#RoyalBlue Warna Tema Raya 2016 - Cahaya Hayati

12 Jul 2016

#RoyalBlue Warna Tema Raya 2016

Assalamualaikum wbt. #RoyalBlue Warna Tema Raya 2016..

I is jelly sebab semua pakat update cerita raya.. Macam raya tahun-tahun lepas, baju raya tetap ada kaler tema. Tahun ni tema royal blue. Pilihan warna oleh kakak Aisya.. Mommy & daddy iyakan saja.

Planning baju raya sedondon ni dah lama, sebelum puasa lagi. Tak nak tempah tahun ni... Nak beli yang siap.

Hari tu alang-alang dah ke Kelantan, ingat nak cari kat sana untuk semua. Tapi tak sempat sebab sekejap sangat singgah di Bazar Tok Guru plus ramai orang pada hari tersebut. Harga memang tak boleh kurang.. Kalau kurang pun sikit ja.

Masa kat Bazar Tok Guru sempatlah jumpa jubah yang mommy berkenan. Kena dengan kaler tema... Ambiklah tapi harga kurang sikit ja... Memula berkenan di outlet lain tapi tak nak kurang langsung.. say bye bye je lah.

Jubah Mommy - Royal blue dengan lace silver. Lace tu nampak bersinar bila kena cahaya... i likeeee.


Untuk hero-hero dan kakak Aisya, shopping di Kulim saja. Di Butik Kemboja bertentangan dengan CIMB Kulim. 

Pilihan hero-hero adalah Kurta. 


Kakak Aisya pula adalah kurung moden dengan lace silver juga. Baru sedondon dengan mommy. :) Di butik ini juga ada terjual shawl dan tudung. Kakak Aisya pilih instant shawl 'Fareeda'. Sukalah dia sebab apa yang di hajatkan tertunai sudah.


Butik yang di maksudkan adalah Butik nur Danish Collection. Di butik ini ada terdapat pelbagai jenis , saiz dan pilihan untuk sedondon. Pilih saja mana yang berkenan di hati.

Harga? Bagi aku memang berpatutan... 


Untuk kepiah/kopiah pula, adalah hasil tangan seni ibu saudara sebelah suami. Cakap saja nak warna apa. Mommy request royal blue campur dengan biru torquise.


Untuk tudung mommy pula, mommy beli kat market.. hihi. Tak sempat nak terjah ke Ariani atau Aidijuma. Takpe, yang penting sedondon.

Akhir sekali, inilah gambar raya sedondon kami...Cantik tak? 


Terima kasih kerana membaca entry ini.. Nanti baru update cerita raya kami.

5 comments:

  1. Lawa lah biru royal. naik seri.

    ReplyDelete
  2. Lawa lah biru royal. naik seri.

    ReplyDelete
  3. bak kata sepahtu....raya sedondon....

    ReplyDelete
  4. hi selamat hari raya.. done follow u, follow me back ;)

    ReplyDelete
  5. comelnya family cikT hehehehe.. lawa juga warna biru royal ni. tapi rasanya selama raya ni x pernah lagi pakai warna tu. rasanya laaa...

    merelip relip yang best tu :P

    ReplyDelete