Kembangkan Kreativiti Anak-Anak Dengan M&M clay slime - Cahaya Hayati

3 Nov 2016

Kembangkan Kreativiti Anak-Anak Dengan M&M clay slime

Assalamualaikum wbt. M&M clay slime

Hari tu mommy ada buat job review toysdirect.com. Boleh baca kat SINI dan M&M Clay Slime ini adalah impal baik bagi review yang mommy buat. 

Apa itu M&M Clay Slime?

Masa terdengar nama M&M Clay Slime mommy pun tak tahu apa benda tu. hahaha. Tapi redha jelah sebab ia adalah balasan bagi review yang mommy buat. 

Buka kotak, mommy menerima 24 biji M&M yang pelbagai warna. Pusing depan, pusing belakang... Hmmm. Still tak dapat jawapan apakah benda itu. Dalam fikiran mommy, untuk main baling-baling kot. Hihi... serius takdak dalam fikiran mommy plus lupa nak google.

M&M clay slime

Lepas tu momy bagi la kat kakak Aisya dan Abang Ammar. Sekejap saja budak-budak ni dah tahu cara nak main. Kena buka bebola ni dan kat dalam tu ada tanah liat lutsinar macam jelly. haishhhh! Nampak sangat mommy dah tua..

Syiok la depa. sekejap buat bentuk tu, sekejap buat dinosaur, sekejap buat rantai tangan dan rantai leher...  Buatlah apa pun asalkan korang  bahagia dan mommy pun bahagia jugakk.

Antara yang mommy sempat snap. Rantai leher berjuntai dari kakak Aisya...

M&M clay slime

Bagi Mommy M&M Clay Slime ini sesuai untuk merangsang otak anak-anak sebab dengan M&M clay slime ini anak-anak bermain dengan kreativiti di mana otak dan anggota tubuh badan bergerak dengan selari.

Selain dari itu, warna M&M clay slime ini juga menarik.

Okayyy tak sabar mommy nak tengok kreativiti anak-anak pada masa cuti sekolah nanti...

2 comments:

  1. Ohhh itu ke kegunaannya.. Lea pown tataw camne nk guna bende tu.. Puas fikir.. Ada la sebijik terbukak dan terkeluar jeli tu.. Terus en. suami amek buang sebab bahaya katanye nanti anak makan.. Hahaha adoiii laa..

    ReplyDelete
  2. ooo itu rupanya kegunaan dia... bgus juga mcm tanah liat yg biasa guna la tukan.. boleh buat bentuk2..

    ReplyDelete