Risaukan Keselamatan Anak-Anak Di Rumah? - Cahaya Hayati

15 Aug 2016

Risaukan Keselamatan Anak-Anak Di Rumah?



Assalamualaikum wbt.  Risaukan keselamatan anak-anak di rumah?

Adakah kita fikir rumah adalah tempat paling selamat untuk anak-anak kecil? Angkat tangan siapa yang fikir begitu. 

Yang sebenarnya rumah juga bukan tempat yang paling selamat untuk anak-anak kecil yang semakin membesar dengan lasak. Anak-anak kecil cepat belajar dari pemerhatian. Apa yang orang dewasa atau ibu bapa lakukan, mesti akan menjadi ikutan. Termasuklah penggunaan pisau, barangan elektrik dan dapur memasak.

alat keselamatan di rumah
si canggih mommy! Ini bukan lakonan tapi inilah aktiviti harian Aisy.. huhu

lunavie
kepandaian Aisy - memanjat dan memunggah

Jangan di salahkan anak-anak ini sebab mereka tidak tahu akan bahaya yang akan datang. Yang mereka fikirkan adalah keseronokkan mencuba atau menjadi seperti orang kesayangan mereka. TAPI sebagai ibu bapa kita perlu mengambil berat tentang keselamatan anak-anak.

Ye, rumah boleh menjadi tempat selamat untuk anak-anak kecil jika menjaga keselamatan anak-anak dengan alat keselamatan yang khas. Antara barangan keselamatan khas yang boleh di gunakan di rumah demi keselamatan anak-anak adalah safety door guard , slider lock, table corner protector dan banyak lagi.

Dalam berkira-kira hendak mencari alat keselamatan untuk anak kecil, mommy menerima parcel istimewa dari Lunavie dan di dalamnya terkandung alat keselamatan yang mommy hendak cari. Alhamdulillah. Lunavie betul-betul memenuhi kehendak mommy.

Slider Lock

Mommy memerlukan slider lock untuk mengunci semua pintu almari terutamanya yang mengandungi barangan mudah pecah dan tajam seperti pinggan, mangkuk, gelas dan juga untuk mengelakkan kain baju jadi tempat mainan anak kecil seperti Aisy.
lunavie malaysia
Slider Lock
Memula tu mommy nak letakkan slider lock ni untuk kabinet dapur mommy tapi handle kabinet ni jauh pula walaupun slider lock ni boleh adjust. So,mommy maintain gunakan tali/ reben dulu.

lunavie

lunavie

slider lock
Pastu mommy nampak almari baju abang ammar yang rendah dan boleh jadi tempat Aisy memunggah dan bersembunyi. Maka, selamat sudah baju abang Ammar dari kena punggah.

slider  Lock

Plug Protector

Nampakkan gambar kat atas tadi yang aisy memanjat kabinet dapur dan main plug. Tu sebab mommy selalu cabut plug barangan elektrik. Tapi sel-sel otak Aisy terlebih berhubung. Mommy dah cabut plug, dia akan cuba pasang balik. Bahaya!
Lunavie
Plug Cover
Nasib baiklah ada plug protector dari Lunavie. Walaupun Aisy main plug tapi dia tak boleh sambungkannya. Jadi, lebih selamat dan bahaya renjatan elektrik dapat di elakkan.

Plug protector

Corner Protector

Pernah terjadi tak, anak sedang berlari dan berkejaran kemudian terhantuk di bucu meja. Pernahkan? Aisy pun dan  dua tiga kali terhantuk di bucu meja. Nasib baik tidak luka dan berdarah. Mungkin masa tu hantukan tidak kuat. Kalau kuat? Mungkin akan berdarah dan luka dalam yang  terpaksa di jahit serta meninggalkan parut.
Lunavie
Corner Protector
Tapi sekarang mommy tak risau lagi sebab mommy guna corner protector yang di datangkan dengan silicon lembut. Bolehlah mommy letak di penjuru meja yang selalu Aisy terhantuk tu.

Corner Protector

Taraaa! pasang camni tapi belum kemas lagi tu sebab mommy tak letak double side tape. Stok kat rumah dah habis. Bila letak double side tape, corner protector ni akan lebih kemas dan susah untuk di tanggalkan.

Corner Protector

Nampak dan fahamkan tentang bebelan mommy tentang alat keselamatan di rumah. Nampak remeh tapi ia menjamin keselamatan anak-anak kecil yang tidak faham erti bahaya. Jadi, mommy syorkan pada ibubapa yang peka dan pentingkan keselamatan anak, beli dan guna alat keselamatan di rumah. Bahaya tidak dapat di jangka, boleh berlaku bila-bila saja.

Untuk pembelian, pertanyaan dan juga tips keselamatan.. Boleh hubungi dan layari:

LUNAVIE

Caely (M) Sdn Bhd
No 47-2 Jalan Radin Anum
Bandar Sri Petaling
57000 Kuala Lumpur

Telefon : 03-9057 2661
Email : info@lunavie.com
Website : www.lunavie.com
Instagram : @lunavie_com

1 comment: