Mencari Mood - Cahaya Hayati

7 Jun 2016

Mencari Mood

Assalamualaikum wbt. Mencari mood berbelog.. Huhu. Seminggu tak update mood berblog dah ke laut. Hilang entah kemana.... Minggu ni cuba kembalikan mood berblog untuk maju dan berjaya pada masa depan. So, korang bacalah bebelan akak untuk naikkan mood berblog. 

blogger
Tetap aktif di media sosial yang lain walaupun blog tak berupdate. Kata media influencer kan!


5 Cara Kembalikan Mood Berblog

1. Think Positive

Kena berfikiran positif. Jangan kata blog kita tak ada orang baca atau singgah... Blog kita blog picisan. In sha Allah apa yang di kongsi itu ada yang mencari dan kita sedang menyebarkan ilmu dengan cara kita yang tersendiri.


2. Ingat Kembali Tujuan Berblog

Ingat kembali tujuan kita berblog. Apa tujuan awak? Sebagai penambah pendapatan atau menyebarkan maklumat/ ilmu? Kalau sebagai penyebar ilmu pun, itulah sebagai satu platform untuk dia menjana pendapatan melalui ilmu yang di sebarkan. Contohnya, pegawai insurans menyebarkan ilmu tentang insurans. Ini kerana dia hendak kita faham terlebih dahulu tujuan insurans, hasil yang pelanggan akan dapat, apa manfaatnya dan lain-lain lagi. 

Kita pun sebelum melanggan atau membeli sesuatu produk, kita akan google terlebih dahulu. Mecari pro  & kontra. Jika pelanggan memperolehi maklumat atau komen yang baik dari hasil carian tersebut, maka pelanggan akan melanggan atau membeli produk tersebut.

Inilah yang di katakan tujuan berblog.

3. Side Income

Blog yang baik dan UV tinggi dapat menghasilkan pulangan. Bukan sikit tau... mencecah ribuan ringgit sebulan or per entry. So, bila dah di kenali oleh PR.. Maka blog juga perlu maintain. Kena update selalu, barulah UV makin naik dan di sukai oleh pengeluar produk.

Blog yang selalu update akan menaikkan income Adsense dan Nuffnang. Dua tu ja yang aku apply.... Yang lain belum lepas. hihi.


4. Sebagai Diari

Sebagai diari yang menyimpan kenangan dengan ahli keluarga. Merekod ayat-ayat bombastik anak-anak. Pengikat kasih sayang dan juga sebagai sumber inspirasi serta motivasi kepada pembaca.

5. 'Update'lah Walaupun Sepatah Perkataan

Nak kembalikan mood bukan senang. Jadi mulakan dengan sepatah perkataan. Contohnya , Hiiii! Kalau rajin letaklah quote atau hadis pendek. Pastu update pula pasal resepi, anak, jalan-jalan, makan-makan atau apa saja. 

Dari sini, mood berblog akan timbul.. Tambah-tambah lagi ada yang singgah dan komen.

In sha Allah. Ini saja tips untuk timbulkan kembali mood berblog...  Selamat mencuba!

2 comments:

  1. akak singgah...komen dan clickclick...jom kembalikan mood anda! ..untuk diri sendiri jugak

    ReplyDelete
  2. sindrom yang sama selalu berlaku pada SA

    ReplyDelete