Lembut Terurus Dengan Ecowell Hair Conditioner - Cahaya Hayati

20 Sept 2016

Lembut Terurus Dengan Ecowell Hair Conditioner

Assalamualaikum wbt.

Penggunaan shampoo saja tidak mencukupi untuk penjagaan rambut. Untuk kelihatan lembut dan terurus, penggunaan conditioner atau perapi adalah digalakkan. Kenapa?


Kenapa Perlu Menggunakan Perapi Ecowell?


Ini kerana penggunaan Shea Butter dan vanilla oil dalam perapi ini membantu melembutkan, menyinarkan dan menghindarkan rambut menjadi kering. Selain itu, ia juga membantu untuk menyuburkan dan menyihatkan rambut dari dalam iaitu sehingga kulit kepala.

Penggunaan perapi Ecowell ini juga untuk memudahkan pengurusan rambut sama ada menyikat atau menggayakan pelbagai gaya rambut.


Cara menggunakan Perapi Rambut Ecowell ni sama saja seperti penggunaan perapi rambut yang lain. iaitu selepas shampoo rambut dengan Ecowell Shampoo, bilas dan keringkan sedikit rambut.

Picit perapi rambut di tapak tangan. Sapu rata kepada rambut. Tumpukan kepada hujung rambut. Biarkan selama 5 minit. Kemudian, bilas dengan air.

Lap dan keringkan rambut dengan tuala atau menggunakan pengering rambut. 

Kesan boleh di rasai walaupun baru kali pertama menggunakannya. Rambut mudah di urus dan terasa ringan. #Silafliprambut. Mommy boleh flip shawl saja.



Bagi yang berminat untuk  mendapatkan Ecowell Body Lotion ini, bolehlah layari laman web berikut:

SiteGiant

Lazada

Shopee

11street 

FaceBook



Baca juga tentang Produk Ecowell yang lain:


1 comment: