loading...

9 Nov 2016

# product review

Manjakan Diri Dengan NIVEA Skin Delight Body Milk

Assalamualaikum wbt. Manjakan Diri Dengan NIVEA Skin Delight Body Milk 

Dah baca entry mommy pagi tadi? Sekejap saja pergi buat sales untuk tingkatkan revenue company. Seronok buat sales dan bekerja di luar pejabat rupanya. Boleh nampak dan jumpa pelbagai ragam pelanggan. Seronok tapi sedikit letih ... 

Sekarang dah sampai office. Dok dalam aircond. Tangan rasa kering...Terus capai NIVEA Skin Delight Body Milk. Wahhh bestnya. Rasa lembab dan lembut ja tangan ni. Bau pun harum.. Rasa tenang dan rileks ja dengan bau lotion ni. Tangan pun dah kat hidung. Kau dah kenapa? hahaha.

Meh mommy citer sikit tentang NIVEA Skin Delight Body Milk. Ini lotion yang terbaru di PASARAN. Kalau buka tv mesti nampak iklan lotion ni kannn.

NIVEA Skin Delight Body Milk
Teman setia kulit mommy siang dan malam

NIVEA Skin Delight Body Milk


Sebuah produk inovasi terbaru keluaran NIVEA, memastikan anda menikmati sesi memanjakan diri yang akan menaikkan “mood” anda semasa berada di kamar mandi. Seindah namanya, NIVEA SKIN DELIGHT direka dengan satu tujuan utama – memberilkan kenikmatan buat deria anda dengan sentuhan, penglihatan dan wangian yang membuat anda berasa istimewa semasa anda memanjakan diri.

Ditakrif sebagai rawatan terulung bagi kulit yang kering, minyak badan berfungsi sebagai pembekal keanjalan dan seri kepada permukaan kulit anda bermula dari dalam. Kulit akan menyerap serta menikmati segala kebaikan yang terkandung dalam minyak tanpa berasa melekit, kerana NIVEA Skin Delight mengandungi nutrisi penjagaan terbaik dari minyak badan dalam bentuk “body milk” yang mudah untuk disapukan. 
Nivea

Kenapa Menggunakan SUSU?


Susu juga diperkaya dengan manfaat menyubur dan mencerahkan kulit. Sejak berabad lamanya, golongan wanita sering menggunakan susu segar sebagai bahan mandian selain air bagi mengekalkan kecerahan kulit mereka. Ini kerana kandungan asid laktik yang terdapat dalam susu menguraikan protein yang menyatukan sel-sel kulit mati, lantas memberi ruang kepada kulit baru yang lembut serta bertekstur licin dan halus untuk tumbuh. Susu ini juga mengalir lembut di atas kulit apabila ia dioleskan lantas menjadikan kulit anda lembut dan berseri-seri. 

Nivea

Bagi memberi ketenangan kepada jiwa dan minda setelah seharian bekerja,  “body milk” ini turut diadun bersama haruman semerbak yang diekstrak dari bunga mawar dan juga lavender.


NIVEA Skin Delight Body Milk ~ Relaxing Lavender


NIVEA Skin Delight Body Milk ~ Relaxing Lavender dapat menenangkan stress dan kelesuan. Ini telah terbukti lavender atau nama saintifiknya Lavandula Angustifolia juga mempunyai reputasi yang mengagumkan dalam dunia aromaterapi. Sejenis tumbuhan herba berbunga dan tergolong dalam keluarga pudina, lavender boleh didapati di setiap pelusuk dunia bermula dari benua Afrika hingga ke kawasan pergunungan di Asia dan ia telah di gunakan secara meluas di kebanyakan negara sebagai bahan untuk menenangkan stress dan kelesuan. Selain itu, ia juga dapat meredakan iritasi serta kekeringan pada kulit. 

Nivea

NIVEA Skin Delight Body Milk ~ Glowing Rose


Penggunaan bunga mawar bukanlah satu bahan asing dalam dunia kosmetik. Penggunaanya amat menyeluruh samada secara sepenuhnya ataupun sebahagian daripada asas campuran dalam produk wangian mahupun manfaat rawatan. Wanita-wanita Yunani kuno dan Rom dikatakan menggunakan kelopak-kelopak segar dari bunga mawar untuk mewangikan air mandian mereka. Pada masa yang sama, minyak pati yang terkandung dalam bunga mawar mampu mengekalkan kelembapan semulajadi pada kulit. 

Nivea
Oh sebab itulah NIVEA Skin Delight Body Milk  di keluarkan. Nak bagi wanita memanjakan diri agar tubuh menjadi cantik dan sihat sekaligus memberi ketenangan kepada wanita. Patutlah lepas cium bau lotion ni mommy jadi tenang walaupun report yang nak kena buat banyak...

Untuk mendapatkan NIVEA Skin Delight Body Milk Glowing Rose dan Relaxing Lavender boleh di dapati di semua pasaraya dan farmasi terpilih. Harga pengenalan yang di tawarkan adalah :

RM 11.90 untuk saiz 250ml ( Harga Runcit RM 16.50)
RM17.90 untuk saiz 400ml (Harga Runcit RM 21.90)

Cepat-cepat dapatkannya sementara masih dalam harga pengenalan.

1 ulasan:

Suzie Yusuh berkata...

memang best pakai Nivea ni. suka, kulit jadi lembut :)

Pengikut

Google+ Followers

Follow Me @cahaya_hayati292