loading...

24 Feb 2016

# CH Daily # family

Aisy!

Aisy. Si Bongsu yang tak terlebih aktif dan tak makan saman. Kalau mommy buat-buat marah dia pun buat-buat nangis. huhuhu... Pastu pusing tengok mommy sambil tersengih. Macam manalah mommy nak marah dia.

Kenapa mommy marah dia.. korang tengoklah sendiri.


Masuk dalam almari baju pastu tarik baju yang bergantung dan berlipat tu ke bawah. Huhu mommy yang nanges sebab mommy tak berapa nak rajin mengemas dan melipat kain baju. 


Yang ni pula aktiviti Aisy kalau mommy kat dapur. Dia pun sama naik ngan mommy.. Tolong mommy masak katanya. Kalau mommy tak bagi tolong.. Habis semua benda di buang ke bawah. Aisy o Aisy! Buatlah apa yang Aisy nak buat.... mommy dah pasrah. hahaha


Ngadu kat daddy yang Aisy sepahkan rumah dan daddy denda Aisy masuk bakul. Bukan nak nanges tapi lagi suka adalah. Siap senyum-senyum comei lagi. Ni yang mommy ngan daddy tak jadi nak marah Aisy ni... 


So, jangan tanya yer kalau korang mai rumah akak yang macam tokang pecah tu... :D

2 ulasan:

AziRahmanDot Com berkata...

hero mama tu...

aRz MoHa berkata...

alahai....nak dimarah comel....sabar jela

Pengikut

Google+ Followers

Follow Me @cahaya_hayati292