Sahabatku, Siapa Aku Dulu Dah Tak Penting - Cahaya Hayati

13 Mei 2016

Sahabatku, Siapa Aku Dulu Dah Tak Penting

Assalamualaikum wbt.  Siapa aku dulu dah tak penting. Entry ini berkaitan perubahan diri dari yang tak berapa bak baik kepada yang baik dan mungkin juga lebih baik.



Kenapa aku tulis entry ni? Aku nak korang yang mengenali dan bersahabat dengan aku tahu... Mungkin juga untuk memotivasikan korang. Boleh di jadikan panduan untuk korang dalam melalui kehidupan.  Ewahhh macam pakar motivasi pulak.

"Mana aku yang dulu?"

Siapa aku yang dulu? Aku yang dulu... yang agak sosial. Pakai pakaian yang agak menonjolkan bentuk badan, walaupun bertudung. Dulu aku mudah menerima ajakan rakan-rakan untuk keluar makan makan, jalan jalan, lepak shopping kompleks tapi tak la sampai buat benda yang mengarut sampai rosakkan diri sendiri. Masih tahu yang halal dan haram.

TAPI aku nak korang tahu gak... Apa yang aku buat dan apa yang aku pakai tu DEPAN mak bapak aku.. Diaorang tegur tapi tahulah zaman jiwa tengah muda dan memberontak , mana nak dengar cakap. Rasanya sama ja kot dengan zaman muda korang...  Yang sama ngan akulah. Yang stok ustazah, jangan kecam aku la.

Aku yang dulu dah tiada, dah hilang sikit demi sikit di bawa arus perubahan iaitu dari alam bujang ke alam rumahtangga sekaligus alam seorang ibu. Dari pakaian yang nampak bentuk badan dah bertukar kepada yang longgar, yang singkat dah kepada yang labuh. In Sha Allah mungkin akan bertambah baik. 

Jadi kepada yang menegur aku dan tanya mana aku yang dulu tu dah tak penting. Yang penting adalah sekarang. Kenapa aku berubah? Sebab aku nak jadi seorang anak, isteri dan ibu yang baik. Yang menjadi contoh baik kepada anak-anak dan juga masyarakat jugak.

Aku mungkin dah tak mengikut fesyen dan juga jenama. Yang pasar malam juga mungkin jadi pilihan sebab yang penting bagi aku adalah menutup aurat dan juga sejuk mata suami memandang. Biarlah aku tidak menjaga standard di mata manusia. Zaman aku untuk itu dah berlalu yang ada  di kepala dan hati hanyalah untuk menjaga standard di mata Allah. In Sha Allah.

Apabila perubahan aku ini dah menyebabkan kita yang bersahabat tidak seiring dan tidak sekepala, maka aku redha jika perhubungan alam maya kita terputus, di unfriend dan sebagainya. Mungkin Allah nak aku terus beristiqomah dan berubah lebih baik.

Doakan aku yer! Dan aku juga doakan kalian untuk terus berjaya dunia dan akhirat.Amin!

4 ulasan: