Maggi Kuah Ketam - Cahaya Hayati

15 Apr 2016

Maggi Kuah Ketam

Assalamualaikum wbt.

Petang-petang camni lapar pula. Terus teringat maggi kuah ketam semalam. Kongsi di instagram ramai yang likes. Mesti ramai yang suka... Resepi ni simple saja. Guna bahan-bahan yang ada kat rumah saja.

Balik satgi pun boleh cuba.

maggi kuah

Resepi Maggi Kuah Ketam

Bahan

maggi - satu bungkus maggi sup ( ambik maggi saja)
50 gram daging rincik/ hancur - boleh gantikan dengan cicken ball. fisball atau meatball
1 ekor ketam
1 biji bawang kecil - untuk tumis
1 ulas bawang putih - untuk tumis
2 sudu cili kering - kisar
1 sudu sos cili
1 sudu sos tomato - boleh guna tomato soup untuk rasa yang lebih ummmph.
1 sudu sos tiram
garam
sawi
tomato
daun bawang
daun sup
bawang goreng
minyak - untuk tumis


Caranya

Panaskan minyak dan tumis bawang merah kecil dan bawang putih.

Masukkan cili kering kisar. Masak sehingga sedikit garing. Masukkan air dan rebus daging sehingga empuk.

Setelah daging empuk, masukkan sos cili, sos tomato, sos tiram dan sedikit garam. Rasa.

Masukkan ketam setelah rasa telah memenuhi citarasa anda. Biarkan sehingga masak.

Akhir sekali masukkan sawi, tomato dan maggi. Biarkan sehingga mendidih atau maggi telah lembut.

Angkat. Taburkan daun bawang, daun sup dan bawang goreng.

Sedap di makan ketika masih panas.

Selamat mencuba!

1 ulasan:

  1. haaa...elok sangat nak cuba buat sendiri, kebetulan ketam pun ada dlm peti sejuk. Slurpp..telan air liur plk.

    BalasPadam