Bihun Sup Utara Bebola Daging - Cahaya Hayati

7 Jun 2016

Bihun Sup Utara Bebola Daging

Bihun Sup Utara Bebola Daging. Cara pantas untuk menikmati bihun sup utara tanpa perlu menunggu sup di reneh sehingga daging empuk.

Bebola daging tu beli dengan jiran satu taman perumahan. Adiknya jual dan produk muslim.Adik jiran ini jual sekitar Gombak dan Rawang. Cara nak contact, nanti aku tanya...  

Alang2 jiran nak balik Gombak hari tu... pesanlah beef ball black pepper & lamb ball. Chicken ball, chicken ball black pepper aku tak pesan. Sebab dah nak puasa. Karang tak termakan, berlambak pula stok dalam peti ais tu.

Petang jumaat ambil, malamnya terus masak. Jadilah bihun sup utara bebola daging. Suka sangat sebab bebola daging dia tak kembang macam bebola daging yang lain. Bila kembang, aku selalunya jadi tak lalu.. terasa kembang tekak. 

Yang ni okay sebab rebus lama pun, masih kekal bentuk asal.

Bihun sup

Resepi Bihun Sup Utara

Bahan ( 3 orang makan)

1/2 bungkus bihun - di rendam dan di celur
1 bungkus sup bunjut - guna jenama mak siti 
20 biji bebola daging
2 batang serai - ketuk
2 cm halia - racik/ ketuk
1 labu bawang besar - racik
3 ulas bawang putih - racik
4 beradik - bunga cengkih, bunga lawang, pelaga dan kulit kayu manis
1 biji tauhu - di goreng dan potong dadu kecil
Lobak masin 
Daun bawang- di potong nipis
Daun sup - di potong nipis
Minyak - untuk tumis
Air secukupnya - 2 liter

Caranya

Panaskan minyak dan tumis bawang besar, bawang putih, halia serta 4 beradik sehingga wangi. Tambahkan air.

Masukkan sub bunjut, serai dan garam. Biarkan sehingga mendidih. 

Setelah mendidih, masukkan bebola daging dan biarkan seketika sehingga masak. 

Rasa. Jika dah ok, hidangkan dengan bihun, tauhu, lobak masin, daun bawang dan daun sup.

Untuk pedas, boleh tambahkan sambal merah istimewa atau sambal kicap. Resepi sambal nanti update dalam entry yang lain.


*** Untuk dapatkan bihun kuning tu, panaskan air dan di tambah kunyit. Masukkan bihun apabila air telah mendidih. biarkan seketika sehingga bihun benar-benar lembut. Angkat, bilas dengan air sejuk dan toskan

8 comments:

  1. Assalamualaikum Yati,
    Salam Ramadhan diucapkan.. Nampak sedap bihun utara tu.. My favorite bila pergi pasar malam. Alang2 Yati post resepi, boleh cuba buat sendiri.. Thanks ;-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih singgah sini. Cubalah walaupun simple tapi rasa dia mmg maveles.

      Delete
  2. cik T, kata oranglah kan beza mihun sup utara sebab warna kuning tu kan, ye ke, salam Ramadan dari kak ana :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betui tu kak ana. Selain bihun kaler kuning, dalam sup utara ada serai bagi menghasilkan rasa segar dalam sup.

      Delete
  3. boleh masuk list ramadhan ni...hehhe...dona ke yang juai?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haah. Adik dia juai.. Hari tu dah promote kambing kak zie. Dia kata tunggu adik dia tambah freezer..

      Delete
    2. This comment has been removed by the author.

      Delete
  4. Delicious cuisine here!

    ReplyDelete