loading...

29 Jun 2016

Stick To This Brand Only

8:30 PG 4 Comments
Assalamualaikum wbt. Stick to this brand only.. Pagi ni mommy nak pasal penggunaan produk. Dalam entry yang lepas-lepas, mommy ada sebut tentang kepelbagaian fungsi minyak yu yee. Boleh baca di sini:


Yang nak jadi ceritanya.. kelam kabut punya pasal pagi tadi sebab mommy tertidur lepas sahur. Selalunya tak tidur tapi tertidur sebab nak tidurkan Aisy balik. Aisy jaga masa sahur... Jarang dia jaga, tapi bila dah jaga.. dia nak menyusu. Dia menyusu macam bagi ketenangan pula untuk mommy. Maka dengan perlahan, mata pun tertutup. Sedar-sedar dah pukul  tujuh. 

Bila kelam kabut bersiap, adalah barang yang tertinggal. Mommy tertinggal bag make up.  Seperti dalam entry sebelum ni, bag make up tu umpama mini pharmacies mommy. Segala mak nenek ada..

Bila mengadap kerja yang melambak ni, stress dan sakit kepala mudah kena. Nak makan ubat ,posa. Nak letak minyak Yu Yee, tertinggal pula. Huhu

Bila dah rasa sakit kepala, mommy tak boleh biar. Kena juga cari penawar.. Sebab kalau tak, nanti jadi semakin teruk sampai muntah-muntah dan pitam. No no nak drive balik pun jauh..

So, turun bawah dan cari farmasi yang terletak di deretan belakang office.  Minta minyak Yu Yee tetapi Pharmacist tersebut telah cadangkan jenama lain. Tapi mommy hanya suka minyak Yu Yee. I choose to stick to this brand only.

Yu Yee Oil


Yang ni letak di office. Takut mommy tertinggal lagi mini pharmacy mommy. :)

Yu Yee Oil

Baju Tidur Isteri Pikat Suami

8:00 PG 9 Comments
Assalamualaikum wbt. Baju tidur seksi, senjata untuk isteri pikat suami. Wahhh tajuk bukan kemain lagi... Betul la tu. Baju tidur seksi merupakan senjata isteri untuk memikat suami. Nak pikat, ikat dan lekatkan suami dengan kita bukan senang tau... Eh, tetiba malu pulak nak cerita bab bilik tidur ni. Takpelah sharing is caring...

Baju tidur online


Dulu akak tak pandai nak pakai baju tidur seksi-seksi ni. Serius, malam pertama menjadi pengantin pun pakai baju kelawar ja. Kelakar gila sebab tak tahu nak pakai apa... Sampailah anak tiga ni pun masih tak reti nak pakai baju tidur seksi sebab nak beli segan, pastu nak pakai depan anak-anak lagilah segan...

Kat opis ni ada seorang kakak  yang sentiasa bagi tips rumah tangga kat kami yang di anggap adik-adik ni.. Dia kata, 

"hangpa muda lagi, awat yang tak pakai baju tidur seksi. Akak yang 40an ni pun ada macam-macam jenis dan fesyen baju tidur seksi."

Hanya mampu senyum... Pastu akak ni kata lagi..

esok-esok laki hangpa cari lain baru tau. "

Coi la sangat ayat tu.. Terbaca pula dalam akhbar... 

baju tidur online
Keperluan seksual lelaki tinggi.. huhu

Tapi dari situ, mula la terfikir nak beli baju tidur seksi meksi untuk memikat encik suami. Nak beli kat pasaraya malu la pulak... Nanti terserempak dengan orang yang kenal. Aduh!

Nak Beli Tapi Segan

Nasib baik la ada IGs di bawah ni yang jual online. Banyak pilihan pulak tu...pilih ja yang mana berkenan.. Takmo seksi sangat pun hado...

baju tidur online

Yang seksi menggoda dengan pelbagai warna pilihan pun ada...

baju tidur online

Yang nak feeling ayu, manja dan menggoda pun ada..

baju tidur seksi

Yang nak menjadi pelakon sambil goda si suami pun ada. Pilih saja watak yang kita inginkan....

baju tidur seksi

baju tidur seksi

Orang kurus, slim saja boleh pakai baju tidur seksi ni... Salah tu. Plus size juga boleh pakai sebab seksi pada pandangan lelaki adalah subjektif. Ada la part-part tertentu... Hanya si suami yang boleh bagi jawapan.

Baju tidur plus size


Selain baju tidur, terdapat juga Sexy Panties yang di buat dari lace... Kalau pakai memang sexy dan nampak cantik. 


Bukan setakat pakaian. Isteri nak ketatkan miss V macam malam pertama pun ada... 

love bite

Baru nak belajar pakai baju tidur seksi... Belum terlambat kan??? Kualiti baju tidur yang di terima adalah setanding butik, fast delivery pulak tu.


Bila dah ada online ni senang la nak shopping baju tidur seksi. Boleh suruh si suami pilih or encik suami beli dan hadiahkan kepada isteri. 

Nak beri hadiah untuk pengantin baru pun bolehhh... 

Bak kata, nak beli dan tips berkaitan rahsia bahagia rumah tangga memang ada dalam IGs di bawah .


Sales team : 018 24 88850

Sales team : 017 257 1281

Sales team : 018 24 888 50

No phone sale team : 018 24 888 50


28 Jun 2016

Dapat Juga Tukar Duit Baru

1:40 PTG 0 Comments
Assalamualaikum wbt. Dapat juga tukar duit baru.. Tengok dalam FB, Blog dan Whatsapp semua pakat update duit baru tiada. Dapat tukar duit recycle saja. Banyak bank tiada duit tukar untuk raya..

So, tadi lari keluar sekejap ke bank untuk tukar. Destinasi pertama adalah Bank Islam.. Tanya nak tukar duit. Kaunter minta datang esok sebab untuk hari ni dah habis. 

Then, ke Public Bank kat situ juga... Boleh tukat note RM 5 saja.. Oklah. Tukar dulu untuk note RM5.

Masuk pula CIMB, cakap nak tukar saja... Guard bagitau tinggal note RM10 saja. 

Pastu singgah Alliance Bank pula... Sama seperti CIMB. Tinggal note RM10 saja.

Hmmm...

Mencuba nasib di BSN pula. Alhamdulillah. My Luck... ada note RM1 dan baru.... Setelah 5 Bank di sepanjang Jalan Bagan Luar, Butterworth mommy masuk. huhu

Yang belum tukar tu cepat-cepat la pergi tukar.. 


27 Jun 2016

Wajib Ada Untuk Balik Raya

1:35 PTG 0 Comments
Assalamualaikum wbt. Biobax wajib ada untuk perjalanan balik raya.. 

Mommy ni sejak beranak tiga ni memang senang di serang sakit pinggang. Berdiri lama sikit, sakit... Dukung si kecik Aisy pun sakit.. Berjalan banyak pun sakit plus lenguh, sengal dan segalanya...Tambah-tambah balik raya ni ni. Banyak nak kena buat, nak kena kemas rumah lah, nak masaklah...  Bak kata, badan dah tak tahan. Faktor umur barangkali...

TAPI tu bukan penghalang untuk lakukan aktiviti yang di sukai. Selain mengamalkan supplemen, mommy dah jumpa alternatif untuk meredakan dan melegakan sakit pinggang, lenguh, sengal dan lain-lain. Bukan tak pernah cuba produk lain tetapi kebanyakkannya adalah krim panas. Tak boleh sapu atau guna selagi si kecik Aisy belum tidur. Kena tunggu dia tidur dulu... Takut terkena pada Aisy. 

Alternatif tersebut adalah BIOBAXBiobax Cool Theraphy adalah fast relief spray with Eucalyptus Oil,  Habbatussauda and Olive Oil. 

Biobax Cool Theraphy membantu melegakan kesakitan dengan cepat. So, Biobax wajib ada untuk balik raya. Barulah boleh raya dengan ceria dan meriah.

Biobax Cool Theraphy

Kandungan Biobax Cool Theraphy adalah :-

- Eucalyptus Oil
- Habbatussauda Oil
- Olive Oil
- Za'faran
- Lemon Grass
- Halia Bara
- Kaffir Lime
- Pappermint
- Menthol Crystal

Biobax Cool Theraphy

Bahan-bahan dalam Biobax Cool Theraphy adalah 100% organik. Jadi Biobax Cool Theraphy sesuai untuk ibu mengandung dan ibu berpantang.

Biobax Cool Theraphy

Kegunaan Biobax Cool Theraphy

Untuk kelegaan segera, sakit-sakit biasa, sakit otot dan sendi yang biasa seperti:
- Sakit Belakang 
- Ketegangan
- Terseliuh
- Lenguh-lenguh
- Selsema/resdung

Selain lenguh-lenguh, Biobax Cool Theraphy boleh melegakan selsema. Spray biobax pada tangan. Kemudian gosok kedua belah tangan dan sedut bau di tapak tangan sehingga hilang bau. 

Biobax Cool Theraphy

Kelebihan Biobax Cool Theraphy

- Melegakan lenguh leher & sendi
- Segera melegakan sakit belakang dengan kesan sejuk
- Tahan sehingga 5 jam
- Melancarkan peredaran darah
- Membantu melegakan lenguh bahu & leher
- Terbukti berkesan untuk kelegaan belakang
- Sesuai untuk melegakan selsema & resdung

Testimoni Pengguna Biobax

Ramai dah yang menggunakannya dan semuanya memberikan feedback yang positif.

Biobax Cool Theraphy

Biobax Cool Theraphy



Biobax Cool Theraphy

Biobax Cool Theraphy

Kini, Biobax Cool Theraphy adalah teman setia mommy. Biobax wajib ada dalam handbeg semua wanita. Haa apa lagi? Jom lah dapatkan seorang satu atau belikan kepada insan yang tersayang!
Sekiranya berminat boleh whatsapp atau telegram mommy 0194703288

16 Jun 2016

Nurraysa Produk Mesra Solat | Collagen Soap

9:18 PG 6 Comments
Assalamualaikum wbt. Nurraysa Produk Mesra Solat | Collagen Soap.

Nurraysa

Tertarik dengan tagline 'Produk Mesra Solat' menyebabkan saya terus mencuba Collagen Soap nya. Produk lain nanti akan di cuba. Kenapa guna pencuci dulu? Yelah untuk mengurang kesan alahan dengan produk yang sediaguna. So guna pencuci dulu agar kulit muka mesra demgan produk jenama ini. Bila dah mesra baru kita guna yang lain...

Apa kata saya tentang collagen soap ni?


Nurraysa Collagen soap

Serius sangat best! Sebabnya, jerawat saya mengecut dengan cepat... Jawapan 'cliche'. Eh tak ! Memang kenyataan sebab tiap-tiap bulan bila nak datang period ja mesti naik jerawat 2,3 biji kat muka.. Pastu lambat baik pulak tu. Tiga hari guna jerawat semakin baik. Sekarang jerawat dah tiada tapi kesan parut semakin pudar..

Nurraysa Collagen soap
nampak tak jerawat bawah dagu tuuuu.

Nurraysa Collagen soap
Jerawat bawah dagu dah tiada. Kat pipi tu parut lama...

Lagi satu yang akak suka tentang Nurraysa Collagen Soap ni adalah bila lepas bilas saja, kulit muka terasa lembut dan gebu... Macam dah pakai krim pelembab.

Itulah kebaikan penggunaan Nurraysa Collagen Soap yang mengandungi premium japan marine Collagen. Antara lain kebaikan Collagen Soap ini adalah:

Nurraysa Collagen soap

✔ Membersih dengan lembut dan menyegarkan kulit lesu.
✔ Mengecutkan jerawat di wajah atau badan. 
✔ Memudarkan parut dan menghilagkan parut dan cela. 
✔ Mengurangkan pigmentasi atau jeragat.
✔ Mengurangkan kedutan dan garis halus serta kesan regangan atau strectmark.
✔ Menghilangkan Black Head dan White Head.
✔ Mengurangkan kesan berminyak diwajah dan badan.
✔ Mencerahkan kulit yang kusam dan gelap, kasar dan kering.
✔ Menyamaratakan tona kulit.
✔ Memelihara kelembutan dan kelembapan semulajadi kulit.

Nurraysa

Lagi satu, penggunaan sabun ni sangat menjimatkan sebab satu ketul sabun boleh di potong mengikut kehendak kita. Potong 2 dulu, satu kat rumah dan satu kat pejabat. Tak perlu nak usung sabun yang sama. Ada baki lagi separuh...  

Opps lupa nak habaq yang Produk Nurraysa sekarang tengah buat SALES Aidilfitri. Harga memang gila-gila murah... Cuba tengok Collagen Soap dari harga asal RM 70 turun kepada harga promosi RM 29.90.  Diskaun lebih dari 50% untuk semua produk. Yang penting mesra solat.

Nurraysa

Untuk pembelian produk ini, bolehlah hubungi Puan Suzie melalui contact number dan media berikut:

Puan Suzie Gold

Ctc Number : 012-983 2261

FB : Suzie Gold

FB Page : Che Su Nurraysa Beuty


15 Jun 2016

Aplikasi Semakan Keputusan Peperiksaaan Sekolah Telah Di Buka Semula

9:12 PG 1 Comments
Assalamualaikum wbt. Aplikasi semakan keputusan peperiksaaan sekolah telah di buka semula. Entry ini adalah kesinambungan dari entry semalam... hehe. Takut ramai pulak yang confuse. Jadi mak, bapak dah boleh semak result anak. Tak sabaq la tu nak tau kedudukan anak dalam kelas/ darjah/ tingkatan. 

Terima kasih juga kepada blogger Aizamia3 yang inform kepada saya. Jom terjah Blog Mak Budak akak Remaja Purba ni. Banyak yang di kongsikannya.



>>>> Semak Keputusan peperiksaan sekolah di SINI.

14 Jun 2016

Aplikasi Semakan Keputusan Peperiksaaan Sekolah Di Tutup Buat Sementara

10:00 PG 6 Comments
Assalamualaikum wbt. Aplikasi semakan keputusan peperiksaan sekolah di tutup buat sementara waktu.

Penutupan ini bermula semalam sebab dah dua, tiga hari cuba masuk untuk melihat keputusan peperiksaan sekolah anak-anak. Fikir positif, kemungkinan penutupan system ini adalah untuk penambahbaikan kerana system ini boleh di akses oleh guru dan juga ibubapa. Ramai yang guna..

So, bersabarlah para guru yang ingin memasukkan keputusan peperiksaan. Ibu bapa juga perlu bersabar, tengok sajalah kertas ujian yang di bawa balik oleh anak-anak dah la... Dari kertas ujian tu kita tahu anak kita lebah bab apa dalam setiap subjek. Dari situ kita boleh perbaikinya...

Semak keputusan peperiksaan Online di SINI.




Tiga Doa Ramadhan

8:00 PG 2 Comments
Assalamualaikum wbt. Tiga doa yang kita boleh amalkan sepanjang bulan ramadhan ini. Doa-doa ini adalah untuk memohon keampunan, keredhaan serta untuk di kurniakan kesihatan dan keselamatan di dunia dan akhirat.

Marilah sama-sama kita mengamalkannya agar di kurniakan keberkatan dan keredhaan Allah SWT. In Sha Allah.

Tiga Doa Ramadhan

13 Jun 2016

Tiket ETS Dah Habis!

3:43 PTG 0 Comments
Assalamualaikum wbt. Tiket ETS dah habis untuk perjalanan pada 19haribulan ini dari Butterworth ke Kl Sentral. Yang ada hanyalah seawal 7 pagi.. huhu. Buat apa nak pi pagi-pagi ahad sedangkan training hari isnin.

Redho, maka pergi KL naik bas... Itupun kalau tiket ada lagi. Petang satgi baru nak menyinggah ke stesen bas Kulim. Harap-harap ada sebab malas nak seberang ke Bayan Lepas untuk naik flight. kesian kepada suami sebab nanti terkejar-kejar balik untuk uruskan anak-anak nak sekolah dan terkejar-kejar nak ambil pula.

So, semalam ambil tiket ETS untuk balik pada 21 haribulan saja. 

Agaknya ramai yang balik weekend untuk berbuka puasa dengan keluarga tercinta sebab tu lah tiket ETS Sold Out untuk 19 haribulan :D



Pagi tadi dengar radio, katanya tiket ETS dari KL - Utara (Butterworth -> Padang Besar) bertarikh 1 sehingga 5 Julai 2016 dah habis. SOLD OUT.

So, kepada yang belum membeli tiket ETS/train, flight ataupun bas, silalah rancang perjalanan raya anda. Jangan last minute.. Nanti tak balik raya pula. Nyesal tak sudah...

Beli tiket ETS di sini ->>> TIKET ETS
Beli tiket bas di sini  ->>> TIKET BAS

Menulis Blog Juga Amalan Yang Baik Di Bulan Ramadhan

8:46 PG 3 Comments
Assalamualaikum wbt. Amalan di bulan Ramadhan yang boleh di Lakukan oleh muslimah ketika period, haid ataupun nifas.

Semoga dengan amalan ini kita dapat menambah pahala walaupun tidak dapat mengerjakan solat fardhu dan tarawikh. In Sha Allah.

Menjadi blogger juga adalah salah satu amalan yang boleh di lakukan oleh muslimah ketika bulan Ramadhan. Jadi tulis yang baik-baik saja. Say No to Gossip!


10 Jun 2016

Ayam Masak Kicap Pedas

2:00 PTG 1 Comments
Assalamualaikum wbt. Ayam masak kicap pedas, menu sahur pagi tadi. Yang pasti ia memenuhi selera semua ahli keluarga. Alhamdulillah.

ayam masak kicap

Ayam Masak Kicap Pedas

Bahan

5-7 ketul ayam yang telah di potong. Di gaul garam kunyit dan di goreng.
2 sudu besar cili kering kisar
2 sudu besar sos tiram
4 sudu besar kicap manis
1 labu bawang besar - di potong separa bulat
2 ulas bawang putih - di potong nipis
2 cm halia - di racik
1 batang kulit kayu manis
daun kari
air asam jawa
minyak



Caranya

Panaskan minyak. Tumis bawang besar, bawang putih, halia, kulit kayu manis dan daun kari sehingga wangi.

Masukkan cili kisar. Masak sehingga sedikit garing.

Apabila cili telah garing, tambah sos tiram, kicap manis dan air asam.

Biarkan sehingga  mendidih. Rasa.

Angkat dan hidangkan dengan nasi panas.


** jika suka boleh tambah ubi kentang yang telah di goreng. Tak masukkan pun, almaklumlah masa sahur mana nak pandang ubi, sayur bagai. Mata nampak bantal dan katil ja... haha

Doa Selepas Tarawih Yang Menusuk Kalbu

8:45 PG 0 Comments
Assalamualaikum wbt. Doa selepas Tarawih yang menusuk kalbu. Doa ini mommy perolehi dari group whatsapp dan mommy panjangkan dalam blog untuk penghayatan semua.

Selepas solat Witir tadi, imam membacakan doa dalam Bahasa Melayu. Memang amat jarang sekali kita dengar imam baca doa dalam Bahasa Melayu. Amat tersentuh, menitis air mata apabila imam membacakan doa. Sewaktu moreh saya tanya imam, ambil mana doa tadi, JAKIM ke, Majlis Agama ke fikir saya dalam hati? Dia kata dia buat sendiri. Lalu saya minta dia hantarkan doa tersebut untuk tatapan kita, semua.

MUNAJAT RAMADHAN…

Ya Allah…Ya Rahman…Ya Rahim…
Dalam dakapan Ramadhan yg suci ini, Dengan rasa rendah diri, Kami yg kerdil dan hina ini memohon doa dgn penuh pengharapan kpdMu ya Allah… semoga Engkau sudi mendengar permintaan kami, krn sesungguhnya Engkaulah Tuhan yg Maha Mendengar.

Ya Fattahu Ya 'alim…
Ajarkanlah kami yg lemah ini utk melihat jln keluar dr semua masalah yg membelenggu kami, bukakanlah hijab kpd kami yg tak mampu melihat setiap kebaikan pd kejadian dan takdirmu. Ya Allah..takdirkanlah yg baik2 utk diri kami, Jgnlah kau menguji kami pd apa yg tidak mampu kami lalui.. Bukakanlah pintu2 rahmatMu utk kami ya Allah…

Ya Allah Rabbul Jalil….
Sejahterakanlah utk kami dgn kesihatan yg baik..supaya dgnnya kami dpt beribadah kpdMu. Ya Allah..ampunkanlah segala dosa kami, krn kami terlalu byk dosa kpdMu Ya Allah…Kami lupa akan Engkau ketika sihat, kami ingat pdMu bila ditimpa sakit, Kami lupa kpdMu ketika senang, kami ingat kpdMu bila dtg kesusahan. Kami lupa kpdMu disaat kami gembira, Kami ingat kpdMu ketika sedih dan kecewa, Kami habiskan usia muda dgn keseronokan dunia, kami mula mengingatiMu ketika usia sudah tua, ..justeru ya Allah...ampunilah semua dosa kami..berilah kekuatan kpd kami utk melawan hawa nafsu dan dunia yg sentiasa melalaikan kami drp mengingatimu ya Allah…

Ya Allah…Ya Rahman..Ya Rahim…
Ampunkanlah dosa kedua ibubapa kami,. setiap titik susu ibu yg mgalir dlm diri kami...kau gantilah dgn kebajikan utknya yg boleh mbawanya ke syurgaMu ya Allah...ya Rahman...pd setiap keringat yg mngalir pd tubuh ayah kami dlm mcari rezki kpd kluarga kami...kau gantikanlah dgn keampunan yg mbawa ke syurgaMu ya Allah. Sesungguhnya pengorbanan mereka tdk akan mampu kami membalasnya. Bahkan terkadang mereka hidup dlm kesusahan dan kesempitan, sdgkan kami berada dlm kesenangan dan kemewahan...Justeru kurniakanlah kpd kedua ibubapa kami tempat yg istimewa di syurgaMu ya Allah…..

Ya Allah….
Kami juga memohon ampun utk kaum kerabat kami, sahabat2 kami dan guru2 kami yg terlebih dahulu pergi meninggalkan kami ke alam barzakh…golongkanlah mereka dlm golongan org2 yg Engkau redhai…apabila tiba pula giliran kami menuju barzakhMU..maka Kau ambillah kami dlm keadaan yg baik2…dlm keampunan dan rahmatMu Ya Allah…

Ya Allah Ya azizz…
Kurniakanlah kpd kami jiwa yg tenang dan tenteram…hiasilah hati kami dgn sifat syukur, redha, sabar, ikhlas, amanah dan bertanggungjawab…Kau jauhkanlah drp kami sifat ujub, riak,takabbur, fitnah, mengadu domba, sangka buruk dan khianah.

Ya Rashid…Ya rahman…Ya Rahim..
Jika ada dikalangan kami mereka yg diuji dgn kesusahan, maka kau bantulah mereka, permudahkanlah urusan mereka, jika ada di kalangan kami mereka yg bersedih hati, berikanlah ketenangan dan jln keluar kpd mereka, jika ada di kalangan kami sdg berhajat dgn keperluannya, maka tunaikanlah hajat mereka, dan cukupkanlah keperluan mereka, jika ada di kalangan kami mereka yg diuji dengan sakit, maka kau sembuhkanlah mereka Ya Allah…agar dapat beribadah bersama kami. Jika ada dikalangan kami mereka yg derhaka kpd ibubapa atau terkurang dlm melayani mereka, maka kau ampunilah mereka, jadikanlah kami anak2 yg taat dan berbakti..sesungguhnya Engkaulah Tuhan yg Maha Mendengar dan Mengasihi…

Ya Allah Ya Malikal Mulk…
Ya Razak..Ya Fattahu Ya 'Alim…
Kurniakan kpd kami rezeki yg halal lg diberkati dan jadikanlah dgn rezeki itu kami semakin dekat dgnMu..sebaliknya, jgnlah kau jadikan kami drp golongan yg lupa diri setelah mendapat kurniaannMu.

Ya Allah….
Bantukanlah kami dlm menjalankan urusan agama kami, Elokkanlah urusan dunia kami, yg padanya tempat kami mencari kehidupan, Elokkanlah urusan akhirat kami, yg padanya tempat kami akan kembali utk selama2nya.. jadikanlah kehidupan kami ini sebagai tambahan segala kebaikan kpd kami, dan jadikanlah kematian sebagai ketenangan kpd kami dari segala kejahatan, Sesungguhnya kami ingin kembali kpdMu dgn jiwa yg tenang….

Ya Allah Ya Zal Jalali Wal Ikram…
Ya Allah….Jgnlah kau jadikan ramadhan ini sbg yg terakhir buat kami, temukanlah kami dgn Ramadhan yg akan dtg…

Tapi, Andai ini Ramadhan terakhir buat kami, jadikankanlah puasa kami sbg puasa yg Kau rahmati, jadikanlah ramadhan ini paling bererti, penuh dgn cahaya iman, menerangi kegelapan hati kami menuju redha serta kasih sayangmu ya Allah…jadikanlah ramadhan ini sebagai penghapus dosa2 kami.. Ya Allah…temukanlah kami dgn lailatul qadr…pilihlah kami dikalangan hambaMu yg dpt beramal di mlm al-Qadr….Ya Allah..terimalah amalan kami..terimalah taubat kami..ampunkanlah segala dosa kami...amankanlah kehidupan kami disana nanti yg kekal abadi… kurniakanlah kpd kami syurgamu yg maha luas nikmatnya…

aamiin3 ya rabbal'aalamiin...

9 Jun 2016

Miliki Shawl Exclusive By Papaglamz Secara PERCUMA

3:14 PTG 6 Comments

Assalamualaikum semua. Dengan ini PapaG lancarkan satu segmen Miliki Shawl Exclusive By Papaglamz Secara PERCUMA. Siapa nak angkat tangan. Untuk pengatahuan semua baru-baru ini Papaglamz telah melancakan Koleksi Terbaru Shawl Exclusive By Papaglamz (klik disini).  Pelancaran Koleksi Terbaru Shawl Exclusive By Papaglamz ni akan dapat membantu anda dalam membuat pemilihan shawl yang cantik, glamour, exclusive dan menarik untuk anda gayakan. Lebih-lebih lagi nak raya ni kan?



Korang nak cuba Shawl Exclusive By Papaglamz secara PERCUMA? Mudah je. Jom join segmen yang PapaG buat ni. Klik kat banner di atas tu yer.

Warna-warna pilihan koleksi terbaru shawl exclusive by Papaglamz

Baiklah, terlebih dahulu PapaG cerita sedikit tentang konsep shawl yang terbaru dari Papaglamz ni dulu yer. Sebenarnya koleksi kali ini menampilkan shawl yang mempunyai potongan asas segi empat tepat. Ukuran panjang dan lebar lebih kurang 190cm X 80cm. Semoga shawl yang PapaG keluar ni dapat memenuhi kehendak wanita-wanita diluar sana yang ingin berfesyen tetapi tetap menjaga dan menutupi AURAT dengan sempurna. Insyallah. 

Dalam pemilihan material, kami menggunakan kain Chiffon Glitter. Antara sebab PapaG menggunakan kain jenis ini ialah jenis kain ini yang nampak lebih Glamour dan anggun pada si pemakai serta MUDAH BERALUN yang penting TIDAK JARANG. Kalau korang nak tahu, untuk koleksi kali ini PapaG tampilkan KHAS satu shawl yang warnanya LIMITED. Sebab hanya SATU warna sahaja shawl yang diperbuat dengan menggunakan kain Chiffon Moist Crepe. Bagi mereka yang dah mencuba koleksi shawl PapaG yang lepas tentu tahu bagaimana CANTIK dan SELESAnya memakai shawl PapaG yang menggunakan kain jenis ni kan? Jadi buat mereka yang merindui shawl PapaG dibuat dari kain jenis ini korang boleh grab dalam koleksi terbaru ni. Tapi SATU WARNA je la iaitu Musted Yellow.

Terdapat 7 warna berbeza yang korang boleh lihat seperti gambar yang PapaG tunjukkan di bawah ni.

wide-shawl-exclusive







Memandangkan sekarang ni (ikut tarikh entri ni) masih lagi mood-mood promosi dari kami, jadi kami menjual Shawl Exclusive by Papaglamz seperti harga di bawah ni.

1 helai RM 34.00 + Postage RM 6.00 = RM 40.00
3 helai RM 100.00 termasuk postage 

CEPAT REBUT SEKARANG....!!!!

Wassap : 0196141393

Jangan lupa ikuti Perjalanan Shawl Exclusive by Papaglamz ni IG dan FB tau.

Ig : exclusive_by_papaglamz
FB : Papaglamz
Official Artikel : Shawl Exclusive by Papaglamz

Laksam Kedah, Kena Belajar Lagi

1:30 PTG 0 Comments
Assalamualaikum wbt. Laksam kedah. laksam kedah aku bagi nama sebab laksam jenis ni hanya jumpa kat daerah kampung aku iaitu Kubur Panjang, Kedah. Belum pernah lagi jumpa kat tempat lain... Kalau kat Kubur Panjang, sepupu aku dah komersialkan laksam ni. Kalau nak rasa boleh cari Kedai Non. Terletak di simpang tiga untuk ke Kampung Perupuk. Haa jangan tak tau, salah satu lokasi untuk drama Kubur Panjang yang di tayangkan di astro adalah kedai sepupu aku. So, kalau korang tersesat ke Kubur Panjang, bolehlah singgah.

Aku kalau balik kampung, memang akan beli. Bukan aku ja... orang lain pun. Orang kampung pun setiap minggu akan pi jugak merasai keenakan laksam kedah ni. Memang laku keras la laksam ni. Sepupu aku ni terima juga tempahan untuk kenduri atau majlis kecil-kecilan.

Beza laksam kedah dengan laksam kelantan adalah dari segi kuah. Kuah laksam kedah adalah kuah lemak berempah dan sedikit pedas. Ulaman yang di gunakan adalah pucuk putat, timun, daun selom, bawang dan bunga kantan. Untuk extra pedas boleh tambah cili padi.

Dua minggu lepas dengan keinginan yang maksima, maka aku telah cuba membuat laksam dan kuah laksam kedah buat pertama kalinya. Alhamdulillah menjadi walaupun tidaklah 100% sama dengan apa yang di buat atau di jual oleh sepupu aku. hihi... So, kena belajar lagi.

Untuk laksam pula, aku ambil resepi dari blog Azlita Masam Manis. Memang menjadi. Dalam blog azlita masam manis ada langkah demi langkah untuk membuat laksam. Follow ja... In Sha Allah menjadi.


Laksam kedah


Laksam


3 cawan tepung beras
1/2 cawan tepung gandum
5 cawan air suam (3 air mendidih + 2 air biasa)
1/2 sk garam 

Caranya:
Satukan semua bahan dan kacau rata. 

Panaskan pengukus sehingga mendidih. Letakkan tudung periuk atau apa apa bekas yang leper ke dalam pengukus dan sapukan minyak.

Kacau supaya adunan tidak mendap dan tuangkan   setengah dari tudung periuk dan tutup tudung pengukus dalam 5-10 minit sehingga adunan menjadi menggelembung atau masak sepenuhnya.

Angkat dan dengan menggunakan pisau atau garpu, balik sambil digulung gulung dengan menolak perlahan lahan ke tepi.

Satu adunan dapat menghasilkan 8-10 gulung laksam (bergantung kepada saiz dulang/tudung periuk yang di gunakan). Bila hendak dimakan, gunting/potong laksam ini nipis nipis.


laksam kedah

Untuk menghidangkan, masukkan laksam yang dipotong nipis ke dalam pinggan, tuangkan kuah laksam secukupnya dan ulam ulaman yang telah di potong.

Laksam Kedah


Resepi Kuah Laksam Kedah

Bahan

1 kg ikan sardin/ temenung
2 batang serai - ketuk
2 labu bawang besar - kisar
3 ulas bawang putih - kisar
2 sudu besar cili kisar
2 sudu besar rempah kari daging
1 batang kulit kayu manis
1 bunga kantang
Daun kesum
minyak
RM 2 santan
garam
Asam keping


Caranya

Rebus ikan, ambil isinya saja. Tulang dan kepala ikan di kisar dan di tapis ambil airnya.

Dalam periuk lain, panaskan minyak. Tumis bawang besar dan bawang putih sehingga wangi.

Masukkan cili kisar dan rempah kari.  Masak sehingga berminyak.

Tambah air tulang ikan.

Masukkan isi ikan, asam keping, daun kesum, bunga kantan dan serai. Biarkan sehingga mendidih.

Tambah santan dan garam. Biarkan sehingga mendidih.

Rasa. Dah ok, boleh tutup api.

Hidangkan laksam bersama kuah yang masih panas.

laksam kari

Selamat mencuba!

Menu Sahur Yang Paling Di Sukai Oleh Anak-Anak

11:59 PG 3 Comments
Assalamualaikum wbt. Menu sahur yang paling di sukai oleh anak-anak mommy adalah Telur Masak Kicap. Menu simple. Bangun lambat pun boleh buat.. Mula buat menu ni sejak di perkenalkan oleh blogger PCL atau nazlee dalam cabaran 30 hari puasa raya EFG. Saya panjangkan resepi ringkas tapi sedap ni di sini.. 

telur masak kicap mudah dan sedap
kredit kpd mr. google sebab mommy tak sempat ambik gambar pagi tadi.


Resepi Telur Masak Kicap

Bahan

3-5 biji telur ayam yang di basuh ( ikut bilangan ahli keluarga)
1 labu bawang besar - di potong bulat/ separa bulat
5 biji cili padi - di belah
1 biji cili besar merah - di potong 
1 sudu besar cuka 
5 sudu besar kicap manis
Minyak

Caranya

Telur di goreng terlebih dahulu. boleh garing atau separa masak. Ikut suka hatilahh..

Minyak goreng telur tadi di gunakan semula. 

Tumis bawang besar, cili padi dan cili merah sehingga terbau wangi bawang.

Tambah kicap dan cuka. Masak sehngga mendidih. 

Angkat dan curahkan ke atas telur.

Siap untuk di hidang.


Puasa Dari Sudut Kesihatan

8:52 PG 0 Comments
Pada zaman kegemilangan Islam, *puasa adalah kemuncak kekuatan umat Islam*. Bulan Ramadhan adalah *pesta ibadah.* Banyak peristiwa besar berlaku spt perang Badar, dan berbagai² lagi menunjukkan kekuatan ummat.

Namun kini Ramadhan dikaitkan dgn keletihan, kelemahan, mengantuk, kurangnya produktiviti dan kini sebagai pesta makanan. Ramadhan adalah bulan kesihatan, bulan silaturrahim, musim perubahan, masa hilang ketagihan, bulan lembut hati, bulan keluasan rezeki, dan bulan membaiki institusi keluarga.



Mengikut kajian kesilapan besar dalam berpuasa;--


  • Menghimpunkan makan malam dengan berbuka puasa adalah kesilapan. Berbukalah puasa dgn 3 biji kurma (atau makanan yg tinggi pottasium spt makanan bergula perang yang tinggi molasesnya) dan air kosong. Sbb buka puasa bkn utk perut tetapi utk beri tenaga kpd hipotalamus (otak dalam otak). Salah satu caranya, elakkan hidang makan malam di depan semasa berbuka. Hipotalamus yg keletihan berfungsi sepanjang hari akan tidak berfungsi dgn betul sekiranya makanan masuk dgn banyak semasa berbuka. Hal ini menyebabkan masalah serius kesihatan.
  • Jangan "window shopping" ke Bazar Ramadhan kerana pada waktu itu  fungsi kawalan hipotalamus dalam mengawal nafsu makan amat lemah setelah bekerja seharian drp mula waktu Subuh utk mengawal kerja2 pembongkaran di hati  menyebabkan kita hilang perhitungan utk terus membeli makanan yg kita tidak perlu
  • Jangan lewatkan solat Maghrib. Hasil daripada pembongkaran glukogen tepu dihati semenjak drp pagi akan menghasilkan tenaga yang sgt banyak, tenaga ini utk diagihkan keseluruhan tubuh melalui sel. 1 kilo berat badan mempunyai 10000 trilion sel. Tenaga ini perlu ditolak/diagih kepada sel2 dalam tubuh, hasil drp pergerakan solat 13 rakaat yang berulang2 serta gema tenaga sekitaran pada waktu setelah azan Maghrib itu itu akan menyebabkan tenaga yang dihasilkan oleh tubuh kesan daripada puasa sepanjang hari akan dapat diserakkan ke dalam nuklues sel dan digunakan dengan sempurna. Oleh sebab itu solat Maghrib perlu disegerakan... Allahu akbar...

  • Slps solat Maghrib, sel sudah dpt tenaga. Balik terus makan malam. Secara automatik kita akan makan secara baik dan sedikit serta sudah boleh mengawal nafsu makan. Menu makan malam jgn lebih lima jenis makanan dlm satu hidangan satu jenis makanan ruji (cth Nasi), lauk, sayur, buah dan air.

  • Slps mkn mlm, sangat baik kita MANDI dgn air sejuk. Jgn pakai heater. Blh pakai air batu tambah sejuk. Jgn risau kaitan mandi malam dgn paru2 berair. DONGENG. Dalilnya jika kita berhadas besar, feqah suruh segera mandi tanpa menunggu pagi. Jgn mandi mcm burung utk elak paru2 berair. Burung mandi dgn cara basahkan rambut tapi badan x basah. Slps mandi, sblm pergi solat Isyak minum setengah cawan susu segar + 3 biji kurma + satu sudu teh madu lebah yg diblender.

  •  Solat Isyak berjemaah. *Lps tu sembahyang terawikh, solat dengan perlahan dan santai.* Jgn yg terlalu gopoh-gapah.

  • Kalau nak ambil makanan selepas solat terawikh, pastikan ringan dan sedikit. Mkn lps pkl 10.30 adalah kemudharatan yg besar. Masa ini tenaga sudah cukup penuh dlm badan. Masa tu aktiviti terbaik adalah tadarrus minima 1 helai.Masa ini tenaga akan bawa input terbaik ke dalam otak dan hati. Kalau masa ini diisi dgn aktiviti atau info yang lalai, maka otak dan hati akan merakam perkara yg kita isi dan boleh menjadi pegangan kita seterusnya.

  • Selepas itu sebaiknya tidur sblm pkl 12 mlm utk kerehatan.Jgn pasang lampu semasa tidur kerana pasang lampu meningkatkan asidifikasi 3 kali ganda....salah satu sebab kandungan kolestrol meningkat dalam darah.

  • Slps itu bangun pukul 3 utk qiamullail. Sunat kejutkan ahli keluarga dgn renjis air sejuk dgn hujung jari. Boleh mandi. Tiada masalah kesihatan.

  • Sempurnakan sekurang-kurangnya 10 rakaat solat sunat, Sunat wuduk (2 rakaat), taubat (2 rakaat), tahajjud (4 rakaat 2 kali salam), hajat (2 rakaat) dan 3 rakaat witir* bagi yg belum witir selepas terawikh tadi.

  • Slps qiam, blh tidur tetapi ringankan, 1/4 keselesaannya drp tidur sebelumnya.* Masa ni di langit ada spektro berwarna merah jambu antara 3 hingga 5 pg. Masa ini Allah anugerahkan kesembuhan kpd banyak penyakit.

  • Sahur. Sebaik2 sahur adlah 1/18 dari makan malam* dan yang terbaik adalah lebihan makan malam dengan syarat masih elok dan tidak basi. Lewatkan masa masak petang utk elak cepat basi. Masak lebih sedikit untuk makan malam, jgn campur garam dan simpan sikit utk sahur. Bila nk sahur panaskan dengan api perlahan dan setelah panas sedikit baru masukan garam

  • Slps sahur, boleh membaca Quran secara tadabbur dan terus solat Subuh berjemaah.*

  • Jangan tidur selepas Subuh kerana gangguan kpd Tirod. Ia akan menyebabkan masalah terhentinya kerja2 pembongkaran (detokfikasi) toksid dalam badan.

  • Tidur qailulah ( masa terbaik adalah 1 jam sblm zohor,* cukup hanya sekadar beberapa minit). 1 saat waktu ini menyamai tenaga tidur 45 minit waktu biasa. 


***********************
*Cara makan kurma.*
60% kebaikan berada pada selaput permukaan luar biji kurma. Masukkan sebiji kurma dan last sekali keluar biji. Jgn kupas di luar. Antara kurma yang terbaik ada 5 jenis: ajwa, medjool, mabrom, safawi dan mariami
*Puasa adalah detoksifikasi.* Ia berlaku apabila fungsi proses makanan dlm perut berehat lebih drp 8 jam
Sblm sampai Ramadhan, berazam utk berlatih utk tingkatkan ibadah dgn latihan pra-Ramadhan, In shaa-ALLAH.


Sumber:

Tuan Norhissam Mustafa, CEO IPKIM (Institut Pengurusan Kesihatan Islam, IPKIM)

8 Jun 2016

Surat Dari Google Adsense

1:38 PTG 4 Comments
Assalamualaikum wbt.

Nak cerita yang aku dah terima surat dari google adsense sejak akaun adsense terkumpul USD 10. Hihi. 

Jangan pandang mudah sebab surat ni adalah untuk verifi penerima sebelum payment di keluarkan. Dalam surat ni ada code / pin number yang perlu di masukkan dalam google adsense.

Terima notis dari google bahawa surat ini di keluarkan dah lama tapi surat ni melalui perjalanan yang jauh dar France ke Kulim... Maka, selepas sebulan baru sampai.



Dah selamat masukkan pin number tu..

Lepas ni kena rajin update lagi.... Target hujung tahun ni boleh keluarkan adsense. Mampu atau mampu... Tanya diri sendiri. :)

Pengikut

Google+ Followers

Follow Me @cahaya_hayati292