Daddy Day Care

11:08 PG Cahaya Hayati 1 Comments

Assalamualaikum wbt.

Daddy Day Care. Rutin wajib encik suami bila cuti atau bila mommy outstation. 

Siapa kata suami tidak pandai jaga anak? Bukan tidak pandai tetapi kekadang tu kita tidak meletakkan kepercayaan kepada suami sebab tidak pernah tinggalkan anak berdua, bertiga or berempat dengan suami. Sesekali kita kena letak kepercayaan tersebut.. Bukan apa mudah jika berlaku sesuatu kecemasan atau perkara yang menyebabkan kita terpaksa berada jauh dari anak-anak dan keluarga.

tips keibubapaan
Taman permainan baru siap. Masih cantik dan terjaga.
Lokasi : Dataran Raudhah, Kulim

Antara perkara lain yang peru di beri perhatian apabila tinggalkan anak-anak dengan suami adalah menyediakan keperluan seperti pakaian, susu dan makanan secukupnya dan teratur. Contohnya baju sekolah anak-anak dah siap iron. hehe..  Tips untuk elak encik suami rasa berat dan tension bila kena jaga anak. Biasalah bila urusan yang tidak menjadi kebiasaan akan terasa berat pada permulaannya. Tapi akan berasa seronok bila dah selalu buat. 

Seronok dapat naik buaian. 

Isteri pula jangan la terlalu cerewet bila tinggalkan anak dengan suami. Sekejap sekejap telefon tanya anak macam mana... Rimas tau! So biarlah encik suami yang uruskan. If ada emergency, pandai-pandailah dia call kita. 

Itu bab telefon, belum lagi bab rumah. Hehhe... Pasti ibu-ibu yang sedang baca entry ni tersenyum sorang sorang. Biarkanlah rumah nak jadi tongkang pecah ka.. nak terbalik ka.. Yang penting anak-anak terjaga. Jangan berleter tau.. Nanti encik suami dah takmo jaga anak.

Si kecik ni pun. 

Bab makan pula.. Bukan semua suami boleh memasak dan rajin ke dapur. So, terpulanglah sama ada ibu nak sediakan makanan sebelum tinggalkan anak-anak dengan suami ataupun suami beli saja dari kedai atau restoran yang berdekatan. Selalunya suami akan bawa anak-anak makan kat luar.. ngeteh katanya. Seronok la budak-budak tu...

Eh, daddy pun tumpang sekaki. Putus buaian tu bang!

Suami pula, jika isteri kena outstation tu .. Janganlah tunjukkan diri anda tidak mampu jaga anak-anak. Berikan keyakinan  kepada isteri. Akak percaya suami-suami di luar sana mampu menguruskan anak-anak bila isteri tiada di rumah. Jangan anggap menjaga dan menguruskan anak-anak itu satu beban. TIDAK tetapi ia adalah tanggungjawab.

Lagi satu, bila suami sendiri yang menguruskan anak-anak.. Barulah suami terasa peranan, perasaan dan tenaga yang di keluarkan oleh isteri. hehe.. Betul tak suami or bapa-bapa sekalian? Penat. Itulah yang di rasai oleh isteri. :)

Bila dah merasai apa yang di rasai oleh isteri... sama-samalah kita megurus anak-anak dan rumah tangga kita. Bak kata orang dulu - dulu ' ringan sama di jinjing, berat sama di pikul. 

Oklah ini saja tips yang akak dapat beri jika suami kena jaga anak-anak seketika. Bukan pakar tapi sekadar berkongsi pengalaman. 

1 comments:

Pengikut

Google+ Followers