Safi Shayla Pek Fleksi | Khas Buat Wanita Bertudung Dan Menjimatkan - Cahaya Hayati

12 Okt 2016

Safi Shayla Pek Fleksi | Khas Buat Wanita Bertudung Dan Menjimatkan

Assalamualaikum wbt. Safi Shayla | Khas Buat Wanita Bertudung Dan Menjimatkan


Sekejap sekejap garu kepala... dok sat garu balik. Kau dah kenapa dik? Hehe...  Selalu jadi macam tu sedangkan baru saja cuci kepala. Tapi bila pakai tudung dan berpeluh sikit, mesti gatal kepala. Di tambah pula dengan aroma yang tidak menyenangkan. Kenapa jadi begitu?

Penjagaan rambut dan kulit memang penting bagi seorang wanita. Tambah-tambah lagi yang bertudung macam mommy. Tak boleh panas dan berpeluh sikit mesti rasa tak selesa dan gatal di kepala. 

Kini, mommy telah temui shampoo yang serasi dengan mommy yang bertudung.  Shampoo tersebut adalah Safi Shayla.

Safi Shayla

Safi Shayla adalah rangkaian syampu yang khas untuk wanita bertudung, Ia di perkayakan dengan Habbatus Sauda .

Safi Shayla Pek Fleksi

"Safi Shayla adalah teman terbaik mahkota wanita bertudung." 

Kini, teman baik mahkota wanita bertudung dengan bangganya melancarkan satu lagi innovasi di mana ia memudahkan wanita untuk menggunakannya. Innovasi tersebut adalah Safi Shayla Pek Fleksi. 

Safi Shayla Pek Fleksi

Safi Shayla Pek Fleksi
Syampu terbaik mesti dengan shawl terbaik

Dengan Safi Shayla Pek Fleksi, pengguna boleh menggunakannya terus atau di gunakan sebagai pek isian semula dan juga sebagai pek kembara. Pek Fleksi ini mengekalkan kualiti syampu agar keberkesanannya di nikmati pada harga lebih jimat dengan saiz 480g. Yelah, dengan satu pek saja, wanita boleh gunakan untuk tiga situasi berbeza. Memang menjimatkan.

Warna dan corak reka bentuk pada setiap variasi syampu Safi Shayla Pek Fleksi di kekalkan sama dengan format asal Safi Shayla pek pam dan botol. Ini adalah untuk memudahkan pengguna mencari produk ini.

Safi Shayla Pek Fleksi

Selain itu, pek fleksi ini mesra alam di mana penggunaan plastik 65% lebih kurang. 

Bagi yang berminat untuk mendapatkan Safi Shayla Pek Fleksi ini, bolehlah kunjungi pasaraya dan pasaraya besar di seluruh negara. Pek ini di jual pada harga RM14.65 sahaja.

Untuk maklumat lanjut mengenai Safi dan juga produk Safi yang lain, bolehlah kunjungi media sosial safi di bawah. 

Instagram:  @SAFImalaysia 


Last sekali, kasi gambar selfie dengan shawl sugarscarf satu #janganmuntah yer. 

Safi Shayla Pek Fleksi









2 ulasan:

  1. Selamat Bersyampu Kak T...

    Bonde suka guna Syampu ni... bagus

    BalasPadam
  2. syampu menarik, rambut terjaga..jom guna safi shayla

    BalasPadam