July 2016 - Cahaya Hayati

27 Jul 2016

Booking Hotel Lebih Mudah Melalui Booking.Com

July 27, 2016 4
Booking Hotel Lebih Mudah Melalui Booking.Com
Assalamualaikum wbt. Booking hotel lebih mudah dengan booking.com.

Bila dapat email kena outstation atau training di luar kawasan, perkara pertama yang mommy kena buat adalah book hotel. Selalunya mommy direct terus ke hotel sebab boleh dapat corporate rate under company. Murah la sikit dari harga asal.. hihi

Tak tahu apa malangnya hari ini sebab bila call nak book hotel tapi customer service inform hotel dah penuh. Then, bertekak la sikit sebab dah tengok online (web hotel) dan masih ada. Then, di minta book online sebab kena buat payment terus. Oklah memang nak dok pun pada tarikh tu... isi details segala bagai. Bila nak proceed ke payment, tak boleh la pula. Dua tiga kali try, camtu jugak. Maybe web hotel ni kena tambah untuk online banking. Yang ada hanya untuk payment melalui VISA dan Mastercard.

Masuk Agoda pula. Masuk password masa register tapi asyik kata salah password ja. Last2 kena block. Hampeh tul... 


Last sekali, sebab nak gak hotel ni.. Cuba book melalui booking.com pula. Sign in melalui google account. Pilih hotel yang nak, pilih bilik, pastu reserve. Semudah abc.... Payment pula, buat masa check in. Cuma untuk confirm booking kena masukkan number kredit/debit card. Selesai.

Note to myself, jangan berharap pada satu jalan.. masih ada banyak cabang/ jalan untuk sampai ke destinasi. :) In sha Allah, u can do it!

26 Jul 2016

Service OPPO Lambat

July 26, 2016 3
Service OPPO Lambat
Assalamualaikum wbt. Service OPPO lambat.

Hari rabu malam hari tu hantar handphone OPPO ke kedai handphone dan kebetulan technician OPPO ada sekali dan dia dah ambil handphone tersebut ke service center OPPO. Katanya perlu tukar part dekat button high & low volume dan perlu intall semula software.

Semalam dah call ke kedai handphone tersebut dan masih belum ada khabar tentang handphone tu. Katanya lagi 2 hari.. Hmmmm. Hari ni dah 5 hari kalau lagi 2 hari bermakna genaplah seminggu.

Pada aku, lambat sangat service tu sebab sebelum ni pernah hantar s3 ke Samsung service center boleh siapkan dalam tempoh 1 jam.. Kenapa OPPO perlu ambil masa berhari-hari?

Sebenarnya aku baru guna handphone OPPO ni 3 bulan yang lepas. masih dalam warranty... If tidak dapat baiki, beritahu la dan jangan lupa ganti yang baru. huhu. 

Sebagai blogger atau media sosial influencer, bila tiada hamdphone / smartphone terasa patah tangan. Tidak dapat bekerja dengan sempurna. Banyak peluang yang terlepas...

 oppo.. oppo.. oppo



25 Jul 2016

Minyak Herba Asma Mujarab | Alternatif Kepada Pengidap Asma

July 25, 2016 4
Minyak Herba Asma Mujarab | Alternatif Kepada Pengidap Asma
Assalamualaikum wbt. Minyak Herba Asma Mujarab | Alternatif Kepada Pengidap Asma

Sampai bila nak kena makan ubat? Itulah keluhan yang anak-anak mommy iaitu Aisya & Ammar bila di suruh makan ubat. Selalunya mommy akan beritahu sehingga baik.. Tapi bila mengambil treatment yang disyorkan oleh doktor, rawatan memang berkesan tapi memerlukan anak mengambil ubatan yang di syorkan setiap hari.

Anak mommy, Aisya terkena lelah dan batuk ketika berumur 8 bulan. Di masukkan ke hospital buat pertama kalinya. Di tahan selama 5 hari. Di sedut kahak serta perlu menggunakan nebulizer 2 kali sehari. Kesian sangat melihat dia masa tu.

Berulang masuk ke hospital sehingga umur setahun lebih dan kami rujuk kepada pakar kanak-kanak. Aisya perlu ambil neb setiap hari selama 3 bulan. Kami beli alatan neb iaitu inhaler (macam gambar di bawah) dan beri kepada Aisya sekali sehari. Rawatan selanjutnya bergantung kepada perubahan dan penerimaan anak. Ya, dengan rawatan ini kami tidak perlu berulang alik ke hospital. Tapi sekarang kakak Aisya tidak lagi mengambil neb melalui inhaler tetapi amat sensitif dengan persekitaran iaitu habuk, cuaca dan bulu. Cepat mengalami selsema, resdung dan batuk. 

Ammar pula di sahkan asma pada usia 3 tahun. Doktor beritahu di sebabkan keturunan. Boleh di kawal melalui rawatan yang betul. Ammar tidak perlu nab seperti Aisya tapi sentiasa mengalami hidung berair/ berhinggus. Rawatan yang di ambil hanya memberi kelegaan sekejap saja. Selepas habis kesan ubat, jadi balik. Sehinggalah sekarang.Mommy dah tak tahu nak buat apa....

Kesiankan anak-anak dan tak sanggup mendengar rintihan mereka, mommy cuba google tentang rawatan traditional yang dapat melegakan asma, lelah, batuk dan selsema. Maka, terjumpalah Minyak Herba Asma Mujarab. Tak salahkan mencuba?

MINYAK HERBA ASMA MUJARAB

Minyak Herba Asma Mujarab

Minyak herba asma mujarab ini di proses oleh seorang pak cik yang mengamalkan perubatan tradiotional asli di kampung. Minyak ini tidak di kilangkan kerana ingin mengekalkan keasliannya. Ia juga di jamin halal dan selamat.

Minyak herba asma mujarab ini bukan saja untuk merawat asma, lelah dan selsema tetapi juga untuk kembung perut, sakit perut, sengal, terkena api, gigitan serangga dan binatang berbisa, sakit gigi, tergeliat dan lain-lain penyakit.

TESTIMONI MINYAK HERBA ASMA MUJARAB

Dulu mommy kurang yakin dengan produk traditional sehinggalah mencuba sendiri. Alhamdulillah dengan 3 kali sapuan, mommy bebas dari selsema. Selalunya kalau kena selsema, mommy susah nak baik dan makan masa nak baik. Kadang-kadang tu meleret sehingga seminggu.

Sekarang mommy juga untuk kakak Aisya dan Ammar. Masih dalam rawatan tetapi tanda-tanda asma tu dah berkurang dimana bersin di waktu pagi dan hidung berair juga hampir tiada. Alhamdulillah.

Itu mommy. Ini pula kata pengguna yang lain...

Testimoni Pengguna 1

Minyak Herba Asma Mujarab

Testimoni Pengguna 2


Minyak Herba Asma Mujarab


Testimoni Pengguna 3


Minyak Herba Asma Mujarab

Boleh juga baca keberkesanan dan testimoni produk ini oleh pengguna lain di SINI.

MINYAK HERBA ASMA MUJARAB ASLI VS PALSU

Ingatkan produk moden saja mempunyai tiruan, produk traditional juga mempunyai tiruan. Jadi berhati-hati sebelum membeli. Kenalpasti ciri-ciri produk asli dan tiruan berikut agar tidak salah membeli:-

Minyak Herba Asma Mujarab

Minyak Herba Asma Mujarab

Setiap botol produk yang Original mempunyai Hologram, QR Code & Nombor siri.

Minyak Herba Asma Mujarab

Selain dari itu, pihak pengeluar Minyak Herba Asma Mujarab juga telah memperbaharui sticker dimana terdapat gambar bayi, logo halal, logo original herba asli (100%).

Minyak Herba Asma Mujarab

Bagi memastikan produk tiruan tidak dapat berleluasa di pasaran, Pak Cik dan Keluarga juga telah menambah QR code di belakang botol. So, pembeli yang ada smart phone tu... sila install Aplikasi QR dan scan code tersebut. 

Minyak Herba Asma Mujarab


Berikut adalah cara untuk mengenalpasti produk asli melalui imbasan QR Code.

Minyak Herba Asma Mujarab


Untuk mengetahui lebih lanjut berhubung produk ini, bolehlah layari laman web Minyak Herba Asma Mujarab, facebook dan juga Video di laman You Tube. Klik link di bawah:

Laman Web: Minyak Herba Asma Mujarab

Facebook: Minyak Herba Asma Mujarab

Youtube: Minyak Herba Asma Mujarab


Bagi yang berminat hendak membuat tempahan dan juga pembelian, boleh hubungi pihak pemasaran Minyak Herba Asma Mujarab seprti di bawah:


HQ Minyak Herba Asma Mujarab

Pn Nurul Ain (Owner) ~ 017 623 9935
 Encik Hafis (Bahagian Pemasaran)   ~ 013 480 6787


Hello Monday

July 25, 2016 2
Hello Monday
Assalamualaikum wbt. Hello Monday & don't forget to be awesome.

hello monday



motivation monday

quote motivation monday

24 Jul 2016

Kali Pertama Guna Goo.N Premium Diapers

July 24, 2016 1
Kali Pertama Guna Goo.N Premium Diapers
Assalamualaikum wbt. Kali pertama guna Goo.N Premium Diapers.


Perasaan saya apabila mendengar nama Goo.N Premium Diapers, hmmm. Diapers baru mana pula ni? Mesti tak best sebab tu tak popular  (my bad).

Goo.N Diapers


Tapi tanggapan saya semua tu salah sebab Goo.N Premium Diapers adalah produk dari Jepun yang telah berkembang serata dunia. Ia adalah diapers bermutu dan berkualiti tinggi yang di cipta khas bagi memenuhi keperluan bayi kerana pengeluar diapers ini percaya semua bayi yang di lahirkan perlukan penjagaan dan kasih sayang.

Diapers ini di namakan Goo.N kerana dalam bahasa jepun Goo.N bermaksud sound of growth. So, sweet. :)

Ini pula perasaan saya apabila memegang dan menyentuh Goo.N Diapers ni. Lembut, selesa dan pelekat yang kuat agar tidak mudah di tanggalkan.

Ini pula perasaan Aisy apabila kali pertama menggunakannya....

Goo.N Premium Diapers


Amboi, seronok sungguh dia tidoq. Selesa la tu....

Lazada Big Baby Fair 2016

Sepertimana yang tercetak di pek diapers Goo. N, penyerapan cepat dan bayi akan berasa nyaman selalu. Selain dari itu, Goo.N diapers juga menggunakan bahan yang berkualiti yang dapat menghindarkan kesan sensitif, allergic dan diapers rash.

Diapers ni mahallah... Eh, tak sebab sebab LAZADA akan buat Big Baby Fair mulai 27hb  sehingga 31 Julai 2016 ini. Masa nilah boleh beli banyak dengan harga murah. Ni lah rahsian saya dalam mengawal perbelanjaan tapi menggunakan produk yang berkualiti tinggi. hihi.. bocor sudah rahsia. :P

Lazada Big Baby fair .

Klik banner ini untuk membeli Goo.N Diapers dan pelbagai barang keperluan bayi. Bagi yang baru nak sambut anak pertama tu memang di galakkan shopping masa baby fair. Berbaloi sangat..


22 Jul 2016

Rahsia Lulus Temuduga Kerja Kerajaan

July 22, 2016 2
Rahsia Lulus Temuduga Kerja Kerajaan
Assalamualaikum wbt. Rahsia lulus temuduga kerja kerajaan.

Tahniah adik-adik yang telah mendapat panggilan temuduga kerajaan yang akan di langsungkan sepertimana yang terdapat dalam laman web SPA. Rujuk sini untuk temuduga tersebut 


Dah buat preparation untuk di temuduga? Belum? Dah terlambat ... Takpe adik-adik, meh mommy nak bagitau yang mommy ada rahsia lulus temuduga kerja kerajaan. Klik banner di bawah untuk mengetahui rahsianya.

rahsia lulus temuduga kerja kerajaan, kerja kerajaan, lulus temuduga, interview spa, spa, lulus interview spa, rahsia lulus temuduga spa, rahsia lulus mudah temuduga spa

Mahal la mommy...

Adik-adik labur sikit hari ini. In sha Allah apa yang adik-adik laburkan akan perolehi kembali malah berlipat kali ganda. Ingat senang ke nak dapat kerja kerajaan... Takpe lah kalau adik-adik dah selesa dengan kerja sekarang. TAPI adik-adik kena ingat, jika perolehi kerja kerajaan... Banyak manfaat dan kelebihan yang akan di perolehi.

Tunggu apa lagi. Langgan la kalau nak lulus temuduga kerja kerajaan..

21 Jul 2016

Terputus Hubungan Profesional Untuk Sementara

July 21, 2016 2
Terputus Hubungan Profesional Untuk Sementara
Assalamualaikum wbt. Terputus hubungan profesional untuk sementara. huhu

Hi korang!

Nak maklum yang smartphone OPPO F1 mommy rosak. Tak boleh nak berhubung secara profesional untuk sementara waktu yer. Sila kembali kepada zaman nokia 3310 atau email yer. Handphone dan laptop saja yang ada dengan mommy sekarang.

Semalam dah hantar ke kedai yang mommy beli. Kebetulan technician OPPO ada sekali, maka dia terus inform kena hantar ke service center OPPO di belakang Megamall Pinang. Ada part yang rosak dan perlu update software. Nasib baik warranty yang di beri adalah setahun. Bolehlah dapat ganti part yang rosak tu secara percuma.


OPPO f1

Bila smartphone rosak, kerja-kerja part time mommy iaitu sebagai blogger terganggu sedikit sebab mommy hanya menggunakan kamera handphone untuk mengambil gambar. Kalau update pun nanti, hanyalah menggunakan gambar yang telah di up dalam fb, insta atau hasil carian dalam google.

Oklah korang, mommy nak sambung buat keja. Nak update tu ja.

Bye.

19 Jul 2016

Semuanya Ada Di EZBUY

July 19, 2016 2
Semuanya Ada Di EZBUY
Assalamualaikum wbt. Semuanya ada di EZBUY. EZBUY adalah web shopping untuk kaki shopping online macam aku. Pantang ada laman web yang ada menjual pelbagai barang dan tawaran harga yang menarik, memang berjam-jam malah berhari-hari masuk untuk mencari barang yang di sukai dengan harga yang menarik.

ezbuy

Dah tiga hari mencari barang yang berkenan di EZBUY. Siap tanya encik suami nak apa ( bila mommy murah hati. kih kih).

Terdapat pelbagai kategori seperti berikut:

Women Clothing
Mens Clothing
Toys, Mother & Kids
Shoes, Bags & Accessories
Home & Garden
Beuty & Health
Sports & Outdoors
Office & Stationery
Automotives
Mobiles & Tablets

Selain daripada kategori di atas, terdapat juga Flash Deal. Dalam Flash Deal, harga yang di tawarkan sangat berbaloi. Terendah dalam pasaran.

online shopping

Selain dari Flash Deal, terdapat juga Hot Channel iaitu kategori untuk produk laku keras. Untuk produk yang menjadi pilihan ramai...

online shopping

 Bila shopping kat EZBUY, aku paling suka kategori mommy & me. Pakaian sedondon untuk ibu dan anak. hehe.. Dah tau dah kat mana nak cari baju sedondon yang cantik dan murah. :D

online shopping murah

Belek punya belek, last-last aku order barang kat bawah. Satu under Women Clothing, satu under Mens Clothing, dua under Toys, Mother & Kids dan satu barang under Beuty & Health. #RambangMata

ezbuy

Bila dah pilih, aku terus checkout. Terlupa nak masukkan voucher yang ada.. Memula risau jugaklah sebab nak CANCEL takut barang yang di pilih hilang. Dah satu hal lah pulak untuk mencari balik item tersebut.

Memula email tapi feedback yang akan di perolehi adalah dalam tempoh 24 jam. Gerak-gerak kursor ternampak 'LIVE CHAT'. So, live chat dengan team ezbuy berhubung isu tersalah step. hehe.... 

Buat pengetahuan korang jugak, Live Chat ni 24 jam. Kalau tengah malam pun, ada isu berhubung pembelian/bayaran, korang bolehlah bertanya dengan Team Live Chat EZBUY. Pantas dan effecience.



Pssst korang yang tersayang, EZBUY bagi RM15 jika hangpa register sekarang. Klik link ini untuk register

Selain itu, EZBUY juga menawarkan diskaun 15% untuk shipping fee. Banyak tu... Sila guna kod di bawah . Tawaran sah mulai hari ini sehingga 1 August 2016.


EZJUL15



Walaubagaimanapun, pelanggan EZBUY di galakkan untuk mendaftar dengan PRIME bagi menikmati kod penghantaran hanya RM8.80. Klik link di bawah untuk register PRIME



Okaylah. Nak sambung tengok barang-barang yang ada kat EZBUY ni.. Mana tau ada yang rerbekenan lagi. Boleh la shopping hujung bulan ni :)

Tak sabarnya nak tunggu parcel dari EZBUY. :D


14 Jul 2016

Raya Sakan # Raya Pertama Di Kampung

July 14, 2016 3
Raya Sakan # Raya Pertama Di Kampung
Assalamualaikum wbt. Raya Sakan # Raya pertama di kampung.

raya 2016
jadik budak kampung sat...

Cerita raya kami. Raya di kampung dengan raya di rumah taman, tiada bezanya. Yang berbeza hanyalah cara menyambutnya. Jika kita hendak membawa tradisi kampung ke rumah taman  pun boleh dan perlu ada yang memulakannya.

Di kampung, sembahyang raya di surau kampung. Penuh surau dengan anak-anak kampung yang merantau balik beraya. Tradisi surau kampung aku, lepas sembahyang raya buat collection dari jemaah. Hasil collection, di kira dan sedekah kepada anak-anak yang hadir sembahyang raya. Tahun ni, anak-anak kecil memperolehi RM7 seorang. Banyak kannn...

Selepas sembahyang raya, ramai-ramai menuju ke rumah yang berdekatan dengan surau. Penuh rumah tu. Seterusnya ke rumah selepas itu sehingga habis satu kampung.. Raya beramai-ramai katanya.

Kami ( aku, suami dan anak-anak), setakat 3 buah rumah ja sebab perut dah penuh. Tunggu rumah pulak untuk jiran tetangga  dan saudara mara datang beraya. 

Sebelah petang pula, sambung beraya ke rumah jiran yang lain.  Meriah dengan makanan. Satu rumah satu menu. Cuma tahun ni tiada yang buat nasi... 

Malam pula, kerumah mak saudara sebelah ayah. Di sini, banyak sepupu2 berkumpul. so, sebuah rumah boleh jumpa semua. Mak saudara hidangkan mee kuah gear box. Meletopps! Sepupu pula masak laksam kedah. Makan sampai lebam...

Bila perut dah penuh, balik zzzz. Sambung esok pula raya.

Sorry gambar tak banyak sebab takmo kena ayat ni ' hang nak beraya ka hang nak tengok hp' . hihi.. 

Bye. selamat hari raya aidilfitri.

12 Jul 2016

#RoyalBlue Warna Tema Raya 2016

July 12, 2016 5
#RoyalBlue Warna Tema Raya 2016
Assalamualaikum wbt. #RoyalBlue Warna Tema Raya 2016..

I is jelly sebab semua pakat update cerita raya.. Macam raya tahun-tahun lepas, baju raya tetap ada kaler tema. Tahun ni tema royal blue. Pilihan warna oleh kakak Aisya.. Mommy & daddy iyakan saja.

Planning baju raya sedondon ni dah lama, sebelum puasa lagi. Tak nak tempah tahun ni... Nak beli yang siap.

Hari tu alang-alang dah ke Kelantan, ingat nak cari kat sana untuk semua. Tapi tak sempat sebab sekejap sangat singgah di Bazar Tok Guru plus ramai orang pada hari tersebut. Harga memang tak boleh kurang.. Kalau kurang pun sikit ja.

Masa kat Bazar Tok Guru sempatlah jumpa jubah yang mommy berkenan. Kena dengan kaler tema... Ambiklah tapi harga kurang sikit ja... Memula berkenan di outlet lain tapi tak nak kurang langsung.. say bye bye je lah.

Jubah Mommy - Royal blue dengan lace silver. Lace tu nampak bersinar bila kena cahaya... i likeeee.


Untuk hero-hero dan kakak Aisya, shopping di Kulim saja. Di Butik Kemboja bertentangan dengan CIMB Kulim. 

Pilihan hero-hero adalah Kurta. 


Kakak Aisya pula adalah kurung moden dengan lace silver juga. Baru sedondon dengan mommy. :) Di butik ini juga ada terjual shawl dan tudung. Kakak Aisya pilih instant shawl 'Fareeda'. Sukalah dia sebab apa yang di hajatkan tertunai sudah.


Butik yang di maksudkan adalah Butik nur Danish Collection. Di butik ini ada terdapat pelbagai jenis , saiz dan pilihan untuk sedondon. Pilih saja mana yang berkenan di hati.

Harga? Bagi aku memang berpatutan... 


Untuk kepiah/kopiah pula, adalah hasil tangan seni ibu saudara sebelah suami. Cakap saja nak warna apa. Mommy request royal blue campur dengan biru torquise.


Untuk tudung mommy pula, mommy beli kat market.. hihi. Tak sempat nak terjah ke Ariani atau Aidijuma. Takpe, yang penting sedondon.

Akhir sekali, inilah gambar raya sedondon kami...Cantik tak? 


Terima kasih kerana membaca entry ini.. Nanti baru update cerita raya kami.

11 Jul 2016

Selamat Hari Raya Aidilfitri 2016

July 11, 2016 1
Selamat Hari Raya Aidilfitri 2016
Assalamualaikum wbt. Selamat Hari Raya Aidilfitri 2016 dan maaf zahir batin.

Dah raya #ke-6 baru nak wish kat blog. huhu... Ampun maaf banyak-banyak sebab terlampau busy dengan aktiviti menyambut raya. #macamkausorangraya.

Apapapun,  Selamat Hari Raya Aidilfitri 2016 Maaf Zahir Batin untuk semua yang singgah di blog CAHAYA HAYATI.


#ambilmoodupdateblog.
#jangankecamsaya