Asam Rebus Ikan Seludu

11:06 PG Cahaya Hayati 2 Comments

Assalamualaikum wbt. Asam rebus ikan seludu. Menu simple di waktu malam. Jarang masak waktu malam sebab aku & encik suami jarang makan nasi waktu malam di atas nasihat pakar perubatan untuk kurangkan pengambilan karbohidrat. Bukan nak kurus tapi nak SIHAT sebenarnya. Berhati-hati sebelum terkena. Dah kena susah nak baik.. Jadi lebih baik amalkan hidup sihat.

So, menu ini di masak khas apabila encik suami kata hari ini belum makan dan kebetulan hujan. Malas nak keluar hujan-hujan ni. Kesian kat anak-anak. Maka, mommy pun masak apa yang ada...



Resepi asam rebus


Resepi Asam Rebus Ikan Seludu

Bahan2
4 ketul ikan seludu - boleh di ganti dengan ikan yang lain
1/2 biji timun - boleh juga guna bendi/ keledek/ ubi kayu 
2 biji tomato - di belah 4
2 keping asam gelugor/ keping
2 batang serai 
2 cm lengkuas
Daun kesum - jika ada 
Bunga kantan - jika ada
Air secukupnya
garam secukupnya

Bahan kisar
3 sudu besar cili kisar/ 6 tangkai cili kering
2 ulas bawang besar
3 ulas bawang putih
2 cm kunit hidup - jika ada
1cm belacan

Caranya
Masukkan bahan kisar dalam periuk. Tambah air. Masak bahan kisar sehingga mendidih. 

Apabila mendidih, masukkan asam keping, serai, lengkuas, daun kesum, timun, bunga kantan dan garam. Biarkan mendidih sekali lagi sehingga timun hampir masak.

Rasa. Jika rasa sudah lengkap, masukkan ikan. Biarkan mendidih sehingga ikan masak sepenuhnya.

Angkat dan hidangkan ketika masih panas. 

**** Untuk lebih menyelerakan, boleh di hidangkan bersama ikan kering goreng, sambal belacan dan ulam-ulaman.

Selamat mencuba!

2 comments:

Suriaamanda berkata...

tak pernah tgok rupa paras ikn seludu..tp kalau masak asam rebus SA suka guna ikan kembung

Cahaya Hayati berkata...

Rupanya macam ikan plotan. Tak tahu la kat tempat lain panggil nama apa..

Pengikut

Google+ Followers