Pajeon Melayu - Cahaya Hayati

26 Mei 2016

Pajeon Melayu

Assalamualaikum wbt. Pajeon Melayu. Hihi... Terpengaruh dengan cerita korea betul.

Pajeon adalah spicy korean pancake. Kalau dalam bahasa melayunya adalah peknga pedas yang ada banyak bahan dalamnya. kohkoh.

Pajeon melayu aku bagi nama sebab adunan panjeon tu aku buat ikut resepi cucur udang/ cucur bawang, jagung atau yang seangkatan dengannya. Adunan yang aku buat ni kurang pedas sebab letak cili kering. Kena letak cili padi yang di potong baru marvelles rasanya.


Cara memasak adunan cucur udang/ bawang dengan cara panjeon memberi kelainan pada rasa. Yang penting kurang minyak.

korean spicy pancake

Dalam dok update entry pun terliur. Dah la pose weiii. Confirm balik nanti kena buat lagikkk...

spicy korean pancake

Resepi Pajeon ( Spicy Korean Pancake)

Bahan

2 cawan tepung
1 keping dada ayam - di cincang/ potong dadu kecil
1 batang carrot - di parut
1 ulas bawang besar - di potong dadu
1 pokok daun bawang - di hiris kecil atau memanjang
1 pokok kecil daun sup - di hiris kecil atau memanjang
4 tangkai cili kering - gunting halus
1 biji telur
garam secukupnya
air secukupnya
minyak

Sos Pencicah

Sos cili
kacang tanah kisar kasar


Caranya

Masukkan tepung, ayam, carrot, daun bawang, daun sup, cili kering, garam dan telur ke dalam bekas adunan. Masukkan air sikit sikit sehingga adunan menjadi seperti yang dikehendaki. Tak keras dan cair sangat. Sedang-sedang saja.


Panaskan pan dan letak sedikit minyak. Letak adunan dan biarkan sehingga garing sebelum di alihkan. Angkat apabila pajeon garing dua-dua belah.

Di potong terlebih dahulu sebelum di hidangkan.

** sedap di makan panas-panas.

spicy korean pancake

Selamat mencuba yer!

4 ulasan:

  1. Hamboi.. Pengaruh Korea sungguh..
    Tapi menarik juga..

    BalasPadam
  2. nampak macam senang jaaa...aRz pun boleh cuba hhehehe

    BalasPadam
  3. ermm mudah cm ni kan.. leh try ni..

    www.yanieyusuf.com

    BalasPadam
  4. nampak macam menarik..and bahan2 dia pun cam simple je..boleh la try nnti

    BalasPadam