Tiket ETS Dah Habis! - Cahaya Hayati

13 Jun 2016

Tiket ETS Dah Habis!

Assalamualaikum wbt. Tiket ETS dah habis untuk perjalanan pada 19haribulan ini dari Butterworth ke Kl Sentral. Yang ada hanyalah seawal 7 pagi.. huhu. Buat apa nak pi pagi-pagi ahad sedangkan training hari isnin.

Redho, maka pergi KL naik bas... Itupun kalau tiket ada lagi. Petang satgi baru nak menyinggah ke stesen bas Kulim. Harap-harap ada sebab malas nak seberang ke Bayan Lepas untuk naik flight. kesian kepada suami sebab nanti terkejar-kejar balik untuk uruskan anak-anak nak sekolah dan terkejar-kejar nak ambil pula.

So, semalam ambil tiket ETS untuk balik pada 21 haribulan saja. 

Agaknya ramai yang balik weekend untuk berbuka puasa dengan keluarga tercinta sebab tu lah tiket ETS Sold Out untuk 19 haribulan :D



Pagi tadi dengar radio, katanya tiket ETS dari KL - Utara (Butterworth -> Padang Besar) bertarikh 1 sehingga 5 Julai 2016 dah habis. SOLD OUT.

So, kepada yang belum membeli tiket ETS/train, flight ataupun bas, silalah rancang perjalanan raya anda. Jangan last minute.. Nanti tak balik raya pula. Nyesal tak sudah...

Beli tiket ETS di sini ->>> TIKET ETS
Beli tiket bas di sini  ->>> TIKET BAS

No comments:

Post a Comment