Pelbagai Pilihan Product Jenama Philips Di Philips Experience Store - Cahaya Hayati

30 Mac 2016

Pelbagai Pilihan Product Jenama Philips Di Philips Experience Store

Assalamualaikum wbt.

Hangpa kalau shopping, hangpa suka konsep kedai atau pasaraya? Mesti hangpa jawab tengok barang apa yang nak di beli la. Akak pun macam hangpa juga. Tengok barang apa yang nak di beli... Ada barang yang akak suka pergi ke pasaraya dan ada barang yang akak suka ke concept store atau personalised store untuk sesuatu jenama.

Kalau hangpa macam akak, akak nak habaq yang Philips telah membuka Experience Store yang pertama di utara. Lebih spesifik di Bayan Baru, Pulau Pinang. Best kan! Lepas  ni senang la kan nak beli barangan jenama philips.

philips Penang

Barangan apa yang jenama philips? Barang elektrik saja kan? OMG, hangpa ni buat malu orang utara saja kan.... Meh akak bagitau satu-satu barang yang ada kat philips experience store ni.

Ni ha set kecantikan untuk orang perempuan. Dari brush, facial set, shaver, sikat rambut elektronik pun ada juga... dan banyak lagi.

philips Penang

Ini pula set dandanan rambut. Kalau nak buka saloon tu boleh ja mai kat sini sebab tengok hari masih dalam harga mampu milik. Set dandanan rambut ni pun terdapat pelbagai pilihan saiz dan fungsi. Pilih ja yang mana berkenan di hati.

philips Penang

Yang ni mak-mak yang ada anak kecik memang suka. Pelbagai jenis pilihan barangan Philips Avent mengikut peringkat umur terdapat di sini. Kalau di pasaraya atau kedai baby, kebanyakan pilihan untuk Philips Avent adalah terhad. Kat sini semua ada... kalau tak tahu tanya saja dengan customer service yang bertugas.

philips Penang

Sampai kat bahagian peralatan dapur memang terbeliak biji mata akak. Barangan atau peralatan dapur  yang akak angankan ada kat sini. Pastu ada pilihan pula... Nak yang keluaran terkini  atau yang lama tetapi dengan harga yang lebih murah. Kalau yang terkini mestilah lagi baik dan berbaloi tetapi terpulang kepada budget kita juga. Function sama tetapi telah di upgrade dari non digital kepada digital. 
 philips Penang

Di sebabkan nama store Philips ni Experience Store, kita boleh mencuba produk-produk tertentu sebelum membeli. Ini akak tengah cuba produk philips untuk meredakan kesakitan dengan menggunakan infra red. Best juga! Boleh beli jika ada ahli keluarga yang mempunyai sakit berpanjangan.

philips Penang

Inilah produk yang akak cuba tadi. Terdapat dalam pelbagai saiz dan jenis.

philips Penang

Steam Iron! Barangan yang di impikan juga tetapi tak berani nak beli sebab terdengar feedback yang negatif dari saudara mara dan kawan-kawan. Jadi, masa pergi ke Philips Experience Store ni akak pun cubalah sendiri. Best juga terutamanya untuk iron blouse dan baju kurung. Lagi satu iron yang akak terbekenan masa lawatan tempohari, adalah iron terkini dimana hanya iron permukaan depan saja. Tak perlu alih.. jimat masa dan elektrik.

philips Penang

Di sebelah iron yang akak cuba pula adalah pelbagai jenis vacum.

Itu saja ke? Eh, ada banyak lagi seperti dapur induction, pressure cooker, rice cooker, cooler ..... Kalau nak tahu korang kena datang sendiri. 

philips Penang

Psttt. Sambil membelek-belek barangan di Philips Experience Store ni... hangpa boleh bertanya kepada staff yang bertugas sama ada boleh dapat diskaun.. Mana tahu kalau nasib hangpa baik, hangpa dapatlah diskaun. 

Ni alamat lengkap Philips Experience Store.

Philips Experience Store
Blok 2-G-2A Quartermile
Solok Mayang Pasir, Bayan Baru
119500 Bayan Lepas, Pulau Pinang

Waktu Operasi :

Isnin - Jumaat : 10 pagi - 7 malam
Sabtu             :  10 pagi - 2 petang
TUTUP pada hari Ahad

Kalau tak jumpa hangpa tau kan tapak param masjid bayan baru, belakang tu la... ataupun di tengah-tengah antara Hotel Seri Malaysia dan One Princent.

Kalau hangpa nak beli barangan jenama Philips atau barangan elektrik, akak memang cadangkan hangpa mai sini. Sebab bak kata orang, beli yang branded (mahai sikit) takpa sebab tahan lama. Oklah mai tau jangan tak mai. Nanti hangpa juga yang rugiiiii.


3 ulasan:

  1. SA SUKA SET DANDANAN RAMBUT TU.....ALAAA....MCM BEST JER...

    BalasPadam
  2. Philips memang bagus dan terkenal sebab kualiti yang terjamin.. :)

    BalasPadam
  3. Philips merupakan salah satu jenama yang bagus dan dipercayai sejak dulu lagi kan cik T :)

    BalasPadam