Cantik, Mewah ,Bling Bling Dan Seni Halus Untuk Kek Perkahwinan Amyra Rosli & Amar Bahrain - Cahaya Hayati

14 Nov 2016

Cantik, Mewah ,Bling Bling Dan Seni Halus Untuk Kek Perkahwinan Amyra Rosli & Amar Bahrain

Assalamualaikum wbt. 

Terpegun mommy melihat kek perkahwinan Amyra Rosli & Amar Bahrain. Cantik, mewah, bling bling dan penuh dengan ukiran halus yang menyerupai kain lace. Serius, sayang nak makan... 


Bila terkena cahaya lampu, lagi tampak cantik, mewah dan sayang nak makan. Haha.


Kek cantik ini di hasilkan oleh si cantik anne idris. Sebelum ini pernah viral untuk kek nealofar dan kek bawal.


Tahniah Anne Idris kerana di anugerahkan bakat dan kreativiti dalam menghasilkan kek mewah, cantik dan memenuhi impian penempahnya. 

Kenali anne idris ~ sumber dari sinar harian 7 April 2014.


KETIKA  wanita lain mahu bergaya dengan barangan berjenama, kereta mewah dan rumah besar, Siti Saleha Idris, 34, bertungkuslumus di dapur menyiapkan tempahan pelbagai jenis kek.

Siti Saleha yang mahu dikenali sebagai Anne berkata, beliau tidak mungkin melupakan saat memulakan perniagaannya, My Mum’s Bakery pada 2006 dengan bersandarkan kepada Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) sahaja.

Anne berkata, beliau mahu membuktikan tanpa pelajaran, seseorang itu boleh berjaya jika memiliki kejujuran, keberanian dan ketegasan dalam melakukan sesuatu.

Anne berkata, kemahiran dimilikinya tidak disia-siakan walaupun menerima pelbagai kritikan apabila menyuarakan hasrat membuka kedai bakeri sendiri dan perniagaan dalam talian.

“Saya mahu membuktikan kepada mereka yang mengkritik, jika kita ada kemahuan, kita akan melakukan sesuatu dengan bersungguh-sungguh dan fokus.

Saya menjadikan kritikan sebagai motivasi untuk terus pandang ke depan,” katanya yang berasal dari Taiping, Perak. Anne berkata, resipi dan tunjuk ajar diberikan ibunya, Maimunah Nordin merealisasikan impian beliau selama ini untuk membina perniagaannya.

“My Mum’s Bakery bermodalkan RM130,000 yang merupakan wang hasil simpanan sendiri,” katanya mengenai kedai bakerinya yang terletak di Subang Perdana, Selangor.


Guna resipi asli ibu


Menurutnya, kebanyakan kek Mum’s Bakery ialah resipi asli ibunya dan antara produk terkenal ialah kek mentega, kek coklat Amerika, kek span, kek walnut cip.
Beliau juga menerima tempahan kek perkahwinan, hari jadi, pertunangan dan sebagainya.
Menurutnya, selama setahun pertama menjalankan perniagaan tanpa pengetahuan asas mengenai kewangan dan perniagaan, beliau perlu cekalkan hati dalam menguruskannya.
Tambahnya, stigma sebahagian masyarakat yang sukar menerima produk Bumiputera juga menjadi cabaran.
“Alhamdulillah, saya mampu atasi keadaan itu sebaiknya. Saya turun padang mencari pelanggan dan syarikat swasta untuk mempromosikan produk saya.
“Pada mulanya agak sukar untuk dilakukan tetapi saya yakin apabila kita sendiri mencari pelanggan, kita dapat berikan maklumat lebih baik mengenai produk yang dipasarkan,” kata anak kedua daripada lima adik-beradik itu.
Katanya, keuntungan yang diperoleh dalam setahun pertama berniaga menyuntik semangat kepadanya untuk terus berusaha dan bekerja keras.
Pasar malam, tani jadi pilihan
Walaupun mempunyai kedai bakeri, Anne akan turun padang untuk menjual dan memasarkan produknya di pasar malam dan pasar tani sekitar Kuala Lumpur dan Selangor.
Katanya, pasar tani dan pasar malam adalah tempat permulaan beliau belajar secara tidak rasmi mengenai perniagaan.
“Saya tidak akan lupa pengalaman ketika mula menjual di pasar tani dan pasar malam.

“Alhamdulillah, perniagaan di pasar malam dan pasar tani menyebabkan rezeki saya makin bertambah.
Permintaan kek dan biskut semakin tinggi. Sehingga kini saya masih berniaga di sana,” katanya yang memenangi Anugerah Wanita Cemerlang Safi Rania Gold 2012.
Anne juga berniaga di tapak pameran di pasar raya dan bangunan kerajaan.


Tubuh skuad My Mum’s Bakery 

Anne yang bijak mengatur strategi perniagaannya kemudian menubuhkan Skuad My Mum’s Bakery di sekitar Selangor dan Kuala Lumpur.
Menurutnya, dengan skuad di setiap daerah di Selangor dan Kuala Lumpur, beliau dapat memasarkan semua keknya.

“Saya tidak buka cawangan baharu. Saya pilih untuk pasarkan kek saya dengan memperkenalkan skuad yang bertanggungjawab sebagai ejen untuk mempromosi dan menghantar setiap tempahan pelanggan," katanya.

Anne berkata, walaupun hanya beroperasi di sekitar Selangor dan Kuala Lumpur, kek dan biskutnya dikenali di seluruh negara dan beberapa negara luar.

“Kebanyakan pelajar di ibu kota akan mempromosikan produk saya secara tidak langsung di kawasan utara, selatan dan Pantai Timur. Kek kami juga dipromosikan oleh pelajar antarabangsa di Singapura, Brunei, Indonesia dan sebagainya.

“Kami menerima pelbagai komen mengenai produk kami. Dari sehari ke sehari, permintaan semakin bertambah.

Alhamdulillah, semua yang berlaku adalah tidak dijangka. Saya berterima kasih kepada mereka yang selama ini membantu perniagaan ini,” katanya.

Tak menang tangan penuhi permintaan 


Permintaan untuk keknya semakin bertambah dan kadang-kala Anne tidak mampu memenuhinya.
“Saya perlu peka kepada keadaan semasa terutama trend pelanggan yang berubah-ubah.

Senario ini menyebabkan saya perlu melihat trend kek atau biskut yang digemari pengguna.
“Kini saya menjual dan menerima tempahan 50 jenis kek dan 20 jenis biskut. Harga yang dijual akan mengikut saiz dan ia dijual bermula serendah RM5 sahaja,” katanya.
Selain itu, beliau juga menerima tempahan untuk membuat kek pengantin seperti kek fondant, kek mentega, kek coklat atau sebarang kek yang diinginkan pelanggan termasuk kek cawan untuk cenderahati namun perlu ditempah sekurang-kurangnya seminggu lebih awal.


Ujian datang tanpa diduga

Anne berkata, jatuh bangun dalam perniagaan adalah perkara biasa dan ahli perniagaan harus bersedia menghadapinya.

Menurutnya, pada 2009, perniagaannya dianggap selesa. Namun, tanpa diduga, beliau terpaksa berhadapan dengan episod kejatuhan yang memberikan tamparan hebat kepadanya.

“Saya hampir patah semangat untuk meneruskan perniagaan kerana pada ketika itu saya tidak mempunyai apa-apa. Saya menanggung hutang puluhan ribu dan kereta saya ditarik kerana tidak mampu bayar ansuran bulanan.

“Saya terpaksa berjalan bersama ibu sejauh enam kilometer sambil menangis untuk ke kedai bakeri kami. Saya melihat air mata ibu dan bermula dari detik itu, saya berjanji dengan diri sendiri, saya akan bangun untuk menghadapi ujian itu,” katanya.

Anne berkata, pada masa itu beliau hanya mempunyai RM5 sahaja dan wang tersebut perlu digunakan untuk perbelanjaan beberapa hari.

“Saya ambil keputusan meminjam wang daripada perniagaan wang berlesen sebanyak RM10,000.
“Saya tahu risikonya tinggi kerana ia akan melibatkan keselamatan saya dan keluarga. Alhamdulillah, saya berjaya membayarnya mengikut tarikh yang ditetapkan," katanya.

Menurutnya, mulai saat itu beliau menumpukan perhatian kepada perniagaan di pasar tani dan pasar malam.

Beliau kemudian turut membuat pinjaman daripada Tekun sebanyak RM50,000 dan memulakan perniagaan semula.


Perniagaan semakin baik 

Setelah melalui episod yang mencabar itu, Anne kini mampu menarik nafas lega apabila perniagaannya semakin berkembang maju.

“Alhamdulillah dengan rezeki yang ada, saya mampu membantu golongan yang memerlukan dan mereka yang meminati bidang perniagaan,” katanya.

Anne berkata, beliau mampu meraih keuntungan melebihi RM200,000 setahun dan kini mempunyai seramai sembilan orang kakitangan termasuklah adiknya, Siti Zaharah Idris.

“Saya juga menyambung pengajian peringkat diploma di United Kingdom pada 2011,” katanya.
Anne berkata, dia juga menambahkan jenis produk mufin keluaran syarikat itu. selain membuka kelas asas membuat kek kepada orang ramai.

“Dalam kelas ini, saya akan pastikan semua pelajar saya mampu membuat kek dan menjadi ahli perniagaan. Setakat ini, seramai 60 orang telah mengikutinya,” katanya.


Mahu buka kilang

Setelah berada dalam bidang bakeri selama lapan tahun, Anne mempunyai impian untuk membuka kilang sendiri.

“Saya menyasarkan tahun hadapan saya akan mempunyai kilang sendiri dan berharap perniagaan ini semakin berkembang.

“Saya juga merancang untuk memasarkan kek saya ke beberapa pasar raya menjelang akhir tahun ini dan menambahkan bilangan Skuad My Mum’s Bakery ke seluruh negara,” katanya.

Anne juga mengajak ibu tunggal dan pelajar institusi pengajian tinggi awam atau swasta menjadi skuad My Mum’s Bakery untuk menjana pendapatan mereka.

"Saya memerlukan skuad yang ramai kerana permintaan kek semakin bertambah," katanya.

Selain perniagaan keknya yang sudah kukuh, Anne yang suka mencabar dirinya kini melibatkan diri dalam perniagaan kecantikan, RS Cosmetic Healthcare (Rita dan Saleha) bersama selebriti terkenal Rita Rudaini.

“Walaupun masih baharu di pasaran, produk ini mendapat sambutan yang menggalakkan dan mempunyai ejen di seluruh Malaysia, Brunei dan Singapura,” katanya.

Anne berkata, untuk berjaya dalam perniagaan, seseorang mesti mempunyai minat dan konsisten dengan apa sahaja perniagaan yang dilaksanakan.

2 ulasan:

  1. apapun kalau buat sungguh-sungguh dan focus mesti memberi hasil yang baik

    BalasPadam
  2. Ramai yg selepas jatuh dan bangun semula dlm perniagaan akan lebih berjaya. Semangat baru selaluny akan menjadi lebih kuat.

    BalasPadam