Selesanya Menginap Di Citadines DPulze Cyberjaya

4:59 PTG Cahaya Hayati 2 Comments

Assalamualaikum wbt. Selesanya Menginap Di Citadines DPulze Cyberjaya.

Setelah mengharungi perjalanan yang memenatkan, mestilah terbayangkan bilik dan katil yang empuk. Pilihan mommy untuk menginap di Citadines DPulze Cyberjaya memang tepat sebab selesa, luas , katil yang empuk dan wifi untuk bilik/apartment itu saja. Syiok tenet lajuuuu.

Kenapa mommy pilih Citadines DPulze? Mommy pilih Citadines di Pulze kerana kedudukannya yang dekat dengan MMU dan mempunyai shopping complex serta tempat makan dalam satu bangunan. So, mommy tak perlu ke mana-mana. Senang. Lagipun mommy takdak transport nak kesana sini. Malas nak guna perkhidmatan UBER... 

Klik sini untuk ke laman web Citadines



Sesampai di Citadines, mommy di sambut dengan penyambut tetamu yang peramah dan tak lokek dengan senyuman. Rasanya orang dalam gambar di bawah ( yang adik perempuan tu). Siap beri pamphlet lagi untuk mommy pesan makanan. Ini kerana hotel ini tidak mempunyai F&B department. Jadi, pelanggan perlu order dari luar dan ambil makanan di lobi. Oklah jugak sebab terdapat pelbagai restoran yang berdekatan menyediakan perkhidmatan penghantaran makanan tanpa minimum order.


Haaa! inilah bilik/apartment yang mommy dapat. Empukkan katil dia.. Cuma bilik mommy buka tingkap, nampak jalanraya. hihi.. Oklah sebab Mommy tak buka pun langsir tu. Buka sekejap ja untuk tengok view yang ada. 


Bilik air yang luas, bersih dan lengkap dengan keperluan seorang traveller.


Dalam bilik/apartment ni ada dapur dan kelengkapan dapur di sediakan. So, kalau siapa rajin nak masak tu bolehlah guna. Mommy malas, mommy turun bawah dan beli ja dalam shopping complex dPulze. Semua jenis makanan ada, melayu, chinese, korea, western, jepun... Pilih saja yang berkenan. Shopping baju dan barangan dapur pun ada. nak tengok wayang, ada TGV di sini...

Bila sorang-sorang, mommy malas nak layan semua tu. Mommy beli makan dan lepak dalam bilik saja. Layan drama Surah Buat Maisarah.



Oklah, kalau korang datang ke Cyberjaya.. Menginaplah di sini sebab selain studio executive yang mommy ambik ada dua jenis bilik lagi iaitu 1 bedroom executive dan 2 bedroom executive. Rate yang mommy dapat melalui booking.com adalah RM 167.00 semalam. Berbaloi kan?

note: Semua gambar ni mommy ambil dari laman web Citadines sebab handphone mommy masih di service center. Bila ntah nak dapat balik. huhu

2 comments:

Dari Bukit Mertajam Ke MMU

2:08 PTG Cahaya Hayati 0 Comments

Assalamualaikum wbt. Dari Bukit Mertajam ke MMU. Sebuah catatan perjalanan.

Alhamdulillah kali ini di beri peluang untuk mendapatkan latihan di Multimedia Universiti atau lebih di kenali sebagai MMU. Latihan yang agak mencabar kerana di ajar sendiri oleh Dekan Fakulti Pengurusan iaitu Prof.  Dr. Murali yang di bantu oleh Mr. Vinod. Latihan supaya pelatih lebih memahami pengurusan dan perubahan dalam pengurusan.

Kali ini berpeluang untuk berkenalan dengan rakan baru dari semua unit dalam syarikat. Alhamdulillah bertambah kenalan.

Perjalanan dari Bukit Mertajam ke MMU bukanlah suatu pengalaman yang indah kerana ketiadaan smartphone dan di tambah lagi dengan system e-ticket KTM yang down pada hari ahad, isnin dan selasa. Pada hari perjalanan sistem KTM dah ok tetapi masih slow. So, hanya tiket pergi saja dapat di beli dan tiket untuk perjalanan balik perlu di beli di KL Sentral. Dah rasa itu bukan petanda yang baik tapi tabahkan hati juga kerana untuk dapatkan tiket pergi pun dah dua kali ke Hentian Bukit Mertajam. Booking online tak perlu di tanya kerana tak boleh access terus. Hmmm

Ok, sampai di KL Sentral pada jam 7.00 mlm. Ambil nombor untuk membeli tiket balik sebab tiket jam 8.00 malam telah habis. So, kalau tidak beli hari ini ( 24hb Ogos 2016)... kemungkinan untuk tiada tiket / tempat duduk adalah tinggi. huhu


Nombor yang dapat dengan nombor semasa adalah berbeza 300. Bermakna kena tunggu giliran ke 300. huhu

Tapi takpe, tabahkan hati dan bersabar juga untuk menunggu... Jauh lagi perjalanan ke MMU.

Akhirnya dapat beli tiket pada jam 9.20 malam. 

Terus ke kaunter KLIA Express dan beli tiket ke Putrajaya Sentral. Ok, perjalanan lancar... Dari Putrajaya Sentral ambil teksi ke Hotel Citadines Di Pulze. 

Tambang dari KL sentral ke Putrajaya Sentral adalah RM 14.00. Dan tambang teksi dari Putrajaya Sentral ke hotel adalah RM 12.  Banyaknya guna duit... :(

Itulah kisahnya. Hanya kerana sistem KTM down, perjalanan yang di rancang sampai ke hotel jam 9.00 malam telah menjadi lewat. Menyebabkan pelbagai perasaan timbul... takut seram semua ada. Yelah tempat yang tak biasa pergi dan travel sorang-sorang pula tu. Masa, sampai Putrajaya Sentral tu, semua shops lot dah tutup. Tabahkan juga turun mencari teksi.. 

Alhamdulillah di permudahkan.

Sampai saja hotel terus check in dan mandi, rehat dan tidor sebab esok kelas mula awal. 

Harap KTM dapat perbaiki sistem dan servis. Demi memudahkan pengguna. Tak perlu la kami beratur panjang-panjang dan lama untuk membeli tiket. #harapanpengguna #KTMB

0 comments:

Mak Kata, Saya Anak Bijak

10:06 PG Cahaya Hayati 4 Comments

Assalamualaikum wbt. Mak Kata, Saya Anak bijak. Saya memang bijak pun. hihi peace.

Pesan Mak,

"Mesti utamakan pemakanan, perut sihat, otak cergas dan jadi bijak"


Sebab itulah sejak saya kecil, mak sentiasa memberi dan memaksa saya minum susu. Saya benci susu masa kecil dan sanggup muntahkan balik TAPI kena paksa minum balik. Hishhh!. Rupanya inilah strategi mak supaya saya menjadi anak yang bijak dan sihat. Strategi mak ini menjadikan saya seorang yang berjaya dalam pelajaran dan hidup.

Mak Kata, Saya Anak Bijak

Sekarang saya telah menjadi seorang ibu kepada 3 anak syurga. Seorang perempuan dan 2 lelaki. Saya telah lalui cabaran yang mak saya hadapi ketika membesarkan saya dan adik beradik yang lain. Perlu menjadi superb mom. Dalam menjadi superb mom, kata-kata mak saya jadikan pedoman dan saya mengamalkan amalan meminum susu dalam diet harian saya agar kesihatan serta kecergasan saya terjamin pada masa akan datang. Barulah saya dapat mendidik dan bermain bersama anak-anak saya.

Ketika bermain dengan anak-anak saya suka cakap ayat sekerat - sekerat dan anak akan sambungkannya. Antara favorite ayat saya ketika bermain dan menasihati mereka adalah 

"Nak cantik..
              Minum Susu"

"Nak sihat...
             Minum susu"

"Nak Bijak..
            Minum Susu Dutch Lady lahhh"

hahahaha! 

Bijak! Bijak! Anak siapalah ni. Sel sel otak mereka berhubung dengan baik. Kenapa? Sebab saya mengamalkan meminum susu Dutch Lady sepanjang masa dan juga memperkenalkan susu Dutch Lady yang kaya dan lengkap dengan nutrisi  kepada anak-anak apabila mereka perlu di beri susu formula. 

Oklah entry ini untuk Contest Dutch Lady 'Mak Kata, Saya Anak Bijak'. Memang saya bijak sebab tu saya join contest ni sebab kalau menang boleh dapat pakej percutian bernilai RM 3000 dan juga wang tunai RM 1000.

Eh, boleh jumpa Lara Alana dan mommy dia juga, Scha. 

Peraduan Dutch Lady
Hai Lara, Hi Scha. 

Selain itu, ada 25 hadiah saguhati yang bernilai RM200.

Syarat contest ni pun senang saja.

Cepat-cepat sebab dah nak TAMAT contest ni. Tarikh tamat adalah 4hb September 2016. Dah taip panjang-panjang tu jangan lupa hantar ke  dlmakkata2016@gmail.com.

Ok. Bye. Semoga menang.

4 comments:

Aisy Panaskan Handphone Mommy!

11:41 PG Cahaya Hayati 2 Comments

Asslamualaikum wbt. Aisy panaskan handphone Mommy!

Hai semua. Nak bagitau yang handphone mommy kena hantar ke service center lagi gara-gara si Aisy masukkan handphone mommy dalam microwave dan tekan button on untuk panaskan. Huhu.

Sebelum tu Aisy guna handphone mommy untuk tengok you tube sambil teman mommy masak. Mommy pun stay sebelah dia saja sambil tunggu nak angkat ikan yang di goreng. Bila ikan dah masak, mommy pun pergi angkat ikan.  Cam pusing ke belakang saja. Masa  mommy tengah angkat ikan tu, mommy dengar bunyi microwave di on. Cepat-cepat mommy off kan.  Mommy tanya Aisy handphone mana? Dia senyum lain macam ja. Mommy pun buka microwave. 

OMG! Handphone mommy dalam tu. Dah bau hangit...

Tarik nafas, bawa handphone kepada daddy.  Daddy bagi sejukkan dan on semula. Ok, boleh on tapi still bau hangit. Cepat-cepat offkan semula. 

Lepas 2 jam, mommy on kan semula. check semua function. Semua ok kecuali connection to internet dan signal telco dah pening. Bila berada diluar bangunan/rumah, boleh connect tapi bila berada dalam bangunan/rumah terus tiada signal.

Untuk wifi pula, memang tak leh connect terus. Huhu.. Dah la mommy kena travel hari rabu ni... Pergi pulak tempat yang mommy tak biasa. Harap dapat baiki dalam tempoh 3 hari ni.


Mommy tak off ke plug microwave? Mommy off semua plug dan setting microwave ke zero. Tapi itulah anak kecil ni cepat belajar melalui pemerhatian. Apa yang dia nampak semua nak di cuba.. Tetapi mereka tak tahu bahaya yang akan datang. 

Contohnya, kalau mommy tak cepat-cepat off microwave. Rasanya mungkin handphone tu dah meletup. Silap-silap microwave pun boleh meletup.. Ishhh tak boleh bayangkan.

Jadi ibu bapa ni memang kena selalu perhatikan apa yang anak kecil buat. Tidak boleh biarkan mereka bermain sendiri. Kena sentiasa alert dengan pergerakan anak. Dalam dok perhati pun boleh jadi begini.. 

2 comments:

Sambal Tumis Ikan

11:28 PG Cahaya Hayati 5 Comments

Assalamualaikum wbt. Sambal Tumis Ikan 

Apa habaq semua? Mommy sihat tapi busy  sikit... Almaklumlah target baru dapat tapi masih banyak lagi yang tak capai plus orang kanan mommy cuti bersalin 2 bulan.. Jadi, memangggg busy. Curi gak  masa untuk update blog.

Oklah hari ni mommy tau ibu2, mommy 2 dan mak2 sedang merancang menu untuk keluarga. Nak masak yang simple tapi memenuhi selera semua ahli keluarga. Bila masak yang simple simple, masa memasak menjadi pendek dan mommy, ibu atau mak dapat luangkan lebih masa dengan ahli keluarga. 

Mommy pun suka masak yang simple. Senang plus sedap. Antara menu yang mudah masak adalah sambal tumis ikan. Boleh guna ikan apa saja. Mommy suka guna ikan sardin atau temenung lemak. Sedap. Buat makan dengan nasi lemak pun boleh.
Oklah tak nak bebel panjang-panjang sebab kejap lagi mommy jadi assistant chef untuk demo masakan menggunakan noxxa. Lepas ni boleh la mommy update resepi noxxa pula. 

Sambal Tumis Ikan

Sambal Tumis Ikan

Bahan 

Ikan sardin - 4 ekor. Di goreng terlebih dahulu.
2  sudu cili kisar
2 labu bawang besar - 1 di kisar & 1 di potong bulat
2 ulas bawang putih
1 sudu besar cili sos
1 batang serai ( option)
minyak - untuk tumis
garam
gula
air asam


Caranya
Panaskan minyak. Masukkan cili kisar. Masak sehingga sedikit garing. Kemudian masukkan bawang putih dan bawang besar yang telah di kisar.

Masak sehingga cili dan bawang benar-benar masak. Masukkan serai.

Tambah sos cili, garam dan sedikit gula ( jika pedas) serta air asam. Masak lagi sehingga rasa garam, gula dan air asam bersatu.

Sebelum angkat, masukkan bawang yang di potong bulat. Biarkan sehingga mendidih.

Angkat dan tuangkan di atas ikan goreng tadi.

Hidangkan bersama nasi panas dan sup sayur sawi atau bayam.

Sambal Tumis Ikan

Selamat mencuba!

5 comments:

Petua Hidup Tenang

8:00 PG Cahaya Hayati 2 Comments


Assalamualaikum & Salam Jumaat.

Wordless pagi ni. Jom amalkan petua ini untuk hidup tenang.

petua

2 comments:

Sempena Bulan Kemerdekaan

8:00 PTG Cahaya Hayati 0 Comments

Assalamualaikum wbt. Sempena bulan kemerdekaan.

Lain orang lain caranya. Sempena bulan kemerdekaan ni, mommy patriotik kan banner blog mommy. Tanda sokongan dan #sehatisejiwa.

Walaupun tak secantik design blogger yang lain, tapi yang penting mommy design sendiri dan rasa puas hati.


Dalam persiapan menyambut Hari Kebangsaan 2016, hangpa da tau ka tema dan logo Hari Kebangsaan ? Tak Tau. Apa la hangpa ni, tak peka langsung.. Meh Mommy nak habaq. Baca sampai habis tau!

Tema dan gambar logo Hari Kebangsaan 2016 Malaysia

Tema dan logo hari kebangsaan 2016 adalah sama dengan Hari Kebangsaan 2015. Ini kerana Kabinet telah bersetuju untuk mengekalkan tema dan logo Hari Kebangsaan tahun 2015 bagi memupuk semangat bersatu padu yang telah lama menjadi amalan masyarakat Malaysia.

Tema dan gambar logo Hari Kebangsaan 2016 Malaysia

SehatiSejiwa mencerminkan roh kesepaduan, kesefahaman, kekitaan dan kemanusiaan seluruh rakyat di negara ini selain melambangkan semangat kesepaduan yang dimiliki oleh semua rakyat tidak kira di mana mereka berada

Berikut adalah keterangan tentang logo hari merdeka. Sila hafal dan faham. Jadi barulah tak tergagap bila orang tanya. 

Tema dan gambar logo Hari Kebangsaan 2016 Malaysia


Pautan Sumber Asal » mysumber.com

0 comments:

Sambal Tumis Udang

2:04 PTG Cahaya Hayati 3 Comments

Assalamualaikum wbt. Sambal Tumis Udang.

Dah lunch? Mommy baru lepas lunch... Baru nak update blog. Masih ada masa lagi 10 minit sebelum habis lunch. Sempat la update entry resepi sambal tumis udang.  Jangan buang masa kan?

sambal udang

Resepi Sambal Tumis Udang


Bahan

1/2 kg Udang - di buang kulit
1 batang serai - ketuk
3 sudu besar cili kisar 
2 biji bawang besar - kisar
3 ulas bawang putih - kisar
minyak
garam
gula
asam keping/ air asam jawa

Caranya

Panaskan minyak sehingga panas. Masukkan cili kisar. Masak sehingga agak garing/ berminyak. 

Setelah cili agak garing, masukkan bawang besar dan bawang putih yang di kisar  serta serai yang telah di ketuk. Biarkan sehingga sehingga mendidih.

Masukkan garam, asam dan gula secukupnya.

Setelah cukup rasa, masukkan udang. Biarkan sehingga masak. kacau sekali sekala agar tidak hangit di bawah.

Siap. angkat dan hidangkan bersama nasi, ikan goreng garing dan sup sayur.

sambal udang sedap


Nota kaki:

Boleh masukkan santan juga. Lagi lemak dan sedap.
Bila dah masukkan santan, boleh juga masukkan petai... Khas untuk peminat petai.

Selamat mencuba!

3 comments:

Uji Kekuatan Dan kelajuan Blog Dengan Bitchatcha

9:07 PG Cahaya Hayati 2 Comments



Assalamualaikum wbt. Uji kekuatan dan kelajuan blog dengan Bitchatcha Server Speed Checker
Mommy paling suka pergi menjengah ke blog yang cepat dan pantas untuk view. Blog yang kena tunggu lama untuk loading, mommy tak suka. Mungkin mommy singgah sekali saja.. Lain kali tak mungkin sebab nak loading ambil masa, pastu nak baca full entry pun ambil masa, nak ke next pages pun ambil masa... last-last masa  mommy yang habis. 
Oklah ini ada tips untuk blogger semua untuk check kekuatan dan kelajuan blog masing-masing. kalau blog laju dan tak loading lama, pembaca, publisher dan juga PR akan suka menjenguk blog. Bila mereka-mereka ini suka, PV dan UV naik... Sekaligus membuka banyak peluang untuk menjana income. 
Untuk ujian kelajuan blog ini, mommy menggunakan Bitchatcha Server Speed Checker .

Bitchatcha Server Speed Checker 


Bitchatcha server Speed Checker adalah laman web yang menguji kelajuan tindakbalas atau carian sesuatu berdasarkan server laman web tersebut. Bitchatcha menguji kelajuan server laman web melalui lapan lokasi iaitu US (west), US (east), London, Singapore, Sao Paulo, Pune, Sydney dan Jepun. Server yang kuat adalah server yang respond dalam 200ms dan memperolehi B dan ke atas untuk ujian server speed checker Bitchatcha.

Uji Kekuatan Dan kelajuan Blog Dengan Bitchatcha

Bagaimana Hendak Menguji Server Laman Web? 


Dengan Bitchatcha, ujian kelajuan server laman web amatlah mudah. Pertama sekali masuk ke laman web Bitchatcha ( klik SINI). Cari Server Speed Checker.

Uji Kekuatan Dan kelajuan Blog Dengan Bitchatcha

Kemudian masukkan link/URL laman web atau blog anda. Then, search.

http://www.bitcatcha.com/

OMG! OMG! mommy dapat E. Patutlah ramai yang tak singgah blog mommy. Teruk rupanya kelajuan blog mommy. Mesti korang malas nak tunggu. Takpa, mommy akan cari jalan penyelesaiannya.

http://www.bitcatcha.com/

Pertamanya, mommy tengok pada Explanation results. So, mommy follow tips yang di berikan dan apply kembali apa yang mommy belajar dengan EFG dulu.

Uji Kekuatan Dan kelajuan Blog Dengan Bitchatcha

Selain itu, untuk tahu lebih lanjut lagi bagi laman web yang ujian server nya yang kurang dari B... Blogger perlu menerima cadangan yang dicadangkan oleh Bitchatcha. Klik pada button tanda tanya pada kotak 'performance'. Di situ ada tersenarai Hosting yang di cadangkan. So, sesiapa yang dah nak expired hosting tu bolehlah apply yang baru sepertimana yang di cadangkan oleh Bitchatcha. 

http://www.bitcatcha.com/
Taraaa! Selepas menggunakan sedikit sentuhan magic blog mommy memperolehi B. Nanges sebab still tak puashati dengan result tu. Sebab nanti mommy tak dapat tarik ramai pembaca ke blog. Takpe, nanti mommy usahakan lagi. Kalau tak boleh jugak, mommy tukarlah ke hosting yang di cadangkan. :D 

Uji Kekuatan Dan kelajuan Blog Dengan Bitchatcha

Dengan Bitchatcha juga, kita boleh check kelajuan blog rakan blogger yang mempunyai PV dan UV yang tinggi. Mommy pilih Bro HH. Wow A+. Patutlah PV dan UV tinggi. Tahniah Bro!

http://www.bitcatcha.com/


Blog atau laman web anda bagaimana? Apa keputusannya?

2 comments:

Kali Pertama Shopping Online Barang Dari Oversea

8:00 PTG Cahaya Hayati 2 Comments



Assalamualaikum wbt. Kali pertama shopping barang dari oversea.

Ini merupakan kali pertama mommy shopping online dari oversea iaitu menggunakan laman web EZBUY. Mommy ni bukannya pandai sangat shopping online terutamanya dari web luar negara. Buka apa mommy takut salah saiz, salah pilihan sebab dalam gambar nampak cantik tetapi bila sampai tak cantik dan macam-macam lagi yang mommy takut.

Jadi apabila di beri peluang shopping online di laman web EZBUY, pilihan yang mommy buat semua adalah pakaian. Kalau tak muat , mommy boleh sedekahkan. Mommy order dan sepatutya mommy dapat 2 Ogos tempohari tetapi parcel sampai awal iaitu 28 Julai. Cepat servisnya.


Pilihan baju yang mommy buat adalah t-shirt Aisy, Cardigan untuk mommy dan kakak Aisya dan Hoodie untuk daddy.


Alhamdulillah semua barang yang mommy tempah cantik dan berkualiti serta murah harganya. 

Close up sikit hoodie yang daddy berkenan. Corak labah-labah sebab nak bagi sama dengan corak di helmet nya.  Nasib baik muat..kalau tak muat mommy yang pakai. kihkih



Shopping lagi? In Sha Allah, jika mempunyai barang yang mommy berkenan, nanti mommy beli lagi... 

Baca juga tentang EZBUY di SINI

2 comments:

Aku Ibu Yang Garang

4:37 PTG Cahaya Hayati 0 Comments


Assalamualaikum wbt. Aku ibu yang garang

Ye mommy ibu yang garang tapi penyayang. Mommy yakin ramai ibu menjadi garang dan tegas dalam mendidik anak-anak agar menjadi 'orang'. Garang di sini bukan setiap masa marah anak-anak tapi ada masanya ibu perlu menjadi garang terutamanya dalam mendidik anak-anak, garang apabila di suruh tapi tak nak buat, main sampai leka, malas solat dan lain-lain lagi.

Tapikannn, nak bagitau segarang-garang ibu.. anak tak takut pun. Kalau bapa bersuara je terus buat. Mungkin anak dapat rasa, hati ibu ni lembut. hihi

Siapa ibu garang tolong komen skit...


0 comments:

Risaukan Keselamatan Anak-Anak Di Rumah?

5:02 PTG Cahaya Hayati 1 Comments



Assalamualaikum wbt.  Risaukan keselamatan anak-anak di rumah?

Adakah kita fikir rumah adalah tempat paling selamat untuk anak-anak kecil? Angkat tangan siapa yang fikir begitu. 

Yang sebenarnya rumah juga bukan tempat yang paling selamat untuk anak-anak kecil yang semakin membesar dengan lasak. Anak-anak kecil cepat belajar dari pemerhatian. Apa yang orang dewasa atau ibu bapa lakukan, mesti akan menjadi ikutan. Termasuklah penggunaan pisau, barangan elektrik dan dapur memasak.

alat keselamatan di rumah
si canggih mommy! Ini bukan lakonan tapi inilah aktiviti harian Aisy.. huhu

lunavie
kepandaian Aisy - memanjat dan memunggah

Jangan di salahkan anak-anak ini sebab mereka tidak tahu akan bahaya yang akan datang. Yang mereka fikirkan adalah keseronokkan mencuba atau menjadi seperti orang kesayangan mereka. TAPI sebagai ibu bapa kita perlu mengambil berat tentang keselamatan anak-anak.

Ye, rumah boleh menjadi tempat selamat untuk anak-anak kecil jika menjaga keselamatan anak-anak dengan alat keselamatan yang khas. Antara barangan keselamatan khas yang boleh di gunakan di rumah demi keselamatan anak-anak adalah safety door guard , slider lock, table corner protector dan banyak lagi.

Dalam berkira-kira hendak mencari alat keselamatan untuk anak kecil, mommy menerima parcel istimewa dari Lunavie dan di dalamnya terkandung alat keselamatan yang mommy hendak cari. Alhamdulillah. Lunavie betul-betul memenuhi kehendak mommy.

Slider Lock

Mommy memerlukan slider lock untuk mengunci semua pintu almari terutamanya yang mengandungi barangan mudah pecah dan tajam seperti pinggan, mangkuk, gelas dan juga untuk mengelakkan kain baju jadi tempat mainan anak kecil seperti Aisy.
lunavie malaysia
Slider Lock
Memula tu mommy nak letakkan slider lock ni untuk kabinet dapur mommy tapi handle kabinet ni jauh pula walaupun slider lock ni boleh adjust. So,mommy maintain gunakan tali/ reben dulu.

lunavie

lunavie

slider lock
Pastu mommy nampak almari baju abang ammar yang rendah dan boleh jadi tempat Aisy memunggah dan bersembunyi. Maka, selamat sudah baju abang Ammar dari kena punggah.

slider  Lock

Plug Protector

Nampakkan gambar kat atas tadi yang aisy memanjat kabinet dapur dan main plug. Tu sebab mommy selalu cabut plug barangan elektrik. Tapi sel-sel otak Aisy terlebih berhubung. Mommy dah cabut plug, dia akan cuba pasang balik. Bahaya!
Lunavie
Plug Cover
Nasib baiklah ada plug protector dari Lunavie. Walaupun Aisy main plug tapi dia tak boleh sambungkannya. Jadi, lebih selamat dan bahaya renjatan elektrik dapat di elakkan.

Plug protector

Corner Protector

Pernah terjadi tak, anak sedang berlari dan berkejaran kemudian terhantuk di bucu meja. Pernahkan? Aisy pun dan  dua tiga kali terhantuk di bucu meja. Nasib baik tidak luka dan berdarah. Mungkin masa tu hantukan tidak kuat. Kalau kuat? Mungkin akan berdarah dan luka dalam yang  terpaksa di jahit serta meninggalkan parut.
Lunavie
Corner Protector
Tapi sekarang mommy tak risau lagi sebab mommy guna corner protector yang di datangkan dengan silicon lembut. Bolehlah mommy letak di penjuru meja yang selalu Aisy terhantuk tu.

Corner Protector

Taraaa! pasang camni tapi belum kemas lagi tu sebab mommy tak letak double side tape. Stok kat rumah dah habis. Bila letak double side tape, corner protector ni akan lebih kemas dan susah untuk di tanggalkan.

Corner Protector

Nampak dan fahamkan tentang bebelan mommy tentang alat keselamatan di rumah. Nampak remeh tapi ia menjamin keselamatan anak-anak kecil yang tidak faham erti bahaya. Jadi, mommy syorkan pada ibubapa yang peka dan pentingkan keselamatan anak, beli dan guna alat keselamatan di rumah. Bahaya tidak dapat di jangka, boleh berlaku bila-bila saja.

Untuk pembelian, pertanyaan dan juga tips keselamatan.. Boleh hubungi dan layari:

LUNAVIE

Caely (M) Sdn Bhd
No 47-2 Jalan Radin Anum
Bandar Sri Petaling
57000 Kuala Lumpur

Telefon : 03-9057 2661
Email : info@lunavie.com
Website : www.lunavie.com
Instagram : @lunavie_com

1 comments:

Giveaway Cash RM100 by Syira Lokman!

4:58 PTG Cahaya Hayati 4 Comments


Assalamualaikum wbt. Giveaway Cash RM100 by Syira Lokman!



Jom join Giveaway Cash RM100 by Syira Lokman !

Syarat :

1. Follow blog atau google +


2. Follow instagram *jika ada 

3. Follow twitter *jika ada


4. Like sahaja fanpage 
Cara mudah :

1. Follow SEMUA syarat.
2. Buat entry bertajuk "Giveaway Cash RM100 by Syira Lokman !"
3. Letak banner dekat entry. 
4. Backlink kan ke sini.
5. Publish!
6. Tinggalkan link entry giveaway anda di ruangan komen entry ini sahaja.


Special untuk anda?

Wang tunai RM30 x1 
Wang tunai RM20 x1 
Tapak Iklan free selama sebulan x1 
Topup RM5 x1 
[SyiraLokman]


(TOP REFERRAL)
 Wang tunai RM50 x1 
[nurfuzie] 


Pemilihan pemenang : pemilihan 100% secara random oleh Syira sendiri (penganjur) :)

jom ramai2 memeriahkan Giveaway Cash RM100 by Syira Lokman !  ^_^
InsyaAllah lepas ni mungkin ramai akan follow anda juga :)
Bersama merapatkan ukhwah ^_^


Mula : 1 Ogos 2016 
Tamat : 21 Ogos 2016

4 comments:

Setelah 7 Hari

3:37 PTG Cahaya Hayati 4 Comments



Assalamualaikum wbt.

Setelah 7 hari, mommy dah dapat balik handphone OPPO. hihi... Seronok sangat bila boleh pegang handphone sendiri sebab boleh buat macam-macam.

Terima kasih kepada OPPO untuk service yang di berikan walaupun memakan masa. Janji mommy dapat balik handphone dalam keadaan baik dan boleh guna.

Harap OPPO dapat memendekkan tempoh service berdasarkan jenis kerosakan.


Baca juga catatan mommy tentang OPPO di sini:

Catatan 1 - Terputus Hubungan
Catatan 2 - Service Oppo Lambat


Takde gambar nak letak, jadi letak gambar raya. Motip? Nak bagitau yang mommy sekarang tengah suka sangattt pakai shawl Naelofar. Cantik terletak ja.. Iron pun senang. 

Lagi dua helai shawl naelofar on the way. 

#naelofarshawl


4 comments:

Detoks Kini Lebih Mudah Dengan ZINNIA Inner Cleanse

10:48 PG Cahaya Hayati 5 Comments



Assalamualaikum wbt. Detoks kini lebih mudah dengan ZINNIA Inner Cleanse.

Hi korang. Mommy nak bagitau yang mommy sekarang dalam proses men'slim'kan badan. Ni semua akibat makan berlebihan masa raya hari tu dan berat badan jadi tidak terkawal. Perut sudah buncit macam pregnant. Pakai baju pun dah tak cantik... Nampak pewutt. 

Mommy kena diet tapi susah nak diet bila sendiri masak yang sedap-sedap untuk keluarga. Dulu, kalau ada masa mommy buat sendiri air detoks letak halia, lemon, madu dan serai. Tapi sekarang tak sempat nak buat. Busy sesangattt...


Tapi sekarang mommy dah ada cara mudah untuk detoks. Mommy detoks dengan ZINNIA Inner Cleanse. Malam-malam sebelum  tidur mommy telan satu kapsul. Alhamdulillah pagi esoknya, mommy dapat membuang air kecil dan besar dengan lancarnya. Badan pun rasa ringan.


ZINNIA Inner Cleanse ini di perbuat daripada 100% bahan semulajadi iaitu gelenggang, Beri Hawthorn, Sekam Psyllium, Daun Spica Prinellae dan Teh Hijau. Kebaikkan ZINNIA Inner Cleanse adalah mengatasi masalah penghadaman, mengempiskan perut buncit, langsing dan menghapuskan ederma serta menghilangkan kembung perut.


Seperti yang di ketahui umum, teh hijau mampu menurunkan berat badan dengan membuang toksin yang terkandung dalam badan. Sebab itulah bahan utama ZINNIA Inner Cleanse adalah teh hijau. 


Selain dari teh hijau, Beri Hawthorn di gunakan untuk melancarkan penghadaman, melancarkan perjalanan darah dalan tubuh badan dan lain-lain sepertimana yang terdapat dalam gambar di bawah.

Sebelum mommy consume Inner Cleanse ini, mommy buat perbandingan di antara produk yang lain dan mommy dapati berikut adalah perbezaan di antara Inner Cleanse dan Fiber Produk .. Yang penting tiada kesan sampingan.
Dengan pembelian Zinnia Inner Cleanse, pelanggan akan perolehi tumbler bagi memudahkan pelanggan untuk membawa bekal air. Ini kerana apabila kita consume produk detoks, kita perlu minum air yang banyak. Air yang banyak memudahkan badan untuk membuang toksin dan menghadamkan serta membantu proses pencernaan.


Berikut adalah cara pengambilan ZINNIA Inner Cleanse.  Ambil satu kapsul jika untuk mengatasi masalah sembelit dan dua kapsul untuk melangsingkan badan. 


Mommy ambil satu kapsul dulu setiap malam. Bila  badan dah boleh terima, baru mommy ambil dua kapsul untuk melangsingkan badan. Moga-moga raya tahun depan dapat pakai kebaya nyonya....


Ramai yang dah berjaya slim dan kurus dengan Zinnia Inner Cleanse ni. 8 kilo dalam masa 2 bulan. Fuhhhh...


Kalau korang berminat untuk detoks dengan lebih mudah dan pantas untuk kelihatan slim melim, Korang boleh beli pakej yang di tawarkan seperti di bawah. Pasti bersesuaian dengan budget...



Lagi berita baik untuk pembaca blog Cahaya Hayati... Harga untuk sekotak Inner Cleanse adalah RM60 saja. Sila guna code di bawah.

VTB011
Sah mulai 1 Ogos 2016 sehingga 6 September 2016


Untuk pembelian dan pertanyaan lanjut korang boleh hubungi contact number berikut:


Contact No. : 019-6744 557 ( Wawa )


5 comments:

Pengikut

Google+ Followers