loading...

27 Jul 2016

# CH Daily # Vacation

Booking Hotel Lebih Mudah Melalui Booking.Com

Assalamualaikum wbt. Booking hotel lebih mudah dengan booking.com.

Bila dapat email kena outstation atau training di luar kawasan, perkara pertama yang mommy kena buat adalah book hotel. Selalunya mommy direct terus ke hotel sebab boleh dapat corporate rate under company. Murah la sikit dari harga asal.. hihi

Tak tahu apa malangnya hari ini sebab bila call nak book hotel tapi customer service inform hotel dah penuh. Then, bertekak la sikit sebab dah tengok online (web hotel) dan masih ada. Then, di minta book online sebab kena buat payment terus. Oklah memang nak dok pun pada tarikh tu... isi details segala bagai. Bila nak proceed ke payment, tak boleh la pula. Dua tiga kali try, camtu jugak. Maybe web hotel ni kena tambah untuk online banking. Yang ada hanya untuk payment melalui VISA dan Mastercard.

Masuk Agoda pula. Masuk password masa register tapi asyik kata salah password ja. Last2 kena block. Hampeh tul... 


Last sekali, sebab nak gak hotel ni.. Cuba book melalui booking.com pula. Sign in melalui google account. Pilih hotel yang nak, pilih bilik, pastu reserve. Semudah abc.... Payment pula, buat masa check in. Cuma untuk confirm booking kena masukkan number kredit/debit card. Selesai.

Note to myself, jangan berharap pada satu jalan.. masih ada banyak cabang/ jalan untuk sampai ke destinasi. :) In sha Allah, u can do it!

4 ulasan:

Akif Imtiyaz berkata...

Biasa gak guna booking.com ..memang mudah daan senang..

Amanda Suria berkata...

SA pun selesa dengan booking.com..just secure booking ngan kad kredit je..nanti masa check in bayor

Cahaya Hayati berkata...

kan SA. at least tak rugi if cancel book..

Cahaya Hayati berkata...

kan lya

Pengikut

Google+ Followers

Follow Me @cahaya_hayati292