Tips Jimat Baget Kahwin - Cahaya Hayati

25 Feb 2016

Tips Jimat Baget Kahwin

Ada yang merancang untuk berkahwin tetapi simpanan belum cukup? Hehe disin ada beberapa tips yang telah di viralkan dalam FB. Mungkin ada yang boleh ikut ...

Tapi ini tips dari akak buat penambahan kepada tips di atas:-

Dewan

Kalau rumah korang jenis rumah taman, tanah lot atau rumah kampung, tak perlu sewa dewan. Buat saja di kawasan rumah. Yang paling WIN
  • Korang buat kat masjid atau surau. Jemputan sekadar jemaah masjid, jiran dan saudara mara. Ini trend sekarang. Dah banyak kenduri yang akak hadiri buat di masjid atau surau.
  • Korang boleh sewa homestay. Kadar homestay yang rendah, rumah yang cantik berhias dan kawasan lapang. So, tak perlu pening dan keluarkan tenaga untuk hias, cat dan kemas rumah sendiri.

Caterer

Untuk caterer pula, korang boleh cari caterer yang menawarkan catering (termasuk kemah & kerusi meja) cum pelamin + meja makan pengantin. Akak nampak ramai caterer yang tawarkan pakej seperti ini. So, lagi jimat sebab tak perlu ambil dari butik pengantin. Pakej ini dah di caj dalam harga katering.

Majlis 

Kalau korang kahwin dengan pasangan yang satu daerah cuma kampung lain-lain, korang boleh membuat persetujuan untuk mengadakan majlis perkahwinan di satu tempat. So, kenduri tu sekali saja. Selalunya bila satu daerah atau kampung yang berdekatan... jemputan selalunya orang yang sama juga.

Pakaian

Tak perlu tempah sebab nanti korang tak pakai pun baju pengantin yang grand tu. So, sewa saja dari butik pengantin. Selalunya anggaran sewa sepasang baju (lelaki & perempuan) adalah RM 250 dan ke atas. Tengok butik pengantin juga. 

Kalau korang yang jenis simple, beli saja sebab sekarang banyak butik yang mengeluarkan pakaian yang exclusive.

Door Gift

Zaman sekarang ni, ramai yang beri doorgift yang grand seperti mug, pasu, gelas, balang kaca ada jajan dan macam-macam lagi. 

Kalau berkemampuan, belilah dengan kemampuan tersebut. Jika tidak, tidak sediakan doorgift pun tidak apa. In Sha Allah tetamu yang hadir tu akan faham dengan sendirinya.

Teringat zaman akak dulu dulu.. Doorgift adalah nasi minyak dan kari daging batang pisang. Wajib di beri kepada semua tetamu yang hadir.


Hantaran

Barang atau wang hantaran. Yang ini pengantin lelaki sendiri perlu berbincang dengan keluarga pengantin perempuan. Beritahu kepada keluarga pengantin perempaun, berapa kemampuan anda. So, bila peminangan di buat, pihak pengantin perempuan tidak akan meletak hantaran yang di luar kemampuan pengantin lelaki. Yang ini family akak amalkan... 

Dari segi barangan pula, memang beli sikit-sikit. setiap kali dapat gaji beli satu... gaji ciput ja time tu. so, kena pandai budget.

Haaa.. 6 perkara di atas saja yang makan banyak belanja.. So, pandai-pandai koranglah nak jimatkan belanja perkahwinan tu macam mana.

lapar pula nasi kenduri + gulai daging batang pisang. 

2 ulasan:

  1. good tips utk yang bakal melangsungkan majlis nanti dalam kegawatan ni kan >.<

    BalasPadam