5 Barang Kegemaran Dari Ensogo Malaysia - Cahaya Hayati

22 Feb 2016

5 Barang Kegemaran Dari Ensogo Malaysia

Ensogo Malaysia adalah salah satu web untuk kaki shopping atas talian atau online shopping seperti aku. Kenapa aku suka shopping online? Sebab shopping online ni banyak kelebihannya terutamanya kepada orang yang lifestyle dia sama dengan aku. Sama dari kesibukan menguruskan kerjaya dan rumahtangga. hehe

Kelebihan shopping online ini adalah kita boleh shopping dengan selesa dari mana saja, malah dapat melihat info yang tepat serta maklumbalas tentang produk tersebut dari pengguna yang telah mengunakan produk tersebut. Selain itu, kita juga dapat mengetahui fungsi dan cara penggunaan produk tersebut dengan lebih terperinci.

Biasalah bila dah selalu browse website Ensogo Malaysia ni, memang ada barang yang aku target atau barang impian untuk beli suatu hari nanti. TAPI aku senaraikan lima dulu lah. Bukan apa kalau boleh nak beli semua produk yang ada kat dalam Ensogo Malaysia ni. :)

1. ELECTROLUX ESTM6600 HAND MIXER 700W

Ensogo Malaysia
Harga selepas diskaun adalah RM 484.00 di Ensogo. Klik di sini UNTUK MEMBELI

Orang yang sibuk macam aku memang kena guna benda ni. Satu alat yang pelbagai fungsi ( slicing, mixing, shredding dan banyak lagi) dalam menyediakan menu yang sihat untuk keluarga. Selain daripada pelbagai fungi, ia juga dapat menjimatkan ruang penyimpanan. Yelah, bila ada alat ini, kita tak perlu lagi membeli mixer yang besar tu kecualilah korang memang fulltime baker. Untuk yang sekali sekala macam aku, better beli yang ini.


2. 3 in 1 Robot Vacuum Cleaner Automatic Mopping /Sweeping     /Vacuum

Ensogo Malaysia

Harga selepas diskaun adalah RM 439.00 di Ensogo. Klik di sini UNTUK MEMBELI

Tak sangka ada rupanya benda alah ni. Boleh la rilek lepas ni. Tak perlu fikir dan keluarkan tenaga nak sapu, vacum dan mop lantai. Robot vacuum cleaner ni boleh buat. Jadi, kita boleh luangkan lebih masa dengan keluarga.


3. M28 Bluetooth Smart Watch

Ensogo Malaysia
Harga selepas diskaun adalah RM 121.00. Klik di sini UNTUK MEMBELI

Sejak aktif menjadi blogger ni, Rasanya aku perlukan smart watch ni. Sebab bila kat rumah tu, memang handphone jarang berada di tangan. Selalunya kat anak-anak. Dan yang paling selalu adalah di sorok oleh si  kecil Aisy. 

Dengan smartwatch ni sekurang-kurangnya aku akan dapat memberi respond yang cepat kepada team blogger, email dan product owner. Selain itu, smart watch ini mempunyai pelbagai fungsi seperti di bawah ini.

5 Barang Kegemaran Dari Ensogo Malaysia

4. New Stylish Fashion Modern Cool Silver Kitchen Cutlery Utensil For Creative Design Wall Clock Spoon Fork Home Decor

5 Barang Kegemaran Dari Ensogo Malaysia

Harga selepas diskaun RM 82.00. Klik di sini UNTUK MEMBELI

Bila klik kat bahagian Furniture & Home Decor, tertarik dengan jam camca garfu ni. Nampak moden dan kalau letak kat dapur memang cun lah. Ada style giteww.

Barulah tak segan dan malu bila orang masuk ke dapur. :D


5. LEGO Basic Classic 10695 - Creative Building Box 580pcs


5 Barang Kegemaran Dari Ensogo Malaysia

Harga selepas diskaun RM 115.00. Klik di sini UNTUK MEMBELI

Inilah akibatnya bila mak mak yang shopping. Barangan untuk anak-anak seperti satu kewajipan. Kalau tak beli tu macam tak lengkap pula. Di Ensogo Malaysia, aku teringin nak beli set lego classic ni. Melalui set lego klasik ni, anak-anak boleh mengasah minda mereka untuk menjadi lebih kreatif dan bijak. 
5 Barang Kegemaran Dari Ensogo Malaysia

Haaa dah tau kan kenapa aku suka shopping di Ensogo Malaysia.  Selain diskaun yang meletup meletup tu, Ensogo Malaysia juga ada Flash Sales iaitu 10am & 8pm. So, apa lagi... cepat-cepat lah terjah Ensogo Malaysia untuk dapatkan barang impian atau kegemaran anda.

3 comments:

  1. Melawat ke sini.. ;)

    http://www.fiezasani.xyz/2016/02/mudahnya-ada-ensogo.html

    ReplyDelete
  2. Huih, bestnya shopping online. Tambah-tambah pulak bila ada diskaun. Bestnya :)

    ReplyDelete