Raya Sakan # Raya Pertama Di Kampung - Cahaya Hayati

14 Jul 2016

Raya Sakan # Raya Pertama Di Kampung

Assalamualaikum wbt. Raya Sakan # Raya pertama di kampung.

raya 2016
jadik budak kampung sat...

Cerita raya kami. Raya di kampung dengan raya di rumah taman, tiada bezanya. Yang berbeza hanyalah cara menyambutnya. Jika kita hendak membawa tradisi kampung ke rumah taman  pun boleh dan perlu ada yang memulakannya.

Di kampung, sembahyang raya di surau kampung. Penuh surau dengan anak-anak kampung yang merantau balik beraya. Tradisi surau kampung aku, lepas sembahyang raya buat collection dari jemaah. Hasil collection, di kira dan sedekah kepada anak-anak yang hadir sembahyang raya. Tahun ni, anak-anak kecil memperolehi RM7 seorang. Banyak kannn...

Selepas sembahyang raya, ramai-ramai menuju ke rumah yang berdekatan dengan surau. Penuh rumah tu. Seterusnya ke rumah selepas itu sehingga habis satu kampung.. Raya beramai-ramai katanya.

Kami ( aku, suami dan anak-anak), setakat 3 buah rumah ja sebab perut dah penuh. Tunggu rumah pulak untuk jiran tetangga  dan saudara mara datang beraya. 

Sebelah petang pula, sambung beraya ke rumah jiran yang lain.  Meriah dengan makanan. Satu rumah satu menu. Cuma tahun ni tiada yang buat nasi... 

Malam pula, kerumah mak saudara sebelah ayah. Di sini, banyak sepupu2 berkumpul. so, sebuah rumah boleh jumpa semua. Mak saudara hidangkan mee kuah gear box. Meletopps! Sepupu pula masak laksam kedah. Makan sampai lebam...

Bila perut dah penuh, balik zzzz. Sambung esok pula raya.

Sorry gambar tak banyak sebab takmo kena ayat ni ' hang nak beraya ka hang nak tengok hp' . hihi.. 

Bye. selamat hari raya aidilfitri.

3 comments:

  1. selamat hari raya..panjat apa tu :)

    ReplyDelete
  2. pergh mee kuah gear box. tak pernah try lagi. hahahaha. tak sangka ada hidang makanan tu eh. menariknya. omeynya dia!!! lain sangat tradisi dekat kampung tu. syok ler budak yang solat raya dapat rm7 haha

    ReplyDelete