Resepi Makaroni Bakar

2:58 PTG Cahaya Hayati 4 Comments

Assalamualaikum wbt.Resepi Makaroni Bakar. Dah lama tak up resepi kan? Bukan tak masak, masak tapi takde mood nak ambil gambar makanan.. hahaha. Boleh camtu pulak. Dah pi mana hasrat nak jadi blogger tu?????

Resepi Makaroni Bakar


Resepi Makaroni Bakar


MAKARONI GORENG

Bahan2

Makaroni 1 plastik atau 200g
2 keping dada ayam dicincang atau 3 keping daging/ayam burger dihancurkan
3 ulas bawang putih dicincang
1 ulas bawang merah dicincang
1 labu bawang besar dipotong dadu
1 tin sos spageti (kimball) ( optional )
1/2 cawan tomato soup (kimbal)
2 sudu besar sos cili
1 sudu sos tiram
2 biji cili kering ( rendam dengan air panas dan tumbuk hingga hancur)
2 sudu besar sos tomato
2 sudu besar minyak masak
sedikit gula dan garam secukup masa
sedikit daun sup
capcicum ( hijau, merah, kuning) dipotong dadu kecil (optional - tak letak pun sebab tak ada dalam stok kat rumah)

CARA-CARA

  1. Rebus makaroni di dalam periuk dengan menggunakan sedikit minyak supaya makaroni   tidak melekat selama 10-15 minit dan tos kan.
  2. Panaskan minyak dalam kuali dan tumis bawang putih, bawang merah dan bawang besar sehingga  naik bau . Kemudian masukkan cili kering yang di kisar.
  3. Kemudian masukkan daging/ayam cincang @ daging buger dan kicau sehingga airnya kering.
  4. Masukkan tomato soup, sos spageti dan gaul sehingga sebati. Then masukkan sos cili, sos tomato, sos tiram, garam dan gula secukupnya. Msukkan sedikit daun bawang supaya naik bau. Kacau sehingga pekat.
  5. Seterusnya masukkan makaroni yang sudah di tos ke dalam kuah tadi dan kacau sehingga sebati.
  6. Tutup api dan biarkan seketika.


SOS PUTIH

1 Cawan susu segar
1 sudu besar mentega
sedikit lada sulah/ italian herba
1 sudu besar tepung gandum ( dibancuh dengan sedikit air)
1 slice cheesalade
sedikit garam dan gula

CARA MEMBUAT SOS PUTIH

1. Cairkan mentega di dalam kuali, kemudian masukkan sekeping scheesedale.
2. Kacau hingga cair , baru lah dimasukkan susu segar.
3. Masak sehingga susu mendidih, dan masukkan sedikit garam, gula dan lada sulah
4. Akhir sekali, masukkan bancuhan tepung dan kacau sehingga pekat.

CARA MEMBAKAR MAKARONI

1.  Sediakan bekas tahan panas atau bekas aluminium.
2. Gaulkan makaroni goreng dengan sos putih. Masukkan dalam bekas. Taburkan cheese.
3. Bakar  selam 35-40 minit atau hingga keperangan dengan suhu 160c
4. Dah siap. 

4 comments:

Ayuni berkata...

sedap!

Fieza Sani berkata...

Sukaaa..tapi nak masak dia tu, fuhhh..byknya step dia..

Cahaya Hayati berkata...

terima kasih.

Cahaya Hayati berkata...

Yup. Tak di nafikan nak buat dia banyak step TAPI nak makan punya pasal, sangguplah buat. hihi

Pengikut

Google+ Followers