Kali Pertama Shopping Online Barang Dari Oversea - Cahaya Hayati

16 Aug 2016

Kali Pertama Shopping Online Barang Dari Oversea



Assalamualaikum wbt. Kali pertama shopping barang dari oversea.

Ini merupakan kali pertama mommy shopping online dari oversea iaitu menggunakan laman web EZBUY. Mommy ni bukannya pandai sangat shopping online terutamanya dari web luar negara. Buka apa mommy takut salah saiz, salah pilihan sebab dalam gambar nampak cantik tetapi bila sampai tak cantik dan macam-macam lagi yang mommy takut.

Jadi apabila di beri peluang shopping online di laman web EZBUY, pilihan yang mommy buat semua adalah pakaian. Kalau tak muat , mommy boleh sedekahkan. Mommy order dan sepatutya mommy dapat 2 Ogos tempohari tetapi parcel sampai awal iaitu 28 Julai. Cepat servisnya.


Pilihan baju yang mommy buat adalah t-shirt Aisy, Cardigan untuk mommy dan kakak Aisya dan Hoodie untuk daddy.


Alhamdulillah semua barang yang mommy tempah cantik dan berkualiti serta murah harganya. 

Close up sikit hoodie yang daddy berkenan. Corak labah-labah sebab nak bagi sama dengan corak di helmet nya.  Nasib baik muat..kalau tak muat mommy yang pakai. kihkih



Shopping lagi? In Sha Allah, jika mempunyai barang yang mommy berkenan, nanti mommy beli lagi... 

Baca juga tentang EZBUY di SINI

2 comments:

  1. menarik juga ni.. boleh laa tengok2 dulu ezbuy ni

    ReplyDelete
  2. wahh ada model lagii huhu :)kak ana semua baju anak2 je cik T

    ReplyDelete