Udang Masak Lemak Cili Padi - Cahaya Hayati

28 Mar 2016

Udang Masak Lemak Cili Padi

Lunchhhh!

Tayang gambar dulu sebelum pergi lunch. Ambik aura dulu yer.. hahaha. Maaf kepada sesiapa yang tengah puasa sunat dan ganti. Hajat di hati nak puasa sebenarnya tapi rasa badan yang tak berapa nak sihat menyebabkan akak batal hasrat nak berpuasa. 


Hari ni ulang tayang dan share resepi yang di masak pada sabtu hari tu. Menu yang jarang-jarang akak masak tapi sebenarnya memang suka menu ni. Tambah-tambah lagi kalau daging salai atau ketam.. Dulu tak berani nak masak menu ni sebab takut santan tu berkepala ( ketul-ketul kecil). Sekarang dah pandai sebab ada orang nogori bagi petua iaitu santan yang di gunakan adalah santan asli yang tidak di campurkan dengan air. So, kalau beli santan siap perah tu jangan di tambahkan air... Memang tak jadi kepala santan walaupun tak di kacau selalu.

Udang Masak Lemak Cili Padi
sila abaikan pinggan lapik yang sumbing tu...

Resepi Udang Masak Lemak Cili Padi

Bahan
500g Udang - di bersihkan terlebih dahulu
RM3 santan
2 ulas bawang besar
3 ulas bawang putih
2cm kunyit
10 biji cili padi - boleh tambah jika mahu extra pedas
2 batang serai
2 cm halia
2 cm lengkuas
2 biji buah keras
2 helai daun kunyit - di hiris (saiz ikut suka)
1 keping asam keping/ gelugor
Garam secukupnya


Caranya
Kisar bawang besar, bawang putih, serai, halia, lengkuas, buah keras dan cili padi. Jika rajin boleh tumbuk guna lesung, rasa dan aroma lebih asli.

Masak sebentar bahan yang dikisar sehingga mendidih. Masukkan udang, garam, asam keping  dan di biarkan sehingga mendidih. Selepas itu, masukkan santan.

Setelah udang dan santan masak, masukkan daun kunyit yang telah di hiris.

Tutup api dan hidangkan.


note: resepi ni akak tak gunakan minyak sebab santan tu dah berlemak.

Selamat Mencuba!

9 comments:

  1. SA baru eringat nak masak lemak cili api udang....hehehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. silakan SA. Sedap sangat sampai bertambah nasi...

      Delete
  2. bila nampak udang masak lemak cili api ni, terus teringat kat arwah mak mertua.. dia suka menu ni.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. This comment has been removed by the author.

      Delete
    2. Yuppp MIL kita pun suka..

      Delete
  3. masak lemak pucuk paku pun sodap!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. betui2 tapi kat rumah saya ngan MIL ja yang layan pucuk paku. Kalau teringin sesangat baru masak.

      Delete
  4. huyooo terliur tengok! hehee udang masak lemak ni memang kegemaran ramai termasuk lah aina... =) mmg tak sah kalau tak tambah nasi bila pekena dgn menu ni.

    ReplyDelete
  5. ni klao mkn wajib kuah melimpah x>

    Jaga kesihatan anda, keluarga dan rakan2 anda juga dengan meminum air yg bersih :)
    https://cuckoodrink.blogspot.my/

    ReplyDelete