Dropship | Berniaga Tanpa Modal - Cahaya Hayati

22 Nov 2016

Dropship | Berniaga Tanpa Modal

Apa itu dropship? 


Mungkin anda yang masih baru tertanya-tanya apa itu dropship? Bagaimanakah sistem dia? Halal ke? Baik buruk dropship? Dropship ni sesuai untuk siapa? Anda jangan bimbang kerana saya akan cuba terangkan kepada anda dengan lebih detail lagi apa itu maksud dropship. Entry ini khas kepada yang baru nak berjinak dengan dropship yer

Bagaimana Dropship Berfungsi?


Dropship


Daripada carta alir di atas,  dropship ini adalah sejenis perniagaan di mana kita menjual produk tanpa menyimpan stok. Dalam bahasa yang mudah, anda menjadi orang tengah. Kerja anda cuma mempromosikan produk tersebut dan apabila ada orang memgambil order dari anda, anda hanya buat pesanan kepada supplier anda tadi untuk menghantar barang tersebut kepada pelanggan. Dari segi teori dan praktikal, itulah maksudnya dropship. Fahamkan?

Dropship

Di Malaysia terdapat 2 , 3 carta alir dropship. Ia di tentukan oleh supplier. Ada yang pelanggan bayar kepada anda dan anda membayar harga produk kepada supplier dan supplier hantar barang kepada pelanggan. 

Ada juga yang pelanggan bayar terus kepada supplier dan anda dapat keuntungan. Keuntungan akan di bayar kepada anda secara harian/ mingguan ataupun bulanan. Ada juga yang supplier tetapkan had komisen. Contohnya jika komisen mencecah RM 100 baru akan di transfer kepada dropshipper.. So, anda perlu berusaha keras untuk mencapai komisen sebanyak itu.

Dropship

Siapa Yang Patut Buat Dropship?

Dropship adalah satu cara menjana income. Semua patut mencubanya. Tambah-tambah lagi student. Dengan ini anda boleh menjana pendapatan sendiri tanpa perlu mengeluarkan modal, peluh dan tenaga. Hanya perlu promosi secara online saja.


Setakat ini saja tentang dropship. Dalam entry yang lain, saya akan ceritakan tentang kelebihan dan kekurangan dropship. 

Ehemmm! Buat pengetahuan anda, saya adalah agent dropship untuk BIOBAX dan SeqyBeuty.  Nak beli BIOBAX dan Seqybeuty boleh pm/ wassap atau email mommy.

wassap: 0194703288
email : yati292@gmail.com


2 ulasan:

  1. isteri saya pun buat dropship nie.. kerja senang dan income pun boleh tahan jugakla

    BalasPadam
  2. SA pun buat DS Biobax dan Lurve Me Perfume By Izreen Azminda...seronok rupanya buat DS ni

    BalasPadam