Pilih Untuk Jadi Bijak - Cahaya Hayati

16 Feb 2016

Pilih Untuk Jadi Bijak

Semalam terima email dari HR untuk update dalam sistem sama ada nak turunkan caruman kwsp ke 8% atau maintain 11%? Kalau nak terima monthly lebih memang akan buat keputusan untuk turunkan ke 8 peratus.

Tapi aku pilih untuk jadi bijak dengan membuat caruman/ simpanan yang lebih demi masa depan. Bukan senang nak menyimpan.. Simpan sendiri pun kadang-kadang tak tersimpan. Nafsu shopping kuat sangat menggoda. haha..

Sebab aku pilih kekalkan caruman kwsp 11 peratus kerana jika melihat kiraan bayaran cukai pendapatan, kita perlu membayar cukai lebih dari apa yang kita perolehi ( 3% tersebut). Jadi kenapa nak bayar cukai lebih? Biarlah simpanan kita lebih... merasa gak masa tua nanti.

Yang belum buat pilihan lagi tu, fikirlah dengan bijak. Buat pilihan yang memberi keuntungan kepada diri sendiri.. bukan kerajaan. hehehe.

kumpulan wang simpanan pekerja

5 comments:

  1. kalau gaji besar, lebih terasa perbezaan peratusan tu kan, tapi....hmm..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalaulah kita bergaji besar.. haha. Yang besar hanyalah tangungjawab.:D

      Delete
  2. pilihan yang bijak cik T :)

    ReplyDelete
  3. tahniah atas pilihan anda!!

    ReplyDelete