akan menjadikan anda tumpuan ramai dan kelihatan glamor di mana-mana acara social ataupun ke mana sahaja anda melangkah dalam kehidupan seharian.

Jadi mengapa perlu meninggalkan ‘posyen ajaib’ anda di rumah apabila ia boleh dibawa ke mana sahaja di dalam beg tangan sebagai perangsang keyakinan yang berpanjangan dalam setiap semburan haruman Syahirah Vitalis Eau De Cologne pilihan anda. Malah, ia juga membolehkan anda menikmati hidup sebagai wanita penuh glamor di setiap detik tanpa perlu dibatasi hanya untuk acara-acara istimewa.


Harga Jualan  Syahirah Vitalis Eau De Cologne 


Syahirah Vitalis Eau De Cologne dijual pada harga RM19.90 untuk botol bersaiz 100ml dan boleh didapati di semua pasar raya besar, pasar raya dan farmasi utama. Dapatkan segera untuk “serlahkan pesonamu, raih bintangmu”.


1 comments:

Inani Hazwani berkata...

Memang wangi, soft aje bau dia. Heheh :)

Pengikut

Google+ Followers