Termotivasi Dengan Gadis Ini

1:59 PTG Cahaya Hayati 2 Comments

Assalamualaikum wbt.

Akak termotivasi dengan gadis ini sebab bukan senang hendak mengumpul aset dan memiliki apa yang di idamkan. Marilah kita berusaha sekuatnya. :)

Sumber dari OhBulan!


Memiliki Rumah Dan Kereta Mewah Ketika Usia Muda

Terngiang-ngiang kata-kata kawan masa belajar Dahulu. “Orang paling gila dalam Rumah ni adalah kau”. Sikit pun tidak terasa apa yang kamu kata, malah ingin berterima Kasih sebab ayat ni menjadi pembakar semangat saya Sampai sekarang

Berjaya memiliki aset di usia muda

Alhamdulillah cita-cita tercapai dan buat mak tersenyum Saya bukan dari golongan bijak pandai dan keluarga berada, tapi saya tahu Usaha dan pengorbanan serta berkat doa keluarga saya hari ini memberi hasil di masa Akan datang

Saya dah tahan lama segala kehendak saya dan bohong la kalau saya cakap saya tidak suka shopping, tapi saya tahan diri saya sebab saya yakin dengan kata-kata mentor saya Tn Khairul Ezuwan , “tahanlah sementara kehendak awak hari ini untuk dapat sesuatu yang lebih baik akan datang dengan lebih selesa”, saya banyak belajar dengan beliau bagaimana mengenal apa yang positive dan apa yang negative. Apa yang perlu didahulukan, apa yang perlu dikemudiankan. Bagaimana tahap memiliki kehendak tanpa terbeban. Dulu saya pernah cakap pada beliau, mustahil saya mampu lakukan tapi beliau dengan tenang jawab, TAK MUSTAHIL PON, AWAK BUAT JER.

Saya telah berjaya lakukan sebelum umur saya 24 tahun untuk miliki apa yang saya mahukan. Walaupon itu kehendak, saya tidak terbeban lagi untuk memilikinya dan ini masanya saya nak reward diri saya sendiri . Betul orang cakap, Kita bukan cukup bila bergaji besar, Kita akan rasa cukup bila Ada simpanan yang cukup. Lepas tu angka gaji bukan lagi faktor utama.

Kepada rakan-rakan , Tidak ada yang mustahil jika kita sanggup berusaha lebih, cekal dan kental untuk ubah diri kita sendiri . Semoga anda semua berjaya. Saya menulis untuk memberikan inspirasi apa yang telah saya lalui dan apakah hasilnya.

Sekadar perkongsiaan
Syafieqah Alya

2 comments:

Suriaamanda berkata...

kagumnya...SA umur 29 tahun baru beli rumah ....kereta dah abih bayar lama dah...tgh fikir nak tambah kereta baru

DRAMATIC UNIQ berkata...

Macam mana dia dapat duit banyak2 kak...?
MLM eh..? hebat aarrr.. hehhehehe.. semoga terus berjaya dunia akhirat.. tumpang bangga anak Melayu berjaya.. :)

Pengikut

Google+ Followers