Dari Bukit Mertajam Ke MMU

2:08 PTG Cahaya Hayati 0 Comments

Assalamualaikum wbt. Dari Bukit Mertajam ke MMU. Sebuah catatan perjalanan.

Alhamdulillah kali ini di beri peluang untuk mendapatkan latihan di Multimedia Universiti atau lebih di kenali sebagai MMU. Latihan yang agak mencabar kerana di ajar sendiri oleh Dekan Fakulti Pengurusan iaitu Prof.  Dr. Murali yang di bantu oleh Mr. Vinod. Latihan supaya pelatih lebih memahami pengurusan dan perubahan dalam pengurusan.

Kali ini berpeluang untuk berkenalan dengan rakan baru dari semua unit dalam syarikat. Alhamdulillah bertambah kenalan.

Perjalanan dari Bukit Mertajam ke MMU bukanlah suatu pengalaman yang indah kerana ketiadaan smartphone dan di tambah lagi dengan system e-ticket KTM yang down pada hari ahad, isnin dan selasa. Pada hari perjalanan sistem KTM dah ok tetapi masih slow. So, hanya tiket pergi saja dapat di beli dan tiket untuk perjalanan balik perlu di beli di KL Sentral. Dah rasa itu bukan petanda yang baik tapi tabahkan hati juga kerana untuk dapatkan tiket pergi pun dah dua kali ke Hentian Bukit Mertajam. Booking online tak perlu di tanya kerana tak boleh access terus. Hmmm

Ok, sampai di KL Sentral pada jam 7.00 mlm. Ambil nombor untuk membeli tiket balik sebab tiket jam 8.00 malam telah habis. So, kalau tidak beli hari ini ( 24hb Ogos 2016)... kemungkinan untuk tiada tiket / tempat duduk adalah tinggi. huhu


Nombor yang dapat dengan nombor semasa adalah berbeza 300. Bermakna kena tunggu giliran ke 300. huhu

Tapi takpe, tabahkan hati dan bersabar juga untuk menunggu... Jauh lagi perjalanan ke MMU.

Akhirnya dapat beli tiket pada jam 9.20 malam. 

Terus ke kaunter KLIA Express dan beli tiket ke Putrajaya Sentral. Ok, perjalanan lancar... Dari Putrajaya Sentral ambil teksi ke Hotel Citadines Di Pulze. 

Tambang dari KL sentral ke Putrajaya Sentral adalah RM 14.00. Dan tambang teksi dari Putrajaya Sentral ke hotel adalah RM 12.  Banyaknya guna duit... :(

Itulah kisahnya. Hanya kerana sistem KTM down, perjalanan yang di rancang sampai ke hotel jam 9.00 malam telah menjadi lewat. Menyebabkan pelbagai perasaan timbul... takut seram semua ada. Yelah tempat yang tak biasa pergi dan travel sorang-sorang pula tu. Masa, sampai Putrajaya Sentral tu, semua shops lot dah tutup. Tabahkan juga turun mencari teksi.. 

Alhamdulillah di permudahkan.

Sampai saja hotel terus check in dan mandi, rehat dan tidor sebab esok kelas mula awal. 

Harap KTM dapat perbaiki sistem dan servis. Demi memudahkan pengguna. Tak perlu la kami beratur panjang-panjang dan lama untuk membeli tiket. #harapanpengguna #KTMB

0 comments:

Pengikut

Google+ Followers