Enchanteur Paris | Wangian Yang Menarik Perhatian Dan Mencipta Detik Indah

11:58 PG Cahaya Hayati 3 Comments

Assalamualaikum wbt. Enchanteur Paris | Haruman Yang Menarik Perhatian Dan Mencipta Detik Indah

Bila berbicara tentang kesukaan wanita dan salah satunya adalah haruman dan produk penjagaan kulit. Terdapat pelbagai jenis haruman dan produk penjagaan kulit yang di gemari oleh wanita, Antaranya perfume, lotion, deodorant dan body spray. 

Kenapa wanita perlukan wangian ini? Wanita perlukan wangian adalah untuk tampil lebih yakin, segar dan menarik dalam menjalani kehidupan harian. 

Antara jenama wangian dan produk penjagaan kulit kesukaan mommy adalah Enchanteur Paris.

Enchanteur Paris

ENCHANTEUR PARIS


Enchanteur Paris bukanlah satu nama asing dalam industri kosmetik dan wangian di Malaysia. Ia adalah jenama yang mengeluarkan produk wangian mewah, wangian kekal lama dan setanding dengan produk antarabangsa.

ENCHANTEUR adalah rangkaian wangian dan produk penjagaan badan berasaskan wangian berkualiti, mengikut peredaran masa yang berinspirasikan keunggulan haruman Perancis.

Wangian ENCHANTEUR direka dengan unik untuk menghidupkan detik - detik romantis harian di setiap perjalanan percintaan menakjubkan seseorang wanita.


Terbaru Enchanteur Paris telah mengeluarkan rangkaian wangian penjagaan badan ENCHANTEUR PARIS dan boleh didapati di dalam 3 variasi wangian yang memukau iaitu:

ENCHANTEUR PARIS Mon Amie

Rangkaian ENCHANTEUR PARIS Mon Amie di inspirasikan dari keceriaan saat -saat indah persahabatan. Wangian yang menceriakan hari anda ini paling sesuai untuk bersantai dengan kawan - kawan. Wangian Mon Amie yang ringan dan menyegarkan diadun indah untuk memadankan ia dengan Losyen Wangian Formulasi Ringan & Segar (Light & Fresh Parfum Lotion) ENCHANTEUR PARIS Mon Amie.

ENCHANTEUR PARIS Mon Amie

ENCHANTEUR PARIS Mon Amie turut menawarkan Serum Wangian Lembapan Berganda (Double Moisture Parfum Serum), diperkaya dengan Ultra Hyaluronic & Minyak Zaitun, kombinasi yang sesuai untuk memberikan manfaat hidrasi kulit serta merta yang intensif dan sepanjang hari di samping berbau harum dengan wangian ceria Mon Amie. 

Serlahkan lagi wangian ceria dan memikat tersebut dengan rangkaian Deodoran Wangian Anti - Peluh Mencerah & Menyegar (Whitening & Refreshing Parfum Anti-perspirant Deodorant) ENCHANTEUR PARIS Mon Amie atau Semburan Pewangi Deodoran (Parfum Deo Mist) ENCHANTEUR PARIS Mon Amie untuk memastikan kesegaran sepanjang hari.


ENCHANTEUR PARIS Belle Amour 

Rangkaian ENCHANTEUR PARIS Belle Amour menggambarkan bibit cinta dan putik asmara yang berkembang mekar. Ia adalah wangian untuk menjadikan anda yang paling si dia sayang.

ENCHANTEUR PARIS Belle Amour

Pencerahan kulit kini lebih indah dengan Losyen Wangian Pencerah ENCHANTEUR PARIS Belle Amour 3 kali ganda pencerahan (Triple Whitening Parfum Lotion) yang memberikan manfaat pencerahan kulit dengan segera dan berseri untuk jangka masa panjang, dari 3 agen pencerahan - ekstrak Likoris, ekstrak Sakura dan Vitamin B3

Mempertingkatkan pencerahan tona kulit bawah lengan anda dengan Deodoran Wangian Anti Peluh Pencerahan Ekstra (Extra Whitening Parfum Anti-perspirant Deodorant) ENCHANTEUR PARIS Belle Amour dan kekalkan haruman menusuk kalbu yang berpanjangan dengan Semburan Pewangi Deodoran (Parfum Deo Mist) ENCHANTEUR PARIS Belle Amour

ENCHANTEUR PARIS Adore 

Rangkaian ENCHANTEUR PARIS Adore adalah kombinasi wangian bunga - bungaan dan buah - buahan yang membangkitkan keajaiban nostalgia indah berkekalan setiap hari dengan wangian yang kekal berpanjangan. Dalam mengecapi keyakinan, memiliki kulit yang sihat yang merupakan benteng pertahanan pertama kita dari kuman, sinar UV dan pencemaran adalah perkara utama yang amat penting.

ENCHANTEUR PARIS Adore

Losyen Wangian Badan ENCHANTEUR PARIS dengan Perlindungan Anti Bakteria (Antibacterial Care Parfum Lotion) memastikan kulit sentiasa dilindungi daripada pelbagai bakteria merbahaya sambil menjadikan kulit kekal wangi dengan wangian Adore yang tidak dapat dilupakan.

Deodoran Wangian Anti Peluh Mencerah & Menyenangkan (Whitening & Soothing Parfum Anti-perspirant Deododrant) ENCHANTEUR PARIS Adore pula seterusnya memelihara bawah lengan dengnan memberikan kelegaan melindungi kulit dan terasa segar. 

Manakala Semburan Pewangi Deodoran (Parfum Deo Mist) ENCHANTEUR PARIS Adore pula memberikan semerbak haruman memukau yang menyegarkan.

Rangkaian Serum dan Losyen ENCHANTEUR PARIS boleh didapati didalam bentuk tiub 85ml dan 100ml yang mudah dibawa bersama ketika menikmati aktiviti luar untuk melindungi kulit di samping mengekalkan penampilan yang mempesona dan sentiasa berbau harum dengan wangian memukau. Rangkaian produk jenis tiub dijual dengan harga RM 7.90 / RM 7.50 (85ml / 100 ml) manakala bagi jenis botol ia dijual pada harga RM18.00 / RM16.95 (275ml / 300ml).

Deodoran Wangian Anti - Peluh ENCHANTEUR PARIS dijual pada harga RM8.70 untuk 50ml sebotol.

Semburan Pewangi Deodoran ENCHANTEUR PARIS dijual pada harga RM10.10 untuk 100ml sebotol. 

Rangkaian produk penjagaan peribadi ENCHANTEUR PARIS ini boleh didapati di semua rangkaian pasar raya / pasar raya besar dan farmasi. Untuk maklumat lanjut mengenai ENCHANTEUR sila layari www.ENCHANTEUR.com.my atau lawati laman Facebook rasmi ENCHANTEUR di www.facebook.com/EnchanteurM






3 comments:

10 Cara Diet Yang Betul

11:37 PG Cahaya Hayati 3 Comments

Assalamualaikum wbt.

Mommy sedang diet. Bila mommy diet, mommy suka mencari cara untuk menurunkan berat badan tanpa perlu berlapar. Tak syiok la tahan lapar pastu mendapat penyakit lain pula. Nak kurus cara sihat dan tidak menyakitkan.

Oklah dalam mencari tips kurus, mommy terjumpa dan baca tips dari Kevin Zahri. Kenalkan siapa Kevin Zahri? So, mommy kongsikan kat sini sebab mommy tak nak kurus dan sihat sorang-sorang. Mommy nak kita semua kurus dan sihat. In Sha Allah.

Baca tau tips dari Kevin Zahri ni....

tips diet

Nutrisi dan Diet Pemakanan

Mari kita bermula dengan tip-tip diet dan pemakanan.

  1. Makan 5-7 hidangan kecil berbanding tiga hidangan besar. Ini bukan sahaja dapat mengawal nafsu pemakanan dan malah memastikan tenaga anda berterusan sepanjang hari.
  2. Jangan skip hidangan. Ia tidak akan membantu anda kuruskan badan kerana 1. nafsu makan akan bergelora dan 2. metabolisma badan akan menurun.
  3. Kenali keperlukan kalori seharian anda. Ramai yang tidak mengenali keperluan kalori seharian masing-masing. Tapi kalau tak tahu, macamana nak mengawal kuantiti pemakanan?!
  4. Roti canai … hmm berapa kalori tu? Pastikan anda kenali kandungan kalori-kalorie makanan dan minuman seharian anda. Gunakan laman web seperti Cekodok.com untuk panduan percuma.
  5. Elakkan kalori daripada minuman. Ini adalah tip kuruskan badan yang paling senang. Dengan hanya gantikan minuman bergula seperti teh ais, milo, soft drink dan lain-lain dengan air bebas gula, anda boleh kurangkan lebih kurang 10kg dalam setahun. 

Calorie Saving Tips saya.

tips kurus

  1. Minum air mineral. Air tidak mengandungi apa-apa kalori dan tidak boleh menambahkan berat badan untuk jangksa masa panjang. Tapi elakkan pengambilan garam berlebihan kerana ia akan menambah takungan air badan anda.
  2. Jangan makan buah-buahan dengan berlebihan. Walaupun buah-buahan mengandungi vitamin dan mineral, ia juga mengandungi kalori (gula) yang boleh menggemukkan.
tips diet mudah kurus
  1. Segenggam tangan karbohidrat. Samada anda makan nasi, roti, mee mahupun kentang (semua sumber karbohidrat), pastikan saiz hidangan tidak melebihi segenggam tangan. Kalau tak kenyang, tambah lauk.
  2. Pastikan kuantiti pengambilan protein cukup. Sebagai panduan pastikan anda mengambil 2-2.5g untuk setiap kg berat badan anda. Also ingat, protein lebih mengenyangkan berbanding karbohidrat.
  3. Kawal nafsu makan! Satu-satu cara untuk mengawal nafsu adalah dengan memastikan ia tidak dapat peluang untuk kembang. Kalau nafsu makan sudah datang, maka sudah terlewat. 

3 comments:

Thank You PR & Cantik Bergaya Dengan Jam Gelang Lisa's,Fghends

2:00 PTG Cahaya Hayati 4 Comments

Assalamualaikum wbt. Cantik Bergaya Dengan Jam Gelang Lisa's,Fghends


Jam Gelang ini adalah penghargaan dari PR kepada blogger yang beliau bekerjsama. Alhamdulillah. Tak sangka menerima penghargaan sebegini.

Thank You PR ( you know who you are).

Jam Gelang yang cantik bergaya ni dari Lisa's Fghends iaitu kelab peminat Lisa Surihani. Terdapat pelbagai aktiviti yang di lakukan oleh Lisa's Fghends. Selain dari aktiviti, Lisa's fghend juga menjual pelbagai item. Salah satunya adalah jam gelang ini.

Untuk mendapatkan/ membeli jam gelang dan pelbagai item lisa's fghends, bolehlah ikuti Lisa's Fghend di Facebook mereka.

Facebook: Lisa's Fghends




4 comments:

Nasi Tomato Sedap Di Butterworth, Pulau Pinang

11:32 PG Cahaya Hayati 4 Comments

Assalamualaikum wbt.

Dah nak lunch.  Mesti korang tengah fikir nak pergi makan kat mana... Kalau pergi makan kat kedai yang sama, boring juga kan? Yelah hampir semua menu yang ada dah order ...

Kalau korang kerja dekat area Seberang Jaya atau Butterworth ni, rajinkanlah diri mai pekena nasi tomato yang femes  di Sungai Nyior, Butterworth. Nak senang depan kilang F&N ja. Nampak signboard 100 plus  belah kanan, terus bagi signal belah kiri. Gerai biasa saja tapi menu mabeles dan ada pelbagai pilihan. Selalu kalau pergi mesti full house.

Oklah ini menu pilihan mommy masa lunch hari tu. Ayam masak hitam/ kicap berempah. Mommy ambil kuah sikit ja sebab tak suka kuah banyak-banyak. Kuah dan lauk boleh pilih sendiri... 


Ini bukan review berbayar tau, just nak habaq tempat makan best di Butterworth. Mana tau hangpa tersesat mai belah sini, pastu tak tau nak makan kat mana. Boleh la singgah sini.

bye!

4 comments:

Spray8 | Tak Sangka Berkesan Untuk Merawat Masalah Kulit Kaki

9:30 PG Cahaya Hayati 1 Comments

Assalamualaikum wbt. Spray 8 | Tak Sangka Berkesan Untuk Masalah Kulit Kaki

Happy monday uolls. Jangan monday blues ya!

Pagi ni mommy nak cerita satu produk yang berkesan dan baik. Testimoni mommy adalah suami mommy sendiri. Kebetulan masa dapat produk ni, suami terkena jangkitan di tapak kaki. Gatal-gatal dan berbiji-biji yang di dalamnya mengandungi nanah dan air bisa. Tak tahu kenapa sebab suami jenis yang pentingkan kebersihan.

Masa baru jadi, suami telah pergi jumpa dengan doktor panel dan telah di beri krim untuk melegakan jangkitan dan gatal-gatal. Guna krim yang di berikan tapi still tak berkesan sebaliknya semakin banyak. Mungkin krim tersebut tidak sesuai untuk masalah kulit kaki suami.



Kemudian mommy diperkenalkan dengan SPRAY8. Mommy tertarik dengan SPRAY8 ini kerana ia adalah produk semulajadi dan selamat. Tiada steroid dan alkohol. Ia juga sesuai untuk semua peringkat umur.

SPRAY8 adalah ramuan semulajadi untuk rawatan yang tidak meninggalkan sisa pada kulit. Ia mengandungi bahan bioaktif dari ekstrak kulit manggis yang mempunyai fungsi anti-inflamasi dan ekstrak neem yang mempunyai fungi antifungal, analgesik dan anti bakteria. Kajian tentang SPRAY8 terbukti berkesan untuk semua jenis luka,melecur, gatal-gatal, ruam dan sesuai untuk semua jenis kulit.



KEGUNAAN LAIN SPRAY8

Antara lain kegunaan SPRAY8 ini adalah untuk menyembuhkan

  • Luka Diabetik - adalah luka pesakit kencing manis. Boleh di sembuhkan oleh SPRAY8 dalam tempoh 10 hari.
  • Luka varikos - boleh di sembuhkan dalam masa 1 minggu
  • Allergi - boleh di sembuhkan dalam masa seminggu
  • Ekzema - boleh di sembuhkan dalam masa 1 bulan.
  • Kudis Katil/ Sel mati - boleh di sembuhkan dalam masa 1 bulan.
  • Luka pembedahan -  boleh nampak kesan dalam 2 jam setengah.


CARA MENGGUNAKAN SPRAY8

Cara menggunakan SPRAY8 adalah dengan menyemburkan di tempat luka/ jangkitan/ ekzema sebanyak 3 kali sehari. Penggunaan adalah secara berterusan untuk alami perubahannya. 

Selepas semburan, biarkan ia meresap ke dalam kulit dalam kiraan lebih kurang 5 minit. 

Tidak perlu goncang sebelum menggunakannya.




Ini kesan penggunaan SPRAY8 selepas menggunakannya secara berterusan. Kawasan jangkitan menjadi kering dan tidak gatal. Masih menggunakannya lagi. In sha Allah sehingga kesan ini baik sepenuhnya.

selain itu, produk ini juga telah mendapat: -

1.    Pensijilan HALAL oleh JAKIM
2.    Kelulusan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)
3.    Kilang mendapat pensijilan HACCP & GMP


HARGA SPRAY8

Spray8 ini boleh di beli melalui online di website Furley Bioextracts.  Harga yang di tawarkan adalah RM 50 untuk 100ml dan RM 35 untuk 50ml.

Khas untuk pembaca blog mommy, setiap pembelian pertama Spray8 akan mendapat diskaun RM 10. Murah tuuu.. Guna kod diskaun di bawah ni tau.

KOD DISKAUN :  FBIO-34F

1 comments:

Less Carbo : Menu Sarapan Pagi Tadi

5:38 PTG Cahaya Hayati 1 Comments

Assalamualaikum wbt & Selamat petang . 

Less Carbo : Menu Sarapan Pagi

Hari ni mommy start buat less carbo, bukan atkins yer. Mommy tak boleh buat atkins sebab kat rumah mommy selalu masak. Bila dah masak, tak makan RUGI oooo. So, mommy diet less carbo sajalah.

Macam mana less carbo ni? Less carbo yang mommy buat ni adalah kurangkan jumlah carbo dalam diet harian. Contohnya jika dulu mommy makan nasi lemak pagi, nasi berlauk 2 senduk pada tegahari dan nasi atau bihun goreng pada sebelah malam. Untuk less carbo ni, breakfast mommy akan sediakan makanan yang ringan ringan sikit. Contohnya salad ayam ni. Tenaghari pula, mommy akan makan carbo tapi dengan kuantiti yang sedikit. Malam pula, mommy makan nestum saja.


Boleh ke tahan? In sha Allah boleh TAPI kena kuat semangat. Jangan tergoda tengok makanan sedap-sedap kat FB or insta.

Oklah ini menu breakfast less carbo - Day 1 : Salad Ayam


Untuk resepi boleh dapatkan di SINI

1 comments:

Bagaimana Memohon Jawatan Kosong Kerajaan Dan kelebihan Kerja Kerajaan

11:03 PG Cahaya Hayati 0 Comments

Assalamualaikum wbt.

Kerja, kerja, kerja... Saban hari kita mendengar keluhan pelbagai peringkat kelulusan. Ada master, susah nak dapat kerja, ada degree susah nak dapat kerja sebab tiada pengalaman, ada sijil  susah dapat kerja sebab syarikat nak pekerja yang mempunyai pendidikan lebih tinggi atau berkemahiran tinggi.  Selain di sebabkan oleh kelulusan, faktor memilih kerja juga menjadi penyebab kepada pengangguran. Jadinya, peratusan menganggur semakin meningkat atau dengan bahasa mudahnya 1.2 juta rakyat Malaysia sedang menganggur.

jawatan kosong kerajaan

Tahukan anda, terdapat 10,000 jawatan kosong yang perlu di isi dengan segera? Kenapa biarkan ia kosong dan di mohon oleh orang lain??? 

Disini, saya ingin memperkenalkan 1 laman web jawatan kosong  yang menyediakan lebih daripada 10,000 jenis kerja kosong yang anda boleh mohon. Oh ya, website ini sangat bagus dan telah membantu ramai orang mendapat pekerjaan yang mereka impikan. Mungkin ramai di luar sana masih menganggur kerana tidak menjumpai pekerjaan, atau tidak mendapat tawaran kerana tidak menjumpai sumber untuk mengisi jawatan kosong yang sesuai.


jawatan kosong kerajaan

Government.my 

Government.My juga menyediakan jawatan kosong kerajaan dan memberi anda peluang untuk mohon kerja kerajaan dengan lebih mudah dan effektif. Oh ya, kerja kerajaan adalah satu peluang kerja yang sangat menarik dan menjamin masa depan. Jika anda mencari security dalam pekerjaan, silalah apply dan memohon jawatan kosong kerajaan.
jawatan kosong kerajaan

Kelebihan Government.my 

Kelebihan lain apabila anda mendaftar dengan government.my, anda boleh memohon jawatan kosong lain seperti  jawatan kosong maybankjawatan kosong kastamjawatan kosong jpj dan jawatan kosong kemas . 

Selain itu, jika anda apply pekerjaan dengan website ini adalah penerimaan dan serapan masuk kerja lebih tinggi kemungkinannya.
Berkhidmat dalam sektor awam atau kerajaan adalah idaman semua kerana kelebihan-kelebihan berikut:-

  • elaun perumahan, cola, elaun tetap perkhidmatan 
  • kenaikan gaji setiap tahun
  • kemudahan pinjaman perumahan, kenderaan dan komputer
  • cuti tahunan dan bersalin mengikut kelayakan
  • Caruman kwsp / pencen 
  • peluang untuk berkursus / menambah ilmu dari masa ke semasa
  • kestabilan ekonomi sendiri
  • kerja yang lebih tenang dan selesa
  • potensi untuk di buang kerja adalah tipis.
Menarikkan? Nak kerja, jangan lupa mendaftar dengan government.my.

0 comments:

Novel Giveaway By Arrien Amani

8:30 PG Cahaya Hayati 1 Comments

Lama mommy tak join giveaway. Bila ada masa terluang, mommy joinlah. Jom lah join ramai..


Assalamualaikum :)

Arrien Amani kembali lagi dengan Giveaway terbaru! novel giveaway. Mencari hanya 3 orang pemenang bertuah, Pemenang top referrel akan mendapat 2 buah novel, manakala 2 orang pemenan lagi akan dipilih random dan akan mendapat 1 novel seorang, Semua pemenang boleh memilih novel kesukaannya.

Jom ramai-ramai memeriahkan giveaway ini ^^ Click banner to JOIN ^_-

1 comments:

Giveaway Play-Doh x Azlinda Alin

4:30 PTG Cahaya Hayati 2 Comments


Giveaway Play-Doh Cake Party bernilai RM99.90 x Azlinda Alin. Lama rasanya mummy tak buat giveaway kan. Sempena ulang tahun Play-Doh yang ke 60 tahun. Mummy nak buat satu Giveaway Play-Doh Cake Party bernilai RM99.90 x Azlinda Alin. Ha...suka tak?

Seronok main Play-Doh, sebab teksturnya tak melekit dan juga bagus untuk sistem motor dan sensorik anak.

Giveaway Play-Doh Cake Party bernilai RM99.90 x Azlinda Alin


Giveaway Play-Doh Cake Party bernilai RM99.90 x Azlinda Alin

Syarat Mudah Join Giveaway Play-Doh Cake Party bernilai RM99.90 x Azlinda Alin


Giveaway Play-Doh Cake Party bernilai RM99.90 x Azlinda Alin

Giveaway Play-Doh Cake Party bernilai RM99.90 x Azlinda Alin

1. Buat satu entri blog bertajuk Giveaway Play-Doh x Azlinda Alin.
2. Berikan sebab kenapa anda patut menang dalam Giveaway Play-Doh x Azlinda Alin
3. Follow facebook Hasbro dan blog ini.
4. Kalau boleh masukkan www.azlindaalin.com di bloglists pilihan anda supaya mudah dapat tahu pengumuman pemenang Giveaway Play-Doh x Azlinda Alin pada bila-bila masa.
5. Dah siap semua, jangan lupa tinggalkan blog URL anda di ruangan komen.


Keputusan Giveaway Play-Doh x Azlinda Alin

Giveaway Play-Doh x Azlinda Alin adalah  kolabrasi Azlinda Alin bersama pihak Hasbro Malaysia

Segala keputusan pemenang akan di pilih secara rawak. 

Sebab Mommy patut menang dalam Giveaway Play-Doh x Azlinda Alin adalah kerana saya ingin memberi kejutan dan keseronokan kepada anak-anak mommy pada cuti sekolah yang akan datang. Selain itu, ia juga dapat memberi mereka pengalaman baru ketika bermain, sekaligus meningkatkan daya kreativiti dan pemikiran anak-anak. Yang pastinya ia selamat untuk anak-anak mommy. 



2 comments:

Mee Kuah Udang

1:57 PTG Cahaya Hayati 3 Comments

Assalamualaikum wbt. Mee kuah udang untuk menu malam ni. Bukan apa, hujan-hujan dan cuaca sejuk camni... Masakan panas dan berkuah memang menyelerakan.

So, hari ni mommy sharekan resipi mee kuah udang yang mudah dan sedap. Mee udang versi mommy tak guna banyak bahan. In Sha Allah kebanyakkan bahan yang di gunakan adalah bahan yang ada di dapur.

resepi Mee Kuah Udang


Resepi Mee Kuah Udang

Bahan-bahan
2 pek Mee kuning - boleh di gantikan dengan mee segera atau koay teow.
1/2 kilo udang - di bersihkan dan di asingkan kepala dan badan. Kepala udang di kisar dan di
ambil patinya saja.
3 biji bawang besar  - 1 di rincik untuk tumis. 2 lagi di kisar
5 ulas bawang putih - 2 di rincik dan 3 di kisar
3-5 sudu besar cili kisar
3-4 sudu besar minyak masak
3 sudu besar sos cili
3 sudu besar sos tiram
2 sudu besar sos tomato / boleh di gantikan dengan tomato sup dalam tin
2 biji tomato - di potong nipis
garam
Air - 1.5 liter
sawi - di celur
taugeh- di celur
daun bawang
bawang goreng
tauhu - di goreng dan di potong
telur - di rebus dan di potong


Caranya:

Tumis bawang besar dan bawang putih sehingga wangi. Masukkan cili kisar. Masak sehingga cili sedikit garing.

Tambahkan tomato dan bawang kisar. Masak sekejap sehingga tomato sedikit masak.

Masukkan pati udang, air, sos tomato, sos tiram, sos cili. Biarkan sehingga mendidih.

Masukkan garam dan udang.

Rasa.

Hidangkan bersama mee/ koay teow/ mee segera ketika kuah masih panas. Tambahkan taugeh, sawi, daun bawang, bawang goreng, tauhu dan juga telur.


resipi Mee Kuah Udang

3 comments:

Mommy Yang Rambang Mata Di Toysdirect.my

6:07 PTG Cahaya Hayati 0 Comments

Assalamualaikum wbt. Mommy Yang Rambang Mata Di Toysdirect.my

Amboi mommy!! keja shopping ja.. hikhik. Ada rezeki lebih, kongsilah dengan anak-anak. Bukan tak nak bawa ke kedai permainan TAPI mommy nak bagi surprise kat anak-anak mommy. Konon-kononnya ada orang hantar hadiah kat depa. 


Toysdirect.my

Web pilihan mommy untuk shopping online barangan atau permainan untuk anak-anak adalah di Toysdirect.my

Toysdirect.my
Mommy suka shopping di toysdirect.my kerana di sini terdapat pelbagai pilihan permainan berbentuk pendidikan di mana ia dapat menajamkan pemikiran anak-anak. Bukan itu saja, ia juga mempunyai pelbagai pilihan kartun dan rekabentuk yang menarik minat anak-anak. Tak percaya, tengoklah pilihan yang ada....

Toysdirect.my

Toysdirect.my

Toysdirect.my

Banyakkan?? 

Permainan pilihan mommy untuk Kakak Aisya. Kakak Aisya dah darjah dua, tahun depan darjah 3. Dah besar anak dara mommy ni dan lebih suka membaca buku dan permainan berbentuk pendidikan seperti scramble, catur dan monopoly.

Jadi, kali ini mommy pilih Usborne Fairytale Sticker Stories  untuk kakak Aisya. Semoga kakak Aisya rajin membaca buku dan pilihan ini akan menjadi koleksi.
Toysdirect.my
Untuk abang Ammar pula, mommy pilih Creative Paper Art Craft - 6 Books sebab abang ammar sangat suka permainan berbentuk origami, robot dan pedang. Lagi satu abang Ammar sangat kreatif dalam membuat origami. Sanggup habiskan berjam-jam depan youtube untuk belajar membuat origami kesukaannya. Tapikan, mommy rasa macam nak beli semua saja untuk abang ammar . #kalaulahakukaya.

Toysdirect.my

Mommy harap dengan pilihan yang mommy buat ini, abang ammar dapat menjadi lebih kreatif dalam mereka dan membuat origami.

Untuk Aisy pula, mommy pilih Aquadoodle Drawing Mat supaya ia dapat belajar sekaligus membantu perkembangan motor dan otak. Ia juga untuk pendidikan tidak rasmi untuk Aisy. Belajar sambil bermain dan tidak menconteng dinding lagi.

Toysdirect.my

Lagi satu sebab kenapa mommy pilih toysdirect.my untuk shopping barang permainan secara online kerana toysdirect.my telah di tubuhkan pada tahun 2014. Dipercayai dan membekalkan serta menjual pelbagai permainan dan barangan untuk nursery / montessory serta tadika.

Toysdirect.my

Cara Membeli atau Memesan Permainan dari toysdirect.my

Toysdirect.my

Cara pembelian di toysdirect.my sama juga dengan web shopping yang lain. Pilih barang atau permainan yang di sukai, masukkan ke dalam shopping cart. Jika barangan yang di pilih adalah stok sedia ada, maka proses pengeposan akan mengambil masa 1-3 hari selepas bayaran di buat. Bagi item yang pre-order basis akan mengambil masa 4 hingga 6 minggu selepas bayaran di buat.

Selain itu, bayaran postage juga berbeza bagi item sedia ada dan pre order. Bagi pre-order item, toysdirect.my akan membuat panggilan berhubung bayaran postage setelah pesanan di terima.

Walaubagaimanapun, pelanggan boleh memilih untuk mengambil sendiri di ' Self Collection' yang di sediakan oleh toysdirect.my. Self Collection yang di sediakan adalah seperti di bawah:-


Paling penting sekali yang korang kena buat bila membuat bayaran ke atas pesanan. Kena call atau whatsapp ke 0126067310 dan memberi salinan bank in slip serta maklumat yang di perlukan oleh toys direct. Berikut adalah maklumat yang di perlukan..


Okayyylah. Dah panjang lebar mommy cerita tentang toysdirect.my ni... Kalau hangpa semua nak order atau beli, terjahlah ke laman web dan facebook toysdirect.my. Boleh email dan call juga tau... In sha Allah segala pertanyaan anda akan di jawab..


Email : toysdirect.my@gmail.com
Contact No : 012-6067310

0 comments:

Brace 8 Slimming & Whittening | Wajib Cuba Untuk Cantik Dan Kurus

8:00 PG Cahaya Hayati 2 Comments

Assalamualaikum wbt.

Hi uolls!. Mommy nak cerita tentang pengalaman mommy menggunakan produk Brace 8. Mommy guna produk ni sebab berat badan mommy susah nak turut walaupun mommy diet karbohidrat.  Dah diet tapi berat tetap maintain.. Lebih makan sikit naik... Sedihkan!

Tapi mommy tak putus asa dalam usaha mencantikkan diri dan menurunkan berat badan. Mommy cuba pula Brace 8. Brace 8 ini di formulasikan untuk menguruskan dan mencantikkan si pengguna. Siapa tak nak kan? Bila dah cuba, memang mommy puashati sangat. Kalau nak tahu kenapa mommy puashati sangat, korang kena cuba sendiri. hikshiks.. mommy kedekut sikit pagi ni.

Nak habaq juga yang rasa coklat dia sedappp!

Brace 8 Slimming & Whittening

Brace 8 Slimming & Whittening 

Brace 8 Slimming & Whittening adalah formulasi baru yang mampu mengurangkan berat badan serta memutihkan penggunanya. Ini kerana ia mengandungi:-

Collagen

· Mempercepatkan kadar penyembuhan kulit mati
· Memperbarui sel kulit
· Melembutkan kulit

Collagen

· Menurunkan kadar kolestrol dalam darah
· Anti Oksidan dan awet muda
· Merangsang penurunan dan membakar lemak secara semulajadi

Garcinia Combogia

· Merawat masalah perut buncit
· Menghilangkan pembentukan lemak asid (lipid synthesis)

Hoodia

· Memperbaiki metablisma tubuh badan
· Membantu mengawal selera makan

Guarana

· Sebagai suplemen untuk menu diet menurunkan berat badan.
· Meningkatkan stamina dan tenaga tubuh.
· Melancarkan sistem pencernaan


Aloe Vera

· Mempercepatkan kadar penyembuhan pada permukaan kulit yang luka
· Menghilangkan pigment hitam dan melicinkan kulit

Cara Penggunaan/Pemakanan

Ambil 1 satu scoop/5gram sehari dan kemam pada bawah lidah. Paling sesuai diambil sebelum makan dan selepas makan setiap malam. Jangan lupa meminum air masak banyak-banyak atau mineral 3 liter sehari dan makan banyak buah dan sayur-sayuran. Jauihi minuman berkafein.3 in 1 atau bergas. 

Harga

1 botol RM210 (SM)
1 botol RM220 (SS)

Isipadu : 300grm

Harga agent Brace Beaute : RM198


Jom Jadi Agent Brace Beuty!!! 


Brace 8 Slimming & Whittening

BRACE BEAUTE merupakan gerbang pusat membeli belah bersistem Affiliate dropship.

BRACE BEAUTE menawarkan 4 pakej utama untuk menjadi agent dropship BRACE BEAUTE dan seterusnya layak untuk mendapat bonus stiap kali belian semula atau pun bonus pengenalan produk kepada pengguna.

PRODUK-PRODUK BRACE BEAUTE

1. Freely Face Serum ( 3 botol ) = Rm198
2. Diamond Firming serum ( 3 botol ) = Rm198
3. Brace 8 Slimming ( 1 botol ) = Rm198
4. Wonder Perfume ( 1 box ) = Rm198

RM198 adalah harga yang perlu dibayar untuk berdaftar sebagai agent dropship BRACE BEAUTE. Anda boleh pilih salah satu pakej yang disediakan untuk berdaftar dengan Wonder Perfume. Harga termasuk yuran keahlian BRACE BEAUTE.

BONUS PENGENALAN PRODUK BRACE BEAUTE

Sekiranya setiap agent yang berdaftar dengan BRACE BEAUTE,membuat jualan atau pun membuat belian semula mengikut pakej di atas, agent akan mendapat bonus seperti berikut:

Level 1 : Rm40
Level 2 : Rm15
Level 3 : Rm10
Level 4 : Rm5
Level 5 : Rm5
Level 6 : Rm5
Total : Rm80

Woowww.. Menarik kan?? Cuma kenalkan produk keluaran BRACE BEAUTE kepada orang ramai. Jikalau ada yg berminat anda sudah mampu mndapat keuntungan sehingga rm80 dengan stiap 1 pakej terjual.

BRACE BEAUTE memberikan anda gaji rm1500- rm3000 sebulan dengan bermodalkan serendah rm198.Sesiapa sahaja boleh berniaga online atau offline bersama brace beaute

JOMM.. TUNGGU APA LAGI.Bertindak segera.....
Ramai-ramai jadi Agent Affiliate Dropship BRACE BEAUTE

Maklumat lanjut sila hubungi  di talian En Zul Fattah Saleh di talian  0111 684 0717 atau layari laman tertera di bawah :


Facebook: Brace Beute
Website: Brace Beute

2 comments:

Jalan-Jalan Penang | Wajib Singgah Penang 3D Trick Art Museum

8:00 PTG Cahaya Hayati 3 Comments

Assalamualaikum wbt. Jalan-Jalan Penang | Wajib Singgah 3D Trick Art Museum

Hari ni entry mommy tentang jalan-jalan di Penang. Kenapa Penang? Balik kampung daddy lah. Biasalah bila cuti terhad, di campur dengan cuti daddy dan mommy yang tak sama. kadang-kadang tu satu hari ja yang sama. Lain-lain sebab mommy kerja atau daddy kerja. Kadang-kadang tu dah plan tapi asyik tak jadi ja. Susahnya nak pergi bercuti. :(

Baru-baru ni balik kampung daddy lagi. Selalunya tak kemana-mana pun. Tapi kali ini mommy plan nak jadikan balik kampung sebagai short vacation atau trip. Barulah best dan muka anak-anak pun ada senyum. hihi

Tempat yang kami lawati adalah Penang 3D Trick Art Museum.

Penang 3D Trick Art Museum

Penang 3D Trick Art Museum ini terletak di Lebuh Penang, Georgetown. Kawasan high traffic. Di seberang jalan sana terletaknya Padang Kota dan kota Fort Cornwallis. Selain itu, dekat juga dengan mee goreng sotong yang femes tu. 

Mommy pergi sebelah petang, trip pelajar sekolah baru habis lawatan di museum ni. Parking pun senang masa mommy sampai sebab ada tourist baru keluar. Alhamdulillah.

Kenapa Penang 3D Trick Art Museum Menjadi Pilihan?

Penang 3D Trick Art Museum menjadi pilihan mommy kerana entrance fee atau yuran masuk yang reasonable dan ia terletak di Bandaraya Georgetown yang mempunyai banyak tempat menarik sepertimana yang mommy sebut awal-awal entry ini.

Kiranya senang nak gerak atau pergi ke tempat lain.
 Penang 3D Trick Art Museum


Apa yang best di Penang 3D Trick Art Museum?


Sampai-sampai saja mommy di Penang 3D Trick Art Museum, mommy di sambut dengan penyambut tetamu yang ramah. Psss, ada budak melayu yang boleh cakap chinese keja kat situ. Comei pulak tu.. Terpesona mommy dengar budak tu cakap chinese dengan partner atau supervisor dia. 

Beratur beli tiket dan dah dapat tiket, kita mulakan pengembaraan kita. hikhik.

Mula-mula masuk, dah sampai kampung. Macam Balik Pulau ja. Tapi serius la dah lama tak rasa suasana kampung macam ni. Tengok budak-budak main gasing. Kat sini boleh panjat pokok kelapa tu.
 Penang 3D Trick Art Museum
Jalan lagi, ada nudak-budak dok kait buah mangga. Ammar ngan Aisya sibuk juga nak kait. Macam terer.. hikhik
 Penang 3D Trick Art Museum
Dah habis pusing kampung, kami nak pergi tempat lain pulak. Malas bawa kereta, kita naik beca....
 Penang 3D Trick Art Museum
Pak cik beca bawa kami sampai kampung nelayan. Naik perahu pula... Boleh main ayaq.
 Penang 3D Trick Art Museum
Dah puas naik perahu dan main ayaq, kami nak pi tempat lain pula. Kali ni kami naik bas kuning (yellow bus). Yellow bus ni ada kat Penang saja tau. Mommy sempatlah naik sebelum di tukar ke bas mini.

Dengan bas kuning kami pi taman rama rama dan bukit bendera.
 Penang 3D Trick Art Museum
Dari atas bukit bendera kami turun ke bawah dengan tikar zam zam ala kezamm... hikhik. Macam-macam aksi abang ammar buat.
 Penang 3D Trick Art Museum
Tapi tikar tu, tak bawa kami balik ke kereta. Dia bawa kami mengembara lagi sampai jumpa jin dalam lampu ajaib, jumpa monkey king, jumpa panda, sampai ke bulan dan kena kejar dengan dinosaur.
 Penang 3D Trick Art Museum
Lepas tu jalan-jalan lagi sampai jumpa semua binatang dan serangga gergasi. Takuttttt.

 Penang 3D Trick Art Museum
Akhir sekali pengembaraan kami sampai ke rumah graviti. Kenapa graviti? kalau korang nak tahu, mommy sebenarnya berdiri tegak. Tapi tulah dalam gambar ni nampak mommy senget dan nak terjatuh sebab daddy tolak. Trick art betul...
 Penang 3D Trick Art Museum
Dah habis mengembara, sampailah ke tempat yang boleh shopping cenderamata. Macam-macam pilihan ada. Lagi satu, ada photo booth kat sini. Ada gambar kita yang dah di print dan jika berkenan bolehlah beli.
 Penang 3D Trick Art Museum
Kat sini juga ada terjual minuman dan makanan ringan. Tak sedar pun, pusing-pusing sambil bergambar dah dua jam lebih. Mau tak terasa dahaga dan lapar. Kita minum dan makan sikit buat alas perut.
 Penang 3D Trick Art Museum
Okaylah kalau korang nak buat short vacation macam mommy. bolehlah singgah ke

Penang 3D Trick Art Museum

10, Lebuh Penang, George Town, Penang.

Last sekali, walaupun tempat ni hanya lukisan tapi bila melihat anak-anak seronok, enjoy the moment dan melakukan aksi yang bersesuaian dengan gambar, mommy rasa gembira sangat. Bukan senang nak bagi mereka rasa seronok bila berjalan-jalan atau pun bercuti.

Gambar-gambar yang terakam ini akan menjadi kenangan yang sangat indah. Oh  yer, jangan risau jika tiada cameraman khas untuk merakam aksi anda sekeluarga kerana staff-staf  Penang 3D Trick Art Museum akan membantu merakamkan aksi anda sekeluarga. Dia orang ramah dan mesra..

In sha Allah kalau ada kesempatan, mommy akan singgah lagi. 

3 comments:

Pengikut

Google+ Followers