loading...

10 Feb 2016

# CH Daily

Entry Pertama Di Bulan Percintaan

Assalamualaikum wbt.

Entry pertama di bulan februari. Fuhhh. Terlupa terus cara nak buat karangan. hihi...

Minggu lepas akak pergi convention company di Gambang, Kuantan. Dari 1hb malam dan sampai ke Kulim semula pada 4hb. Tu pun jam 2 pagi... Dah lama tak naik bas untuk perjalanan yang jauh. Rasa la jugak keletihan tu. Faktor umur barangkali.

Dulu masa tahun pertama di KYPM, Kuantan... Boleh di katakan setiap kali cuti berulang alik. Tidak rasa jetlag langsung. Tambah-tambah lagi bersama BFF yang sesama balik utara. Lagi best ada geng yang chartered bas untuk balik raya. Siap buat konsert dalam bas...

Itu cerita dulu. Cerita sekarang, walaupun berada jauh dari utara... Perkembangan politik di Kedah tetap di ambil tahu. Kata masih kekal... Pastu letak jawatan. Huhh! Macam wayang daa..  Motif?? Nak selamat banyak pihak sebenarnya. Nak jaga keamanan sebenarnya. Tidak mahu rakyat buat huru hara. Ingin menjaga nama pihak tertentu.. Ingin mengekalkan kepercayaan rakyat pada politik.. Itu yang sebenarnya.

Bagi aku, siapa pun yang memerintah.. Silalah jalan tanggungjawab dan amanah yang di beri dengan sebaik-baiknya. Bukan dengan niat untuk senangkan diri, keluarga dan kroni.. Sebabdah banyak pemimpin yang macam ni. Opps sapa makan cili, pasti terasa pedasnya.

Oklah, nanti kita update cerita pergi Kuantan pula yer!

1 ulasan:

iffah hussin berkata...

siapa pun yang memerintah.. Silalah jalan tanggungjawab dan amanah yang di beri dengan sebaik-baiknya

SETUJU!

Pengikut

Google+ Followers

Follow Me @cahaya_hayati292