Spray8 | Tak Sangka Berkesan Untuk Merawat Masalah Kulit Kaki - Cahaya Hayati

26 Oct 2016

Spray8 | Tak Sangka Berkesan Untuk Merawat Masalah Kulit Kaki

Assalamualaikum wbt. Spray 8 | Tak Sangka Berkesan Untuk Masalah Kulit Kaki

Happy monday uolls. Jangan monday blues ya!

Pagi ni mommy nak cerita satu produk yang berkesan dan baik. Testimoni mommy adalah suami mommy sendiri. Kebetulan masa dapat produk ni, suami terkena jangkitan di tapak kaki. Gatal-gatal dan berbiji-biji yang di dalamnya mengandungi nanah dan air bisa. Tak tahu kenapa sebab suami jenis yang pentingkan kebersihan.

Masa baru jadi, suami telah pergi jumpa dengan doktor panel dan telah di beri krim untuk melegakan jangkitan dan gatal-gatal. Guna krim yang di berikan tapi still tak berkesan sebaliknya semakin banyak. Mungkin krim tersebut tidak sesuai untuk masalah kulit kaki suami.



Kemudian mommy diperkenalkan dengan SPRAY8. Mommy tertarik dengan SPRAY8 ini kerana ia adalah produk semulajadi dan selamat. Tiada steroid dan alkohol. Ia juga sesuai untuk semua peringkat umur.

SPRAY8 adalah ramuan semulajadi untuk rawatan yang tidak meninggalkan sisa pada kulit. Ia mengandungi bahan bioaktif dari ekstrak kulit manggis yang mempunyai fungsi anti-inflamasi dan ekstrak neem yang mempunyai fungi antifungal, analgesik dan anti bakteria. Kajian tentang SPRAY8 terbukti berkesan untuk semua jenis luka,melecur, gatal-gatal, ruam dan sesuai untuk semua jenis kulit.



KEGUNAAN LAIN SPRAY8

Antara lain kegunaan SPRAY8 ini adalah untuk menyembuhkan

  • Luka Diabetik - adalah luka pesakit kencing manis. Boleh di sembuhkan oleh SPRAY8 dalam tempoh 10 hari.
  • Luka varikos - boleh di sembuhkan dalam masa 1 minggu
  • Allergi - boleh di sembuhkan dalam masa seminggu
  • Ekzema - boleh di sembuhkan dalam masa 1 bulan.
  • Kudis Katil/ Sel mati - boleh di sembuhkan dalam masa 1 bulan.
  • Luka pembedahan -  boleh nampak kesan dalam 2 jam setengah.


CARA MENGGUNAKAN SPRAY8

Cara menggunakan SPRAY8 adalah dengan menyemburkan di tempat luka/ jangkitan/ ekzema sebanyak 3 kali sehari. Penggunaan adalah secara berterusan untuk alami perubahannya. 

Selepas semburan, biarkan ia meresap ke dalam kulit dalam kiraan lebih kurang 5 minit. 

Tidak perlu goncang sebelum menggunakannya.




Ini kesan penggunaan SPRAY8 selepas menggunakannya secara berterusan. Kawasan jangkitan menjadi kering dan tidak gatal. Masih menggunakannya lagi. In sha Allah sehingga kesan ini baik sepenuhnya.

selain itu, produk ini juga telah mendapat: -

1.    Pensijilan HALAL oleh JAKIM
2.    Kelulusan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)
3.    Kilang mendapat pensijilan HACCP & GMP


HARGA SPRAY8

Spray8 ini boleh di beli melalui online di website Furley Bioextracts.  Harga yang di tawarkan adalah RM 50 untuk 100ml dan RM 35 untuk 50ml.

Khas untuk pembaca blog mommy, setiap pembelian pertama Spray8 akan mendapat diskaun RM 10. Murah tuuu.. Guna kod diskaun di bawah ni tau.

KOD DISKAUN :  FBIO-34F

1 comment: