loading...

10 Feb 2016

# info

Menangi Percutian Dengan Menyertai JomPAY Contest

Berita baik untuk pengguna tegar online banking ataupun perbankan internet. Terkini E-banking (semua bank) dengan kerjasama TM dan TNB telah menganjurkan JomPAY Campaign. Kempen ini menawarkan hadiah yang menarik seperti percutian, gadget dan juga hadiah mingguan sebanyak RM100 untuk di menangi.

Apa itu JomPAY?

JomPAY adalah initiatif dari Bank Negara Malaysia (BNM) untuk menggalakkan pengguna membuat bayaran menerusi perbankan internet.

Ini adalah untuk memastikan setiap bayaran yang di buat oleh pengguna di update ASAP di dalam tracking system TM dan TNB. Jadi, apabila bayaran di update secepat mungkin.. Maka perkhidmatan yang di langgan tidak akan terganggu.

Siapa Yang Perlu Sertai Kempen JomPAY?

Untuk kempen jomPAY kali ini, pelanggan TM dan TNB wajib untuk sertai. Bayar dan menang.. Zaman sekarang zaman yang kena fikir keuntungan atau apa yang kita dapat apabila melanggan/ membuat bayaran. So, inilah ianya...

Bagaimana Untuk Sertai Kempen JomPAY ini?

Hanya kita cara di bawah untuk sertai kempen ini. Senangkan.. yang paling penting kena ada bil sebab dalam bil tu ada biller code & Ref-1 yang perlu di masukkan oleh pelanggan TM dan TNB.


Setiap penyertaan tertakluk kepda term & condition yang telah di tetapkan oleh penganjur.

Apa Itu Biller Code?

Biller Code adalah kod unik/ tracking number yang di keluarkan khas buat pengguan TM dan TNB bagi membuat bayaran melalui JomPAY. Berikut adalah contoh biller code & Ref-1.



Hadiahnya?

Seperti yang di maklumkan, hadiah yang di tawarkan adalah lumayan.

Hadiah Utama : Pakej percutian ke  Itali untuk 2 orang

Hadiah Kedua : Pakej percutian ke Maldives untuk 2 orang 

Hadiah Ketiga : Pakej percutian ke Vietnam untk 2 orang

Hadiah Bulanan:  Samsung Galaxy A7  & voucher bernilai RM 100


Menarikkan? Walaubagaimanapun, setiap pemenang akan di hubungi dan akan di tanyakan 2 soalan yang mudah. Jangan panik yer.. Kalau panik soalan mudah pun jadi susah.hehe

So, mari bertukar dari buat bayaran perbankkan internet yang biasa .. Kita pilih membuat bayaran melalui JomPAY. Jangan confius yer.. Sama ja. Dalam online banking jugak cuma pilih button JomPAY.

Kempen/contest ini di lancarkan mulai 1 Februari sehingga 30 April 2016.

Tips Untuk Menang

Sila buat bayaran seawal yang mungkin.Dapat bil jer terus bayar :D


note: Entry ini tidak di taja. :P

4 ulasan:

iffah hussin berkata...

Wah bestnye... hadiah lumayan

DRAMATIC UNIQ berkata...

woww..!! ini sudah bagus..
bayar bill UniFi dikira bill TM juga kan..? hehehehee..

nak jugak rasa gi Itally.. ewaaahh..! :)

Mohd Noor Shawal berkata...

shawal datang singgah + follow sini... :) jemput join GA shawal.. ^^ http://akubukaninnocent.blogspot.my/2016/02/daebakfebruary.html

Fyda Noh berkata...

Wahh menarik ni hadiah nya.. Italy tuuu

Pengikut

Google+ Followers

Follow Me @cahaya_hayati292