loading...

28 Sep 2016

Dashing Adventurer 2.0 | Untuk Lelaki Hebat Bertambah Hebat

1:55 PTG 1 Comments
Assalamualaikum wbt. Dashing Adventurer 2.0 | Untuk Lelaki Hebat Bertambah Hebat.

Dulu-dulu mommy suka tengok iklan Dashing sebab dalam iklan tu tunjukkan tentang kehebatan lelaki menunggang superbike. Di tambah lagi dengan model yang sejak bergaya dan tampil dengan penuh keyakinan.


Kiranya dari dulu lagilah Dashing menjadi sebahagian dari gaya hidup lelaki hebat di Malaysia. Ia juga sebagai pelengkap gaya lelaki untuk tampil hebat dan penuh yakin memikat sesiapa saja yang memandangnya. 

Selain itu, Dashing juga menggambarkan gaya hidup lelaki yang lasak dan berani dalam menghadapi cabaran serta liku kehidupan harian. Yelah zaman sekarang. kehidupan harian juga mencabar di mana perlu keluar seawal pagi dan pulang ke rumah ketika lewat malam. Mencari rezeki untuk keluarga tercinta. Perlu mengekalkan gaya hebat dan personaliti diri. 


Disebabkan encik suami kita pun dah jadi seorang rider, maka Dashing Adventurer 2.0 - Edge amat sesuai dengannya. Di tambah lagi haruman yang lembut yang sememangnya di sukai oleh encik suami. Walaupun pergi ride jauh, balik rumah masih lagi wangi... sukanya. 

Kini Dashing Adventurer telah keluarkan wangian baru yang lagi best iaitu Dashing Adventurer 2.0 BOLD dan EDGE.

Dashing Adventurer BOLD - beraroma akuatik yang lebih maskulin. Baunya sedikit keras. 

Dashing Adventurer EDGE - pula mempunyai bau lemon, kayu cedar dan gaharu dengan sifat “woody” lebih memberikan kesegaran kepada si pemakai. Bauan yang lembut. Akak suka. Rasa nak dekat-dekat selalu.


Keluaran ini merangkumi :-

Dashing Adventurer 2.0 Eau De Toilette (EDT)

EDT terdapat dua saiz iaitu untuk wangian EDT yang bersaiz kecil (50ml) berharga RM 18.90 termasuk 6% GST dalam 2 variasi, EDGE 2.0 dan EXTREME.

Manakala untuk wangian EDT saiz besar (100ml), harganya RM 35.50 termasuk 6% GST dan boleh didapati dalam 3 variasi, BOLD 2.0, EDGE 2.0 dan PURE ENERGY.


Deodorant semburan Badan NO GAS Dashing pertama di Malaysia

Deodorant semburan yang pertama di Malaysia tanpa gas tau. TAPI tetap wangi cam biasa... Deodorant semburan ini di datangkan dengan 3 variasi iaitu BOLD 2.0, EDGE 2.0 dan PURE ENERGY.


Yang paling penting, deodorant semburan tanpa gas ini tahan sehingga 2 bulan ataupun 750 kali semburan. Fuhhh. Jimat sangat...

Harga deodorant semburan tanpa gas ini adalah RM 18.90 termasuk gst.


Dashing Adventurer 2.0 Deodorant Roll On

Selain dari EDT dan deodorant semburan tanpa gas, Dashing Adventurer juga mengeluarkan deodorant roll on. Masih ramai yang suka roll on berbanding semburan. Harganya pun mampu milik iaitu RM 6.50 (40ml). Harga ini termasuk GST. Boleh dapati dalam 3 variasa iaitu BOLD 2.0, EDGE 2.0 dan PURE ENERGY.



Berkenan kan, untuk maklumat lebih lanjut boleh layari :



27 Sep 2016

Kulit Lebih Segar Dan Bersih Dengan Ecowell Shower Gel

1:34 PTG 0 Comments
Assalamualaikum wbt. Kulit Lebih Segar Dan Bersih Dengan Ecowell Shower Gel

Selamat pagi. Eh, Tengahari. Dah mandi ke belum? Belum? Busyukkk la hangpa ni... kihkih

Oklah mommy nak perkenalkan kat hangpa satu shower gel yang mommy guna buat badan rasa segar dan bersih saja selepas guna. Shower Gel ni adalah keluaran Ecowell.


Ecowell Shower Gel

Ecowell Shower Gel ni adalah gel mandian yang di perbuat daripada campuran Myrtus dan Chamomile. Dua campuran hebat yang membantu menyegarkan dan membuat kulit terasa bersih sepanjang hari.

Kelebihan Ecowell Shower Gel

Shower gel ini mempunyai kelebihan yang tersediri kerana dengan penggunaan yang berpanjangan, ia membantu melembabkan kulit, mencerahkan kulit dan sekaligus memudarkan parut lama

Jadi amatlah sesuai untuk orang yang mempunyai masalah kulit. Yang tak ada masalah kulit akan kelihatan lebih berserilah. Makin cunlah... 


Bagi yang berminat untuk mendapatkan Ecowell Shower Gel ini bolehlah terjah website dan facebook di bawah. Tambah-tambah lagi bila ada MYCYBERSALE.

SiteGiant

Lazada

Shopee

11street 

FaceBook



Baca juga tentang Produk Ecowell yang lain:

26 Sep 2016

The Covets | Membongkar Tips Dan Rahsia Kecantikan

3:01 PTG 1 Comments
Assalamualaikum wbt. The Covets | Membongkar Tips Dan Rahsia Kecantikan

Korang just nak habaq yang mommy belajar tentang make up dan tips-tips kecantikan dari majalah kecantikan online pertama iaitu the COVETS. 

Orang perempuan kan memang pelik, kalau dah pandai make up sekalipun mesti nak belajar make up lagi. Tetambah bila ada teknik terbaru... Sekarang tak perlu cari mak andam lagi. Sebab the COVETS reveal semua tips dan teknik tu. Hujung jari je uollss.

The Covets

Dalam the COVETS terdapat pelbagai tips kecantikan dan make up. Semua tu kita boleh tahu melalui LIMA KATEGORI iaitu:-


  • The Care

The Covets

  • The Colors



The Covets

  • The Scents


The Covets

  • The Talks


The Covets

  • The Lifestyle


The Covets

Actually ada banyak lagi TAPI kena stay tuned lahh dan jangan lupa follow the COVETS 

Website :  http://www.thecovets.com/
Facebook :  https://www.facebook.com/thecovets/
Instagram :  https://www.instagram.com/the.covets/

23 Sep 2016

Sudah Baikkah Saya?

8:00 PG 1 Comments
Assalamualaikum wbt. Sudah baikkah saya adalah tazkirah yang mommy terima melalui group whatsapp. Mommy panjangkan di sini untuk tatapan semua. Mudah-mudahan kita dapat perbaiki diri dab akhlak sendiri.

*"sdh Baik kah saya"* walaupun selalu sholat 5 waktu serta tepat pada waktunya

*"sdh Baik kah saya"* walaupun telah berhaji & umroh beberapa kali

*"sdh Baik kah saya"* walaupun telah bersedekah setiap hari

*"sdh Baik kah saya"* walaupun hari-hari kita memberi nasihat dan teguran kpd orang lain yang berbuat salah.

*"sdh Baik kah saya"* walaupun sudah pakai jubah, dan menutup aurat dengan sempurna.

*"sdh Baik kah saya"* walaupun setiap malam sholat Tahajjud, Witir, Hajat dan zikir

*"sdh Baik kah saya"* walaupun  tiap hari ke masjid atau musholla utk shalat & menambah ilmu.

*"sdh Baik kah saya"* walaupun setiap saat kita update status berunsur nasihat dan dakwah.

*"Sdh baik kah saya"*
walaupun setiap saat kita menolong orang lain.

*al-Quran, surah an-Najm ayat 32:*

فلا تُزٓكُّوْا آنْفُسٓكُمْ هُوٓ آعْلٓمُ بِمٓنْ اتّٓقٓى

*_"...........Janganlah kamu menganggap diri kamu suci (orang baik) karena Allah-lah yang lebih mengetahui siapa yang benar-benar bertaqwa_*

Aisyah (ra) ditanya orang *"Siapakah orang yang buruk?" dijawab olehnya "yaitu orang yang merasa dirinya baik". Beliau ditanya lagi "Siapakah orang yang baik?", maka dijawab "yaitu orang yang merasa dirinya buruk"*.

*_JANGAN MERASA DIRI KITA LEBIH BAIK DARIPADA ORANG LAIN._*

Karena kita takkan pernah tahu dimanakah dan bilakah saat *HATI* kita *IKHLAS* melakukan amalan-amalan soleh, menasihati orang serta beramal ibadah lain yang bakal diterima oleh Allah Swt.

*Kita tak tahu amal manakah yang Allah terima.*

_Selalu letakkan diri kita dalam keadaan :_

*_"Aku banyak kekurangan dan kelemahan, semua orang lain lebih baik dari aku karena hati manusia masing-masing hanya diketahui Allah"_*.

*_"Akulah yang paling buruk dikalangan manusia. Aku sedang perbaiki diriku dan mencoba bantu orang lain untuk menjadi lebih baik"_*.

Wujudkan *KEIKHLASAN* hindari *IRI & DENGKI*

Selalu mengharapkan *RIDHO  ALLAH*

Latih diri agar selalu *TAWADHU* jauhkan dari penyakit *UJUB & TAKABBUR*

Selalu perbaiki *_diri serta orang lain dengan kelembutan dan kasih sayang*_

Hanya Allah yang akan terus memberi kita *PETUNJUK* serta *JALAN KEBENARAN*.

*Semoga setiap hari Allah selalu membimbing kita semua* .Aamiiinnn.
🌹📚✏

20 Sep 2016

Lembut Terurus Dengan Ecowell Hair Conditioner

8:17 PG 1 Comments
Assalamualaikum wbt.

Penggunaan shampoo saja tidak mencukupi untuk penjagaan rambut. Untuk kelihatan lembut dan terurus, penggunaan conditioner atau perapi adalah digalakkan. Kenapa?


Kenapa Perlu Menggunakan Perapi Ecowell?


Ini kerana penggunaan Shea Butter dan vanilla oil dalam perapi ini membantu melembutkan, menyinarkan dan menghindarkan rambut menjadi kering. Selain itu, ia juga membantu untuk menyuburkan dan menyihatkan rambut dari dalam iaitu sehingga kulit kepala.

Penggunaan perapi Ecowell ini juga untuk memudahkan pengurusan rambut sama ada menyikat atau menggayakan pelbagai gaya rambut.


Cara menggunakan Perapi Rambut Ecowell ni sama saja seperti penggunaan perapi rambut yang lain. iaitu selepas shampoo rambut dengan Ecowell Shampoo, bilas dan keringkan sedikit rambut.

Picit perapi rambut di tapak tangan. Sapu rata kepada rambut. Tumpukan kepada hujung rambut. Biarkan selama 5 minit. Kemudian, bilas dengan air.

Lap dan keringkan rambut dengan tuala atau menggunakan pengering rambut. 

Kesan boleh di rasai walaupun baru kali pertama menggunakannya. Rambut mudah di urus dan terasa ringan. #Silafliprambut. Mommy boleh flip shawl saja.



Bagi yang berminat untuk  mendapatkan Ecowell Body Lotion ini, bolehlah layari laman web berikut:

SiteGiant

Lazada

Shopee

11street 

FaceBook



Baca juga tentang Produk Ecowell yang lain:


16 Sep 2016

13 Sep 2016

Kulit Lebih Halus, Mulus Dan Kekal Lembab Dengan Body Lotion Ecowell

8:00 PG 1 Comments
Assalamualaikum wbt. Kulit lebih halus, mulus dan kekal segar dengan Body Lotion Ecowell.

Bila bercerita tentang kulit halus mulus dan  kekal lembab, mommy memang jealous dengan wanita yang memilikinya.  Bukan senang nak milikinya apatah nak mengekalkan kelembapan kulit sepanjang hari.

Bagi memiliki kulit yang halus dan mulus, mommy telah cuba banyak jenama. Pantang yang kata berkesan. Malah setiap bulan mommy akan beli 2 botol besar lotion, satu di rumah dan satu lagi untuk diletakkan di pejabat.

Tapi kannnn!

Mommy ada cuba satu lotion ni dan dah jatuh cinta dengan keberkesanannya. Lotion ini adalah keluaran Ecowell iaitu Ecowell Rich Moisturizing Body Lotion.


Ecowell Rich Moisturizing Body Lotion

Ecowell Rich Moisturizing Body Lotion di cipta khas dengan bahan organic iaitu shea butter dan minyak apricot. Kandungan ini sesuai untuk semua jenis kulit.

Kelebihan Ecowell Rich Moisturizing Body Lotion

Memulih, mengembalikan, memperbaharui kulit dengan mengurangkan dan mengimbangi penghidratan serta  mengekalkan kelembapan. Selain itu, ia juga melindungi dan menghalang kulit daripada proses penuaan serta menghilangkan kedutan.

Sukanya mommy. Boleh la mommy kekal awet muda...


Okaylah bagi yang berminat untuk  mendapatkan Ecowell Body Lotion ini, bolehlah layari laman web berikut:

SiteGiant

Lazada

Shopee

11street 

FaceBook


Baca juga tentang Produk Ecowell yang lain:

>>>>  Lotion 

11 Sep 2016

Shopping Online di Hermo.my, Bayar Guna MOLPAY di 7ELEVEN

8:00 PG 2 Comments
Assalamualaikum wbt. Shopping Online di Hermo.my,  Bayar Guna MOLPAY di 7ELEVEN

Mommy selalu shopping online tapi selalunya bayar melalui perbankkan internet atau internet banking. Tapi hari tu mommy tershopping dekat Hermo.my dan bila nak buat payment mommy tersangkut sebab baki kat bank dah takde sebab mommy dah transfer ke bank lain yang mommy tak buat internet banking. Mommy transfer ke sana bukan apa takut tershopping macam nilah...

Tapiii kannnn, kawan mommy yang keja 7ELEVEN (Malaysia) habaq yang mommy boleh bayar kat melalui MOLPAY di 7ELEVEN yang berdekatan. Jangan tak tau mommy ni dulu bekas store manager kat 7ELEVEN tu sebelum masuk company sekarang. So, sikit sebanyak tentang apa yang ada kat 7ELEVEN tu mommy tau la.

Apa Itu MOLPAY?

Hermo.my

MOLPAY adalah satu cara pembayaran pelbagai mata wang yang pertama di Asia Tenggara yang menerima tunai untuk pembelian dalam talian seperti Hermo.my. Penerimaan tunai ini melalui kedai-kedai fizikal seperti 7ELEVEN yang mempunyai cawangan di hampir setiap daerah. 

Boleh di katakan pembayaran melalui MOLPAY Cash adalah lebih senang, cepat dan mudah.

7eleven

Hermo.my 

Hermo.my adalah satu web shopping online yang menjual pelbagai barangan keperluan diri seperti make up, skincare, set mandian dan lain-lain. Semua barangan yang terdapat di Hermo.my adalah terdiri daripada pelbagai jenama dari Malaysia dan juga luar negara. 

Hermo.my\

Yang pasti harga yang di tawarkan di Hermo.my adalah berpatutan dan terdapat juga diskaun khas yang pasti membuat pembeli tersenyum dengan tawaran harga selepas diskaun tersebut. 

Hermo.my

Bagi yang tidak pernah buat bayaran mesti tertanya-tanya macam mana nak buat bayaran melalui MOLPAY kan. Okaylah mommy terangkan step by step.

First, masuk ke web Hermo.my dan pilih barangan yang kita nak beli. Dah pilih, terus proceed checkout.

MOLPAY Cash

Masa proceed checkout tu kita di minta pilih payment option.

MOLPAY Cash

Pilih pembayaran melalui 7ELEVEN tau.

MOLPAY Cash

Pastu akan auto pop out screen di bawah.

Hermo.my

Jangan lupa untuk klik T&C Hermo. my. Lepas tu baru klik proceed.

MOLPAY Cash

Bila dah proceed, akan appear screen resit yang ada verification code, transaction id dan jumlah bayaran. Boleh print screen resit ni. Jika tidak print pun takpa sebab Hermo akan email detail ini kepada email yang berdaftar dengan hermo.my.

MOLPAY Cash

Dah print resit hermo tadi, pergilah ke mana-mana 7ELEVEN yang berdekatan dengan tempat tinggal atau kerja anda. Bayaran mesti di buat dalam masa 48 jam. 

Beritahu staff / sales assistant yang bertugas bahawa anda ingin membuat bayaran melalui MOLPAY. Staff tersebut akan meminta bukti iaitu transaction id dan verification code.

MOLPAY Cash

Bayar jumlah yang korang shopping di Hermo.my tu.. Mommy shopping sikit saja. 

MOLPAY Cash

Selepas bayaran di buat, staff 7ELEVEN akan beri 2 resit iaitu resit 7ELEVEN dan resit MOLPAY. Jangan lupa simpan resit-resit ni.

Last sekali selepas bayaran di buat anda akan terima email dari Hermo.my yang menyatakan order telah confirm. Ini bermakna bayaran yang di buat telah di update kepada Hermo.my. So, tunggu barang yang mommy shopping sampai ke rumah sajalah.

MOLPAY Cash

Secara ringkasnya mommy boleh katakan bayaran melalui MOLPAY CASH adalah:
  • Mudah bagi yang ingin shopping online tapi tiada akaun perbankan internet atau kredit/debit card.
  • Senang kerana terdapat outlet 7ELEVEN di setiap daerah dan juga berdekatan dengan perumahan atau kawasan kerja anda. Selain itu, ia juga outlet yang beroperasi 24 jam. Anytime & anywhere.
  • Boleh di percayai kerana transaksi yang pantas dan resit bayaran yang di berikan untuk rujukan.

Maklumat lanjut tentang MOLPAY CASH ini boleh layari laman web MOLPAY iaitu http://www.molpay.com/v3/cash

Untuk pengunjung dan pembaca blog CAHAYA HAYATI, Mommy nak bagitau ada diskaun RM 5 untuk hangpa bagi setiap pembelian RM 60 (tidak termasuk kos penghantaran ) di Hermo.my. Guna kod kad bawah ni.

HMOLPAYCASH05 
Diskaun ini sah mulai 1 september-31 Disember 2016
Penggunaan sekali saja untuk setiap pembaca
tawaran tidak sah dengan kod promosi yang lain

7 Sep 2016

#bersatuTENAGA Lagi Best Kalau Semua Join!

2:09 PTG 5 Comments
Assalamualaikum wbt. #bersatuTENAGA lagi best kalau semua join!

Hello Malaysia!

Malam-malam camni mesti hangpa semua dok relaks dan rehat-rehatkan diri. Jadi, mommy nak ajak hangpa semua join kempen dari TNB atau Tenaga Nasional Berhad. Kempen ni senang ja tau.. Semua boleh join. :)

#bersatuTENAGA


#bersatuTENAGA adalah nama kempen ni. Kempen ini adalah kerjasama TNB bersama artis terkenal tanah air seperti Faizal Tahir, Jaclyn Victor  dan Elizabeth Tan. Ye ye, mommy tahu artis-artis ini memang terkenal dengan vokal yang mantap dan persembahan yang memukau mata semua orang. Tapi tak salahkan kalau kita boleh berada di atas pentas dengan mereka. hikhik biarlah mommy berangan dulu yer.

Kerjasama ini adalah sempena HARI MALAYSIA yang akan di sambut beberapa hari lagi iaitu pada 16 September 2016 ini. #bersatuTENAGA adalah kempen untuk melengkapkan atau menyumbangkan idea dalam sebuah lagu ciptaan Faizal Tahir yang masih tergantung liriknya... Idea ini mestilah dalam bentuk video yang berdurasi satu minit.

Andaikata rakaman video hangpa nanti terpilih, ia akan manjadi sebahagian lirik lagu dan muzik video yang akan terpapar di semua media sosial.Hmm... Kalau terpilih boleh jadi retis tu. Bestnya.

Cara Untuk Sertai #bersatuTENAGA

Kan tadi dah habaq senang ja. Dua langkah mudah saja untuk memeriahkan kempen #bersatuTENAGA ini....

Pertama, rakamkan aksi anda menyanyi sebahagian lagu Ciptaan Faizal Tahir, menari, miming pun boleh atau apa saja aksi yang kreatif dan menarik yang dapat di masukkan dalam muzik video tersebut.

Kedua, upload video tu di instagram dengan mode public dan letak #bersatuTENAGA.

Takdak idea? Meh tengok video yang telah di buat oleh Faizal Tahir, Jaclyn dan Elizabeth Tan ni tentang #bersatuTENAGA.








Ha! Camna? Dah dapat idea? Cepat2 tau sertai kempen #bersatuTENAGA ni sebab kat IG #bersatuTENAGA  dah ramai yang join. Sporting kan dia orang.. 

Untuk maklumat lanjut tentang kempen #bersatuTENAGA ini... hangpa bolehlah terjah ke Facebook TNB di link berikut:

https://www.facebook.com/TNBCareline/

atau

https://www.facebook.com/notes/tnb-careline/bersatutenaga-a-song-that-wont-sound-right-without-your-voice/1411108805569441

Oklah ini video mommy. Jangan gelak kay.. Like banyak2 kat IG takpe...

video

Sumber Ayu | Wajah Baru Dan Formulasi Yang Di Pertingkatkan

1:43 PTG 3 Comments
Assalamualaikum wbt. Sumber Ayu, wajah baru dan formulasi yang dipertingkatkan. 

Menjadi wanita bukanlah senang sebab banyak perkara yang perlu di jaga agar diri sentiasa bersih, sihat dan cantik. Salah satu bahagian yang perlu wanita titikberatkan adalah Miss V atau bahagian kewanitaan. Jika tidak di jaga dengan betul, bahagian miss V boleh mengeluarkan bau yang tidak enak.

Dulu, wanita menjaga bahagian miss V secara tradisional iaitu dengan merebus daun sirih yang dicampur dengan air bagi menghasilkan air daun sirih untuk mencuci miss V. Banyaknya langkah wanita zaman dahulu untuk menjaga miss V dan semuanya dilakukan secara manual

Kenapa Perlu Menjaga Miss V?


Bahagian intim wanita atau miss V adalah tempat tinggal jutaan flora dan bakteria yang membolehkan kita menjalani kehidupan tanpa gangguan dan ketidakselesaan pada bahagian tersebut. Bakteria yang membentuk ekosistem semulajadi ini memberikan keseimbangan tahap PH serta melindungi miss V dari sebarang jangkitan dan ancaman. Amalan membersih miss V dengan menggunakan sabun dan air  bukanlah satu idea yang baik sebab ia mengganggu keseimbangan semulajadi dan mendedahkan kepada risiko jangkitan.

Pembersih Kewanitaan Daun Sirih Sumber Ayu


Tetapi sekarang tidak lagi sebab Sumber Ayu menggunakan amalan traditional iaitu daun sirih dan melalui formulasi yang tinggi untuk menghasilkan pencuci miss V. Senang dan cepat untuk menggunakannya. Tuang sedikit pencuci Sumber Ayu di tapak tangan, sapu di bahagian Miss V dan bilas dengan air. Rasa segar sirih akan terasa di bahagian yang di cuci. 

Pembersih Kewanitaan Daun Sirih Sumber Ayu

Selain itu, Pencuci Kewanitaan Daun Sirih Sumber Ayu ini sangat wangi kerana ia diperhebatkan dengan wangian semulajadi yang memberikan kesegaran yang berpanjangan.

Selari dengan peredaran masa, Pembersih Kewanitaan Daun Sirih Sumber Ayu turut tampil dengan wajah baru yang lebih segar. Masih mengekalkan bentuk botol yang di inspirasikan daripada keanggunan lekuk tubuh wanita, tetapi dengan rona warna yang menarik untuk membezakan variasi dan dihiasi dengan kemasan yang lebih sofistikated. Macam gambar di atas.

Pembersih Kewanitaan Daun Sirih Sumber Ayu ini perakui halal oleh JAKIM . So, boleh guna tanpa was was.

Pembersih Kewanitaan Daun Sirih Sumber Ayu merupakan produk ideal untuk semua wanita di setiap peringkat umur. Pembersih Miss V ini hadir dengan enam variasi wangian yang menarik.

Pembersih Kewanitaan Daun Sirih Sumber Ayu Orkid
Haruman segar dari kuntuman orkid memberikan wangian ringan dan rasa bersih yang kekal sepanjang hari. Amat sesuai buat wanita ayu yang sentiasa mengekalkan keanggunannya  dalam pelbagai cara.

Pembersih Kewanitaan Daun Sirih Sumber Ayu Mawar
Wangian mawar mekar yang manis memberikan aroma yang menyenangkan dan rasa bersih depanjang hari. Sesuai untuk mereka yang berjiwa romantis.

Pembersih Kewanitaan Daun Sirih Sumber Ayu Floral
Kombinasi aroma pelbagai bunga memberikan rasa segar sepanjang waktu. Ciptaan ideal bagi wanita yang sentiasa ceria dan bersahaja.

Pembersih Kewanitaan Daun Sirih Sumber Ayu Musk
Aroma semulajadi kasturi yang ringan memberi kesegaran yang optimum agar segar sepanjang hari. Varian ini sesuai untuk wanita yang sentiasa ke hadapan  dan meminati haruman patchouli yang terkenal dengan nuansa anggun.

Pembersih Kewanitaan Daun Sirih Sumber Ayu Gambir
Bauan herba yang harum serta memberikan kesegaran semula jadi. Pilihan terbaik buat wanita klasik yang sofiskated dan menghargai sentuhan alam di dalam kehidupan.

Pembersih Kewanitaan Daun Sirih Sumber Ayu Fruity
Aroma manis buah-buahan tropika mampu memberikan rasa bersih dan segar sepanjang hari. Pilihan terbaik buat gadis yang lincah, ceria, bersedia dan yakin dalam apa jua keadaan.

Pembersih Kewanitaan Daun Sirih Sumber Ayu

Dimana Boleh Perolehi Pembersih Kewanitaan Daun Sirih Sumber Ayu?


Produk Pembersih Kewanitaan Daun Sirih  Sumber Ayu boleh di perolehi di semua pasaraya utam dan farmasi. Produk ini di bawa khas oleh WIPRO UNZA.

Harga jualan Pembersih Kewanitaan Daun Sirih Sumber Ayu adalah RM 3.60 (90ml) dan RM 5.80 (200ml).

6 Sep 2016

Rambut Tampil Cantik Dan Bersinar Dengan Ecowell Shampoo

8:00 PTG 0 Comments
Assalamualaikum wbt. Rambut tampil cantik dan bersinar dengan Ecowell Shampoo.

Memiliki rambut cantik dan bersinar adalah impian setiap wanita tetapi bukanlah mudah bagi wanita. Tambah-tambah lagi wanita yang berambut panjang dan bertudung. Bila memakai tudung untukjangka waktu yang lama akan menyebabkan rambut menjadi kusam dan tidak bermaya. Mahkota wanita dah hilang serinya.

Mommy ni jenis yang suka tukar-tukar shampoo. Tidak puashati dengan shampoo A, mommy beralih ke shampoo B pula. Sehinggalah mommy mencuba Ecowell Shampoo. Memang puashati lah dengan shampoo ni walaupun mommy baru guna. Nampak dan rasa perbezaan selepas menggunakan Ecowell shampoo ni.

Ecowell Organic Cosmetics

Ecowell Shampoo 

Ecowell Shampoo ini di perkayakan dengan Myrtus Organic dan Shea Butter. Dua kandungan ini dalam Ecowell Shampoo berfungsi untuk menyuburkan, melebatkan, menguatkan, menyegarkan serta mengilatkan rambut dari akar rambut sehingga ke hujungnya. Selain itu, ia juga memberi dan mengekalkan kelembapan semulajadi rambut.

Formula khas Ecowell Shampoo ini menyegarkan dan menyuburkan kulit kepala sekaligus membantu menghasilkan rambut yang cantik, sihat dan berkilat.

Ecowell Organic Cosmetics

Antara lain kelebihan Ecowell Shampoo yang mommy rasa selepas menggunakannya adalah:
  • Rambut mudah di uruskan
  • Rambut kering dan gugur dah berkurangan
  • Rambut rasa lembut dan ringan. Dah boleh flip hair.. hehe
  • Kulit kepala rasa bersih sangat.
  • Bauan yang lembut
Kat mana boleh dapati shampoo ni? Ok, Ecowell Shampoo ini boleh dapati di :-



1 Sep 2016

Amez Care Penghargaan Buat Wanita

3:16 PTG 1 Comments
Assalamualaikum wbt. Amez Care penghargaan buat wanita. Kenapa? Baca kat bawah ni sampai habis tau!

Mommy tahu dan pernah guna hampir semua jenama tuala wanita tapi yang biasa-biasa saja. Yang berherba masih belum pernah cuba. Bukan apa bila tengok harga dia menyebabkan mommy rasa seperti cekik darah. Yelah lepas guna confirm mommy buang... Duit tuh.

Amez Care Herbal Pads

Tapi setelah mengggunakan Amez Care, mommy wajib buang pemikiran mommy sebab Amez Care adalah tuala wanita berherba yang mengandungi beberapa ekstrak bahan semulajadi yang di masukkan dalam tuala wanita ini. Bahan semulajadi tersebut adalah aloe vera, peppermint, tea plant, chamomile dan lavender. Selain itu, dihasilkan melalui teknologi far infrared, nano silver dengan kelebihan ion-ion negatif.

Tuala Wanita Herba
Day Use, Night Use & Pantyliner

Amez Care terdiri daripada beberapa jenis mengikut kegunaan pengguna. Antaranya adalah :-
  • Amez Care Day Use
  • Amez Care Night Use
  • Amez Care Pack 
  • Amez Care Pantyliner
Setakat ini mommy telah gunakan 3 jenis daripada produk Amez Care iaitu Amez Care Day Use, Amez Care Night Use dan Amez Care pantyliner. 

Amez Care Day Use & Night Use mommy guna ketika 'period'.  Memang best sebab bau herba yang kuat telah menyerap bau darah haid. So, kalau duduk sebelah orang pun memang tidak berbau seolah-olah hari yang normal. Yelah, bau darah haid ni kadang-kadang orang boleh bau terutamanya lelaki. Hidung diaorang macam sensitif kepada bau darah haid ni.

Penggunaan daun mint menyebabkan mommy rasa sejuk saja dekat 'situ'. Hanya orang yang datang period saja yang tahu bagaimana rasa tak selesa bila period. Tapi bila guna Amez Care ni, rasa tak selesa tu seolah-olah hilang. Mungkin disebabkan rasa mint tersebut.

Amez Care
Di line hijau tulah terdapat herba..
Selain itu, herba-herba yang digunakan ini membantu pengeluaran semua darah kotor. Rasa bersih dan kosong ja bila habis period.

Untuk Amez Care Pantyliner pula, mommy guna ketika travel ke Cyberjaya tempohari. Memang best sebab ia sangat-sangat membantu mommy mengharungi perjalanan yang meletihkan. Selalunya bila mommy guna pantyliner biasa lama sikit, mesti ada rasa gatal tapi dengan Amez Care Pantyliner mommy rasa segar ja. Pantyliner ni nipis ja.. Rasa macam tak guna pantyliner pun ada. 

Antara lain kelebihan Amez Care ini adalah :-
  • Nipis walaupun berherba. So, bila pakai macam tak pakai. 
  • Gam yang melekat dengan kuat. Takde lah nak tertanggal atau tercabut bila bergerak banyak. hehe. Stabil.
  • Packaging yang menarik sebab ada seal. So, bila nak buka rasa macam baru buka dan tidak masuk angin. Packaging ni membantu bau herba tahan lama dan tidak hilang.
Amez Care
Nipiskan?
Korang boleh dapatkan produk Amez Care ini melalui website, Instagram, Tweeter dan Facebook Amez Care ATAU secara offline di Aeon Wellness Midvalley


Website: Amez Care 
Facebook: Amez Care
Instagram: Amez Care
Tweeter: Amez Care

Pengikut

Google+ Followers

Follow Me @cahaya_hayati292