April 2016 - Cahaya Hayati

28 Apr 2016

Adsense Setelah 5 Bulan Di Blog

April 28, 2016 1
Adsense Setelah 5 Bulan Di Blog
Assalamualaikum wbt. Adsense setelah 5 bulan di blog.. Apa yang aku boleh kata adalah tunggu 3 tahun lagi baru boleh cash out. hahaha

tips adsense

Update ni bukan pasal earning adsense yang aku dapat setiap hari tetapi nak cakap kalau setiap hari update blog tetapi tak dapat apa-apa, korang kena kaji balik sebab apa. Sebulan yang lepas aku pernah alaminya. Update ttp earning tetap  kosong. Sedih tengok akaun adsense.. huhu

Dalam dok kaji kenapa income adsense tak naik-naik, terperasan pula tab optimization dalam akaun adsense. Cubalah mengikut arahan yang di beri. Alhamdulillah. Income adsense semakin melekat walaupun tak update blog. Satu sen pun kira income jugakkan?

tips untuk tingkatkan pendapatan adsense

So, korang kalau nak naikkan income adsense boleh cuba cara ni. Aku cuba 2 cara di atas... ads sensitif aku takmo sebab nak dapatkan income yang bersih...

26 Apr 2016

Dah Renew Dan Sebab-Sebab Perlu Menggunakan Domain Dot Com

April 26, 2016 4
Dah Renew Dan Sebab-Sebab Perlu Menggunakan Domain Dot Com
Assalamualaikum wbt.

Alhamdulillah sedar tak sedar dah setahun rupanya menggunakan domain dotcom NetKL. Dah sampai masanya untuk renew. Hari ni gaji, hari ni renewlah yer. Bukan apa takut terlupa nanti... dan terlepas tarikh renew. Nanti tak pasal-pasal kena kos tambahan pula.

Kenapa perlu guna domain sendiri?


Sebab-sebab kena guna domain dotcom

Sebab-sebab perlu menggunakan domain dotcom ialah:


  • Sebab paling utama adalah kerana pihak google akan sesuka hati delete blog yang ber-dot-blogspot. Tanpa notis atau tanpa apa2 peringatan oleh google. Kenapa? Sebab blogspot ni di beri percuma oleh Mr. Google. So, bila percuma suka hati la bila dia nak tarik balik... or delete.
  • Lebih yakin berblogging sebab domain sendiri. Macam branding tu...
  • Lebih profesional. Advertiser suka tengok sebab nampak profesional dan serius berblog.
  • Yakin untuk promosi blog sendiri. Domain sendiri kannn.
  • Lebih mesra SEO.
Ramai dah blogger yang blognya kena delete. Contohnya www.myinfotaip.blogspot. 

Bila dah kena delete, kena buat rayuan kepada google untuk dapatkan balik. Bila dah dapat balik kenalah tukar ke domain berbayar. Kalau rayuan tidak di layan, menangis berdarah pun belum tentu dapat balik blog yang kita bina bertahun-tahun dan bersusah payah memerah idea untuk menulis.

Jadi, fikir-fikirkanlah kemungkinan itu. Akak share info ini agar blog korang tak kena delete. Kalau kena delete jangan cari akak yer!


22 Apr 2016

Ujian Hidup

April 22, 2016 0
Ujian Hidup
Assaalmualaikum wbt.

Ujian hidup adalah untuk melihat sejauh mana keimanan kita terhadap-Nya. Untuk menguji ketakwaan, kekuatan dan kesabaran kita dalam menjalani ujian tersebut.


Yang pasti kita kena yakin kepada Allah kerana perancangan Allah adalah sebaik-baik perancangan. Allah akan beri yang terbaik kepada hamba-Nya In sha Allah.


Salam jumaat buat semua.

20 Apr 2016

Kenali Blogger Manis Dari Pantai Timur | Izzatie Suhaide

April 20, 2016 4
Kenali Blogger Manis Dari Pantai Timur | Izzatie Suhaide
Assalamualaikum wbt.

Dah lama tak buat segment review blogger. Kali ini review si manis dari pantai timur iaitu blogger Izzati Suhaide.

Kenapa perlu kenali blogger Izzati Suhaide? Saja untuk menambah kenalan di alam maya. Mata tahu suatu hari nanti dapat bertentangan mata pula. In sha Allah.

Blogger manis ini meluahkan apa yang di hati dalam blog dia iaitu www.izzatie91.blogspot.com. Bukan senang nak menulis dan bercerita dari hati. Tapi bangga dengan sdik blogger ni sebab mampu menulis/bercerita dari hati.




Impian blogger manis ini adalah untuk berbakti kepada agama, bangsa, keluarga dan masyarakat. Impian sebagai blogger pula adalah ingin semua follow blog dia. Baca luahan hati dia. Cita-cita nak jadi pakar motivasi...



Oklah tak trill la kalau akak bagitau semua. Nak tahu tentang banyak banyak tentang izzatie suhaide, kena lah terjah media sosial dia...

Blog: Izatie91.blogspot.com
ig: zatiesuhaide
fb page : coretan izzatie suhaide

Walaupun masih muda, izzatie telah mengorak langkah sebagai usahawan online. Semoga berjaya dik!

19 Apr 2016

IZ Hijabist | Koleksi Fesyen Muslimah Terkini

April 19, 2016 0
 IZ Hijabist | Koleksi Fesyen Muslimah Terkini

IZ Hijabist | Koleksi Fesyen Muslimah Terkini

Di zaman serba moden kini, setiap wanita semakin menitikberatkan soal penampilan mereka dalam apa juga situasi. Dalam bab berfesyen, wanita muslimah juga tidak mahu ketinggalan untuk tampil bergaya anggun dan menawan apabila mengenakan sesuatu busana. Oleh hal yang demikian, terdapat banyak fesyen muslimah yang diketengahkan oleh para designer khusus untuk wanita muslimah.Selain butik muslimah yang semakin banyak tumbuh bagaikan cendawan, jualan secara online juga tidak kurang hebatnya dan menjadi pilihan kebanyakkan peniaga dan pereka pakaian muslimah untuk memasarkan dan memperkenalkan  pakaian keluaran mereka. Dengan akses yang lebih mudah menggunakan internet dan telefon pintar memudahkan  wanita muslimah membuat pilihan fesyen pakaian yang mereka inginkan pada bila-bila masa di mana jua. Justeru itu, IZ Hijabist juga tidak melepaskan peluang untuk menambahkan lagi koleksi busana muslimah anda



Koleksi Fesyen Muslimah Terkini

IZ Hijabist menyediakan perkhidmatan jualan baju untuk para wanita secara online. Busana yang disediakan pastinya menepati citarasa terkini bagi anda yang sering tampil dengan imej muslimah. Anda boleh mendapatkan beberapa koleksi jubah dan blouse labuh dengan harga yang berpatutan. Antara material kain yang terdapat di IZ Hijabist ialah Cotton, Wolly Creepe, Dull Satin dan macam-macam lagi.









A photo posted by IZ Hijabist (@iz_hijabist) on


Gambar-gambar tersebut merupakan antara jubah dan blouse yang anda boleh dapatkan di IZ Hijabist. Baju-baju ini didatangkan dalam pelbagai jenis saiz yang mana sesuai untuk semua jenis potongan badan.

Koleksi Akan Datang Untuk Hari Raya

Musim perayaan akan menjelang tidak lama lagi dan sudah pasti setiap wanita ingin kelihatan anggun menawan di hari raya nanti. Semua itu tidak perlu dirisaukan lagi kerana IZ Hijabist juga menawarkan beberapa koleksi terbaru khusus untuk anda yang ingin bergaya di hari raya nanti. Bukan setakat baju sahaja, IZ Hijabist juga akan menyediakan beberapa koleksi shawl dan tudung khusus untuk dikenakan bersama baju raya anda.

Kelebihan Berurus Niaga Bersama IZ Hijabist

-Tidak perlu pre order kerana barang adalah ready stock. Hari ni order esok barang akan di poskan. 
- Sesuai dipakai untuk ibu yang menyusu kerana baju BF Friendly
- Labuh dan jenis kain yang tidak jarang
- Pakaian yang menutup aurat


Untuk info lanjut mengenai IZ Hijabist anda boleh melayari media sosial berikut:
Facebook Page : IZ Hijabist


Instagram: www.instagram.com/iz_hijabist

18 Apr 2016

GIVEAWAY APRIL 2016 By Mezquitalifestyle

April 18, 2016 0
GIVEAWAY APRIL 2016 By Mezquitalifestyle
Assalamualaikum wbt.

mai la kita support blogger2 yang rajin buat GA. 

GIVEAWAY APRIL 2016 By Mezquitalifestyle

GIVEAWAY APRIL 2016 By Mezquitalifestyle 

15 Apr 2016

Lulus Mudah Peperiksaan Online Pegawai Teknologi Maklumat F41

April 15, 2016 0
Lulus Mudah Peperiksaan Online Pegawai Teknologi Maklumat F41
Assalamualaikum wbt.

Tahniah jika anda dipanggil ke sesi exam Online Pegawai Teknologi Maklumat F41.

Format untuk tahun 2016 sedikit berbeza, ada tambahan seksyen dan aturan seksyen yang berbeza. Ada 3 Seksyen kali ini;
- Seksyen A: Ujian Psikometrik
- Seksyen B: Pengetahuan Am
- Seksyen C: Penyelesaian Masalah

Nampak tak ada sesuatu di sana? Ehehe. Yup, Seksyen A itu dirangka untuk singkirkan seberapa ramai calon. Itu trick nya.

Syukur anda tahu ahaha!

Eh jika anda serius nak berjaya, ini rujukan yang anda perlukan;



Buat persediaan sehabis baik ya. Mungkin ini peluang terakhir anda dipanggil ke sesi exam online ini!

Jangan jadi seperti kawan akak yer.. pergi exam PTM sampai 5 kali tapi tak lulus-lulus jugak. Dah ada rujukan macam ni senanglah nak lulus. Zaman akak dulu takde punnn.

Labur sedikit beli rujukan exam PTM ni supaya kita tidak mendapat atau memegang TITLE Penanam Ladang Anggur Terhormat (penganggur/ jobless). Nak ke pegang tittle tu???  Tapi sampai bila???

Bila dah ada rujukan ini, senang untuk ketahui tips-tips dan trick dalam exam PTM terutamanya syeksen A iaitu ujian psikometrik. Memang psiko habis.. Kalau tak takdelah akak ambik exam sampai 5 kali.. huhu.



Bukan akak yang rugi tapi adik-adik yang nak ambil periksa ni yang akan rugi. Dah di beritahu rahsia tapi masih kedekut. In sya Allah kalau dah berjaya dan memperolehi kerjaya... pelaburan hari ini akan berlipat kali ganda dapat dalam gaji. Akak tahu laaa gaji PTM berapa... 

Akak doakan semua yang mengambil peperiksaan PTM ini berjaya dan memeprolehi gaji yang lumayan. amin.


Maggi Kuah Ketam

April 15, 2016 1
Maggi Kuah Ketam
Assalamualaikum wbt.

Petang-petang camni lapar pula. Terus teringat maggi kuah ketam semalam. Kongsi di instagram ramai yang likes. Mesti ramai yang suka... Resepi ni simple saja. Guna bahan-bahan yang ada kat rumah saja.

Balik satgi pun boleh cuba.

maggi kuah

Resepi Maggi Kuah Ketam

Bahan

maggi - satu bungkus maggi sup ( ambik maggi saja)
50 gram daging rincik/ hancur - boleh gantikan dengan cicken ball. fisball atau meatball
1 ekor ketam
1 biji bawang kecil - untuk tumis
1 ulas bawang putih - untuk tumis
2 sudu cili kering - kisar
1 sudu sos cili
1 sudu sos tomato - boleh guna tomato soup untuk rasa yang lebih ummmph.
1 sudu sos tiram
garam
sawi
tomato
daun bawang
daun sup
bawang goreng
minyak - untuk tumis


Caranya

Panaskan minyak dan tumis bawang merah kecil dan bawang putih.

Masukkan cili kering kisar. Masak sehingga sedikit garing. Masukkan air dan rebus daging sehingga empuk.

Setelah daging empuk, masukkan sos cili, sos tomato, sos tiram dan sedikit garam. Rasa.

Masukkan ketam setelah rasa telah memenuhi citarasa anda. Biarkan sehingga masak.

Akhir sekali masukkan sawi, tomato dan maggi. Biarkan sehingga mendidih atau maggi telah lembut.

Angkat. Taburkan daun bawang, daun sup dan bawang goreng.

Sedap di makan ketika masih panas.

Selamat mencuba!

Nuffnang: 2 Bulan Yang Suam-Suam Kuku

April 15, 2016 2
Nuffnang: 2 Bulan Yang Suam-Suam Kuku
Assalamualaikum wbt.

Hari ini tetiba buka akaun nuffnang setelah sekian lama tak buka.. Nak tengok ada berapa dah. Kot kot dah boleh cash out. cia cia cia

Mimpi belum jadi kenyataan. Kena tunggu lagi...

Siapa perasan nuff dalam 2 bulan ni macam suam-suam kuku saja. Tak banyak CPUV ... Kenapa yer? Ke kat blog titew jer? Kalau kat  blog titew ja, memang nuff majuk dengan titew sebab letak ads lain jugak. :(.

Tapi kita jugak nak maximase income titew. 


Oklah nuff, jangan majuk-majuk lagi. Titew janji akan pertingkatkan lagi PV dan UV....  Meh la letak iklan CPUV banyak-banyak kat blog titew. 

13 Apr 2016

Sup Tulang Dan Ekor Berempah Beri Kelainan Pada Rasa

April 13, 2016 2
Sup Tulang Dan Ekor Berempah Beri Kelainan Pada Rasa
Assalamualaikum wbt.

Sesekali masak sup dengan resepi cuba-cuba dan lain dari kebiasaan memang memberi kelainan pada rasa. Kalau tak asyik cara yang sama saja... 

Kali ini cuba masak sup berempah pula. Kalau tak asyik ke mamak hameed  saja..

Sup berempah ni sedap di makan dengan roti, bihun, mee dan jugak nasi. Akak suka meratah saja..

resepi sup ekor

Sup Tulang Dan Ekor Berempah


Bahan

1 tulang rusuk - di potong-potong kecil
1 ekor - di potong kecil
300 gram - daging rincik/ tetel
4 sudu besar rempah sup - di bancuh dengan air
3 ulas bawang besar - 1 ulas di hiris untuk tumis , 2 ulas di kisar
8 ulas bawang putih - 2 ulas di hiris untuk tumis , 6 ulas di kisar
3 cm halia - di kisar
1 batang kulit kayu manis - tumis
3 bunga cengkih - tumis
6 bunga lawang - tumis
6  biji buah pelaga - tumis
1 biji lobak merah (carrot)
3 biji kentang - potong 4
daun sup 
daun bawang
bawang goreng
minyak 
garam



Caranya

Bersihkan daging, ekor dan tulang dan toskan. 

Kisar bawang besar, bawang putih dan halia. Ketepikan dahulu dan potong bahan tumis serta bancuh rempah sup dengan air.

Panaskan minyak dan tumis bahan tumis ( bawang besar, bawang putih , kulit kayu manis, bunga cengkih, bunga lawang dan buah pelaga).

Tumis sehingga naik bau wangi dan masukkan rempah yang telah di bancuh. Masak rempah sehingga sedikit garing.

Setelah rempah menjadi garing, masukkan bahan kisar dan masak sehingga berminyak.

Tambah air dan masukkan daging, tulang dan ekor. masak sehingga empuk. sila guna periuk tekanan tinggi untuk masak dalam tempoh yang singkat.

Masukkan garam setelah daging empuk.

Setelah masak, hidangkan panas-panas. Tabur daun bawang, daun sup dan bawang goreng untuk memberi lebih rasa pada sup. 

Untuk lebih pedas, sila makan bersama cili kicap.

selamat mencuba!

Belajar Dari Pakar

April 13, 2016 2
Belajar Dari Pakar
Assalamualaikum wbt.

Semalam telah berlangsungnya TM SME Biz fest 2016 di Pulau Pinang. Yang pertama untuk tahun 2016.

Apa itu TM SME Biz Fest?
TM SME Biz Fest adalah tanda penghargaan TM SME untuk semua pelanggan SME atau dengan kata mudah adalah semua yang bergelar business man & woman. Di sini TM bawa khas usahawan yang telah berjaya dan ternama untuk berkongsi ilmu dan pengalaman serta matlamat mereka. Itulah yang di katakan belajar dari pakar. Masuk adalah percuma.

TM SME Biz Fest 2016

Bagi yang terlepas TM SME Biz Fest, bolehlah mengunjungi lokasi seterusnya pada tarikh dan lokasi di bawah.

TM SME Biz Fest 2016

Apa akak buat di TM SME Biz Fest? Akak  dan team akak mewakili unit untuk mempromosikan kemudahan bayaran bil TM iaitu Autopay. 

Alhamdulillah. Ramai sudah yang tahu tentang kemudahan ini dan ramai yang memohon.

TM SME Biz Fest Penang

Selain daripada unit akak, terdapat pelbagai unit dalam TM yang membuka booth di sana. Terdapat pelbagai tawaran menarik yang di tawarkan serta banyak maklumat yang di kongsikan.

Agensi lain juga turut mengambil peluang membuka booth. Antaranya adalah bank islam, pos malaysia, 360, Vads malaysia dab lain-lain.

Memang tak rugilah kalau pi TM SME Biz Fest. Jangan lepaskan peluang ni tau...

8 Apr 2016

12 Petua Hidup Tenang

April 08, 2016 0
12 Petua Hidup Tenang
Assalamualaikum wbt & Salam Jumaat.

Sekejap saja dah hari kelapan dalam bulan April. Ada turun naik dalam menjalani kehidupan harian. Tapi semua itu mengocak ketenangan diri kita. Mari kita amalkan 12 petua untuk hidup lebih tenang seperti di bawah. In Sha Allah hati kita tidak akan berbolak balik lagi.


  • Jangan bandingkan hidup kita dengan orang lain. Kita mungkin tidak tahu bagaimana perjalanan susah senang kehidupan mereka.
  • Jangan berfikiran negatif terhadap benda yang kita tidak boleh kawal. Sebaliknya, tumpukan pada apa yg kita ada. Tenaga, masa dan wang kita, fokus terhadap benda positif yang mampu kita buat pada masa ini
  • Tidak berlebihan melakukan  apa yang anda tidak mampu buat.  Cukuplah setakat yang anda mampu. Jangan terlalu obses.
  • Jangan terlalu beremosi terhadap diri sendiri, jika ada yang perli, senyum kan saja.
  • Jangan bazirkan tenaga dan masa  terhadap gosip politik dan gosip liar yang keterlaluan.
  • Berfikir dengan tenang dan positif terhadap masalah dan musibah yg menimpa.
  • Iri hati adalah sia-sia. Harta org bukan rezeki dan hak kita.
  • Jangan ungkit kesilapan pada masa lampau. Lupakan! Ianya akan menghancurkan kegembiraan kita di masa depan..
  • Hidup ini terlalu singkat untuk membenci sesiapa. Sebarkan kasih sayang..
  • Berdamailah dengan diri dan bersyukur dgn apa yg ALLAH telah kurniakan..
  • Tiada siapa yang boleh menggembirakan kita selain dari diri kita sendiri..
  • Ketahuilah bahawa hidup ini ialah seperti sekolah dan kita harus terus belajar. Jangan mudah putus asa dengan masalah.


Note: petua yang di share dari group whatsapp dan saya kongsikan di blog.

6 Apr 2016

1st Giveaway by Miss Oren

April 06, 2016 1
1st Giveaway by Miss Oren
Assalamualaikum wbt,

Saya join dan dah jerit ' saya sayang mama saya'



Giveaway ini bermula 26 March 2016 sehinggalah ... Miss Oren rasa nak tamatkan GA ni, :)

5 Apr 2016

Minyak Yu Yee : Halal ker?

April 05, 2016 2
Minyak Yu Yee : Halal ker?
Assalamualaikum wbt.

Akak kan suka guna minyak yu yee. Tetiba ada yang tegur dan kata minyak ni tak halal. Terdiam akak sebab dah lama guna dan yakin minyak yu yee cap limau ni HALAL. 

minyak yu yee cap limau,minyak yu yee cap limau, status halal minyak yu yee cap limau, minyak yu yee halal, minyak yu yee, minyak angin bayi
minyak yu yee cap limau

Diam tu bukan otak tak berhubung ye... Cuma mencari bukti nyata untuk di tunjukkan kepada yang menegur. Terus teringat yang status halal boleh check online... Masuk laman web JAKIM - Halal Malaysia Official Portal dan  masukkan nama produk atau nama syarikat pengeluar. Then, tekan enter atau cari. Terus terpapar status halal untuk syarikat atau produk tersebut dan siap ada tarikh bila status tersebut akan tamat. Bila dah tamat, syarikat tersebut perlu mohon semula untuk pemberian status halal pada masa akan datang.

So, dah terbukti minyak yu yee cap limau ni HALAL dan boleh di gunakan.

minyak yu yee cap limau,minyak yu yee cap limau, status halal minyak yu yee cap limau, minyak yu yee halal, minyak yu yee, minyak angin bayi
status halal minyak yu yee 

Bila telah tahu status HALAL, akak pun search berkenaan minyak yu yee yang di katakan tidak halal dan ada lemak khinzir. Ada di pasaran rupanya tapi bukan minyak yu yee cap limau tapi minyak yu yee cap kapal. Yang ini ada di jual di kedai sensei atau kedai ubat china bukannya di farmasi, pasaraya atau kedai bayi. 

So, jangan cepat melatah bila ada orang mempertikaikan sesuatu produk sebab dah boleh check sendiri status halal produk tersebut. Yang dah lama tak guna minyak yu yee tu boleh guna semula tapi beli minyak yu yee cap limau tau.

Mini Giveaway By Niena Annisa'

April 05, 2016 4
Mini Giveaway By Niena Annisa'

ASSALAMUALAIKUM


Mini Giveaway By Niena Annisa'
*click banner to join

Apa khabar semua? Jom ramai-ramai meriahkan first giveaway daripada Niena.

Giveaway ini bermula dari 3 April dan berakhir pada 30 April 2016 pada jam 11.59 malam.
Syarat penyertaan amat mudah. Niena harap semua dapat ikut ya.



HADIAH :


Mini Giveaway By Niena Annisa'




Shawl chiffon x 2 pemenang

4 Apr 2016

Giveaway Blogger Utara Bernilai RM500

April 04, 2016 15
Giveaway Blogger Utara Bernilai RM500
Assalamualaikum wbt.

Geng blogger utara buat GA. Maka wajiblah join... Jom join beramai-ramai. Klik link di bawah untuk join:

Giveaway Blogger Utara Bernilai RM500 


Giveaway Blogger Utara Bernilai RM500

Giveaway Blogger Utara Bernilai RM500 | Blogger Utara adalah satu komuniti yang mengumpulkan blogger yang berada di utara semenanjung seperti Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan Perak. Ahli Blogger Utara terkini adalah seramai 20 blogger dan sebahagian daripada blogger ini merupakan penaja kepada Giveaway Blogger Utara Bernilai RM500 ini . Blogger tersebut adalah 


Bersempena pencapaian 1000 liker di Page Blogger Utara di facebook, beberapa blogger dibawah komuniti ini bersetuju menjadi sponsar sebagai penghargaan kepada sesiapa yang bertuah dengan menyertai Giveaway ini. Hadiah adalah berbentuk wang tunai untuk 20 pemenang bertuah. 

Hadiah Utama : RM100 x 1 Pemenang (Top Referral)
Hadiah Kedua : RM 50 x 4 Pemenang (Random)
Hadiah Ketiga : RM 20 x 5 Pemenang (Random)
Hadiah Saguhati : RM 10 x 10 Pemenang (Random)

Marilah memeriahkan giveaway kami yang bermula 
1 April sehingga 14 April 2016 
dengan klik link di bawah ini

1 Apr 2016

Aktiviti Lebih Mudah Dengan Tuna TC Boy

April 01, 2016 0
Aktiviti Lebih Mudah Dengan Tuna TC Boy
Merancang aktiviti keluarga memang senang tapi nak menyediakan bahan untuk melengkapkan dan memeriahkan aktiviti keluarga adalah satu beban. Tambah-tambah lagi apabila mommy buat sorang-sorang. Penat tau! Nak siapkan semua perkara atau benda dari A hingga Z.

Tapi sekarang mommy dah boleh senyum. Nak piknik? Jom.... Ambil roti, ambil Tuna TC Boy masuk bakul. Kita jalan...

TC Boy, TC Boy Tuna, TC boy makarel goreng, TC Boy Sandwich delight, Tc Boy, sandwich sedap,
Tuna TC Boy

Bukan setakat berpiknik, nak ajar anak-anak memasak pun mudah sebab dah ada Tuna TC Boy TC Boy Sandwich Delite - Tuna in Mayonnaise yang sedap dan di sukai oleh anak-anak. Pelajaran masak-masak Aismar Kitchen pada minggu ini adalah Tuna Roll. 


TC Boy Sandwich Delight,TC Boy Tuna, TC boy makarel goreng, TC Boy Sandwich delight, Tc Boy, sandwich sedap,
TC Boy Sandwich Delite - Tuna in Mayonnaise
Mommy suka Tuna TC Boy Sandwich Delight ni sebab dalam dia terdapat jagung, carrot dan lain-lain sayuran. Ini memberi lebih khasiat kepada anak-anak.

TC Boy,TC Boy Tuna, TC boy makarel goreng, TC Boy Sandwich delight, Tc Boy, sandwich sedap,

Gambar Tuna Roll yang dah siap masak tak sempat nak snap sebab laku keras. hahaha

Seperti biasalah, mommy ada assistant yang paling rajin di dapur. Memperkenalkan chef cilik, Aisy Hafizi. kih kih.


TC Boy
assistant chef yang paling sibuk!
Tak tahu nak masak apa untuk sahur? Biasalah bagi orang muslim apabila ramadhan dah hampir tiba.. Ganti puasa atau puasa sunat. Memang malas nak masak sebab sahur sorang-sorang. Mujur ada TC Boy Makarel Goreng. Rasa makarel goreng ni lebih sedap, padat, garing dan tidak lembut seperti makarel yang biasa.

TC Boy makarel goreng
Sila abaikan minyak yang terlebih itu..
Makarel goreng keluaran TC Boy adalah di tinkan dan berwarna merah & kuning seperti tin yang di pegang oleh Aisy. Boleh di dapati di pasaraya dan kedai runcit yang terpilih.

TC Boy
Aisy teruja dengan produk TC Boy dan tak sabar nak main masak-masak
Hmmm.. ada balance lagi 2 tuna iaitu tuna in chili padi & olive oil. Belum terlintas lagi nak cuba resepi apa. Maybe boleh cuba resepi yang di beri oleh TC Boy ni...

TC Boy,TC Boy Tuna, TC boy makarel goreng, TC Boy Sandwich delight, Tc Boy, sandwich sedap,
resepi TC Boy untuk di cuba


Terima kasih kerana membaca entry ini. Entry ini khas untuk TC Boy.