2016 - Cahaya Hayati

28 Dis 2016

Selain Berkumur, 10 Lagi Kegunaan Ubat Kumur Dalam Kehidupan Harian

Disember 28, 2016 0
Selain Berkumur, 10 Lagi Kegunaan Ubat Kumur Dalam Kehidupan Harian
Listerine adalah antara benda wajib yang akan aku beli dan letakkan di dalam tandas di rumah. Aku memang selalu berkumur dengan cecair untuk pastikan mulut aku sentiasa wangi. Aku ajar anak aku yang berumur 9 tahun untuk amalkan perkara yang sama dan ianya memang bagus untuk gigi anak-anak yang suka sangat makan benda-benda manis.



Selain daripada digunakan untuk berkumur, cecair kumur juga ada beberapa lagi kegunaan lain yang bagus dan efektif  yang korang tak pernah tahu. Mari aku kongsikan 10 cara kegunaan lain cecair kumur yang boleh korang amalkan.


Hilangkan bau busuk pada ketiak

Tuangkan sedikit cecair kumur ke atas bebola kapas atau kain putih dan sental ketiak korang. Listerine akan menghilangkan bau tengik korang tu dan memberikan bau yang lebih segar. Barulah bini korang suka kena peluk selalu.


Hilangkan kegatalan akibat gigitan serangga

Sapukan sedikit cecair kumur ke kawasan yang kena gigitan serangga seperti semut atau nyamuk. Ia membantu melegakan kegatalan dan mengelakkan kesan gigitan tadi daripada menjadi lebam. Kalau gatal nak kahwin lain, cara ni tak berkesan.

Hilangkan kegatalan akibat gigitan serangga

cecair kumur bukan hanya boleh basmi kuman di dalam mulut, tetapi juga di mangkuk tandas korang. Tuangkan sedikit cecair kumur dan sental mangkuk tandas tadi dengan berus. Kuman mati, mangkuk tandas korang pun berbau wangi. Jangan sampai korang teruja nak cium mangkuk tandas tu pula nanti, naya.


Membantu hilangkan kelemumur

Basahkan rambut dengan sedikit air, kemudian tuangkan cecair kumur secukup rasa ke atasnya. Urut dan usap cecair kumur tu ke seluruh bahagian rambut hingga terasa kedinginannya. Syoknya. Balut kepala dengan kain tuala selama 20 minit. Selepas itu, bilas kembali rambut korang.  Lebih jimat daripada korang bayar treatment for scalp kat salun.

Menghilangkan kutu di bulu haiwan

Ramai penggemar kucing yang mengalami masalah kutu di bulu haiwan peliharaan mereka. Boleh campurkan cecair kumur dengan air dan spray ke bulu kucing tersebut. Selain itu, boleh juga dicampurkan dengan syampu mandian untuk digunakan ketika memandikan kucing tersebut. Confirm bertempiaran lari kutu tu nanti mengalahkan Usain Bolt.

Membersihkan muka yang berjerawat

Jika korang dah beli macam-macam pencuci muka mahal tetapi jerawat korang tak hilang-hilang, jangan korang sental dengan kertas pasir terus. Cuba korang guna cecair kumur pula. Sapukan sedikit ke seluruh muka setiap pagi dan malam. Jerawat-jerawat degil tu akan mengecut dan hilang. Barulah berbeza rupa kau dengan jalan berturap.


Membasmi kuman di berus gigi

Korang selalu berus gigi untuk hilangkan kekotoran dan kuman di gigi, tapi bagaimana kalau berus yang korang gunakan tu pula berkuman? Tuangkan sedikit cecair kumur ke dalam gelas dan rendamkan berus gigi korang tadi selama 2-3 jam untuk mematikan segala kuman tu. Barulah korang boleh gunakan tanpa was-was.

Bersihkan skrin tv atau monitor computer

Spray sedikit cecair kumur ke atas kain dan sapukan ke atas skrin TV atau monitor komputer korang. Dijamin segala habuk dan kesan cap jari akan hilang sekelip mata. CSI Las Vegas pun takkan berjaya sabitkan korang dengan sebarang kes.


Hilangkan bau busuk di dalam tong sampah

Jika korang memang malas nak basuh tong sampah di rumah tu dan korang tak suka bau sampah yang busuk, ambil kain yang tidak di pakai dan rendam dengan sedikit cecair kumur. Kemudian tutupkan tong tersebut dengan meletakkan kain tadi di atasnya. Listerine tadi akan menyerap bau tersebut.


Melegakan masalah kaki anda

Tuangkan cecair kumur ke dalam besen dan campurkan sedikit air dan cuka putih. Rendamkan kaki korang selama 30 minit ke dalam besen tersebut. Segala kulat dan kuman yang menyebabkan kaki korang berbau busuk dan bercagu  tu akan hilang. Kulit kaki pun akan lebih cantik dan sihat. Barulah layak kaki korang tu pakai kasut Adidas NMD.


Ini antara beberapa cara lain penggunaan cecair kumur. Korang bolehlah cuba. Kalau tak rajin nak cuba, beli jugalah cecair kumur tu untuk berkumur.

* Kredit : Shairy Hanapiah

27 Dis 2016

CPUV Nuffnang | FamilyMart Dan Grab MY

Disember 27, 2016 0
CPUV Nuffnang | FamilyMart Dan Grab MY
Assalamualaikum wbt. CPUV Nuffnang | Family Mart Dan Grab MY

Hati banyak senang bila buka Nuffnang dan ada CPUV baru.. Pengakhiran tahun yang baik. Ini saja yang ada. Boleh laa dari tiada langsung. 


Untuk CPUV nuffnang awal Disember hari tu.. Dah selamat kredit ke akaun. Bertambahlah sikit akaun nuff titew. Ada la dalam RM5 gitew! hihi.

Oklah mommy senang menyiapkan planner untuk kerja, blog dan juga dropship. Jangan terjojol biji mata korang baca berapa banyak kerja yang mommy buat. Hihi.. Nak senang bukan senang. Buat semampu yang boleh. In sha Allah.

Moh ler update belog!

Goosini! Goosana! #Gooseyselfie Untuk Menang RM10,000 Sempena Pembukaan MyTOWN Shopping Centre

Disember 27, 2016 0
Goosini! Goosana! #Gooseyselfie Untuk Menang RM10,000 Sempena Pembukaan MyTOWN Shopping Centre
Assalamualaikum wbt. Goosini! Goosana! #Gooseyselfie Untuk Menang RM10,000 Sempena Pembukaan MyTOWN Shopping Centre.

Korang yang kaki selfie dan kaki kontes meh join #Gooseyselfie sempena pembukaan pasaraya MyTown pada awal tahun 2017 ni. Mana tahu rezeki tahun baru boleh menang wang tunai RM10,000. Dah boleh buat hantaran kahwin. wink wink. Mana tahu rezeki kannn!!!

Untuk pengetahuan korang semua, MyTOWN Shopping Centre adalah penganjur kontes #Gooseyselfie ni. Ni serba sedikit tentang MyTOWN shopping Centre. Baca tau! Sikit jer....


MyTOWN Shopping Centre


MyTown shopping centre adalah pusat membeli belah baru yang akan di buka pada awal tahun 2017. Shopping Centre ini terletak di Jalan Cochrane, Cheras (link ini untuk google maps ke MyTOWN). Untuk makluman juga MyTOWN terletak bersambung dengan IKEA Cheras. Senangnya weihhh, dah shopping kat IKEA.. Boleh sambung shopping dan lepak di MyTOWN. fuhhh best gilerr!


MyTOWN adalah pusat membeli belah yang boleh memuatkan 460 outlet perniagaan. Banyaknya!! dah terbayang semua brand dan branded item di sana. Bestnya. dah tu boleh shopping banyak di bawah satu bumbung. Jimat masa dan tak perlu harungi heavy traffic !


Goosini! Goosana! #Gooseyselfie Untuk Menang RM10,000 Sempena Pembukaan MyTOWN Shopping Centre


Bersempena pembukaan MyTOWN Shopping Centre ini, MyTOWN menganjurkan #Gooseyselfie contest dan berpeluang memenangi RM10,000. Kalau menang boleh shopping sakan di MyTOWN weih!. Teruja giler mommy.


Goosini! Goosana! #Gooseyselfie

Ini #Gooseyselfie mommy. Comelkan mommy! ekeke


Gooseeta Sarawak  #Gooseyselfie

Me as Gim Goosedashion. ... #Gooseyselfie
  • Sila ke laman web https://www.gooseyselfie.com.my/
  • Klik “Join Now”
  • Tekan ''Start"
  • Login dengan akaun Facebook
  • Jawab satu soalan mudah klik Confirm
  • Upload gambar selfie korang
  • Tambah elemen ‘goose’ pada gambar selfie korang bagi nampak cantik dan comel macam mommy. hihi
  • Dah siap terus klik ‘Submit’
  • Jangan lupa share ke Facebook dengan gunakan #GOOSEYSELFIE

Dah tahu kan camna nak join #gooseyselfie? Join la cepat-cepat. Mana tahu dapat hadiah best nanti... 

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai #GooseySelfie dan juga MyTOWN Shopping Centre,sila layari laman tertera di bawah :-


Facebook MyTOWN Shopping Centre : https://www.facebook.com/mytownshoppingcentre/
Laman Web MyTOWN Shopping Centre : http://www.mytownkl.com.my/



16 Dis 2016

Satu Sachet Saja Sebelum Tidur

Disember 16, 2016 0
Satu Sachet Saja Sebelum Tidur
Assalamualaikum wbt. Satu Sachet Saja Sebelum Tidur

 Hi semua. Mommy jarang-jarang update la niiii.. Sibuk kemain. Orang lain ke hulu hilir bercuti dengan keluarga. I mampu tengok gambar korang ja..  Nak pergi bercuti tapiiii budget ciput plus cuti ngan suami tak sama... Nanti-nantilah kita plan lain.

Okaylah hari ni bukan nak cerita pasal bercuti tapi nak cerita pasal produk yang boleh bagi selim melim dan mencantikkan kulit. Produk ini berkesan kepada semua sebab ia membantu menyikirkan toksin dan kotoran dalam tubuh badan kita. Bila semua toksin dan kotoran telah nyah dari badan, maka kita pun senang lah nak turunkan berat badan dan jerawat pun susah nak membiak. Gitewww!

Passion D'tox

Produk yang mommy nak syorkan adalah Passion D'tox. Mommy dah cuba dan dah habis sekotak baru kalut nak buat entry... 

Passion D'tox


Passion D'tox adalah produk yang mengandungi buah-buahan dan pelbagai serat dan juga buah yang kaya dengan vitamin C dan E. Minuman kesihatan ini mengandungi banyak serat yang menghalang karbohidrat yang berlebihan dan kalori daripada pengambilan makanan harian anda. Membuat jus sihat ini sebagai sebahagian daripada gaya hidup anda akan menggalakkan pertumbuhan bakteria, menjadikan sistem penghadaman anda lebih sihat berbanding sebelum ini. Apa yang penting, ianya TIADA KESAN SAMPINGAN. Mesti korang pun suka kan?

Passion D'tox

Buat pengetahuan korang, selain dari berfungsi untuk  menyikirkan toksin dan kotoran Passion D'tox juga mempunyai kelebihan berikut: 
  • Kaya dengan serat Vitamin C dan E
  • Dapat melarutkan serat di dalam sistem penghadaman untuk mengeluarkan kotoran dan toksin
  • Membantu mengurangkan sembelit
  • Mengurangkan lemak yang tidak sihat dengan menyekat karbohidrat dan kalori yang berlebihan
  • Semua semulajadi - tiada tambahan gula, julap dan warna tiruan
  • Tiada kesan sampingan - semuanya bahan-bahan semulajadi secara klinikal
  • Meningkatkan bilangan bakteria sihat
  • Meningkatkan kualiti kulit
  • melambatkan proses penuaan kulit. 
  • Meningkatkan kelembapan pada kulit
  • Menggalakkan pemutihan kulit

Passion D'tox

Produk ini juga telah mendapat kelulusan KKM dan ia telah di sahkan HALAL. Selain itu ia juga telah memperolehi ' product liability insurance' sebanyak RM 2,000,000.00. So, memang selamat untuk di gunakan secara berterusan.

Cara pengambilan Passion D'tox adalah dengan mencampurkan 1 Sachet ke dalam 150ml air dalam suhu bilik, kacau dan terus minum. Untuk kesan maksimum, minum segelas air suam keesokan paginya. Pastikan pengambilan air secukupnya setiap hari untuk menyokong proses detox. 

Senang je kan!

Passion D'tox

Mommy dah cuba dan dah kurang 1.5 kilo setakat ini. Korang bila lagi???

14 Dis 2016

Gara-Gara Terlupa

Disember 14, 2016 0
Gara-Gara Terlupa
Assalamualaikum wbt. Gara-gara terlupa, mommy terpaksa membeli foundation dan lips balm yang baru...

Baru-baru ni mommy di arahkan untuk menghadiri Training di Seremban selama 5 hari. Sehari awal dah pack semua pakaian dan barang-barang keperluan di sana. Yang tinggal hanyalah beg make up. Sebab nak guna untuk bersiap nanti. Ingatkan lepas siap bolehlah masukkan dalam bag laptop... Sekali masa make up tu, Aisy datang untuk kacau mommy. So, mommy pun ambil beg make up dan letak kat tempat tinggi sikit...

Dah siap terus keluar. Dah sampai hotel baru tersedar... Nasib baiklah Royale Bintang Seremban dekat dengan Prima Seremban. 

So, lepas siap solat dan bersihkan diri... menapaklah dalam 5 minit untuk ke Prima Seremban. Terus mencari watsons. 

Dah sampai Watsons tercari-carilah jenama yang nak beli tu. Dalam tercari-cari tu tetiba di tegur oleh adik salesgirl jenama Victoria kot. Adalah dia promote product yang dia jual tu tetapi mommy tak berapa nak mampu membeli sebab harga product tu saja RM 200.. Gullppp. 

Then, cakap kata mommy nak cari yang reasonable price saja .. Dengan baik hatinya dia cadangkan mommy mencuba Silky Girl. Dah lama mommy tak beli produk jenama Silky Girl sebab dulu pernah cuba compact powder tetapi tak sesuai. 

Dia cadangkan mommy cuba SilkyGirl Skin Perfect liquid foundation. So, mommy pilih kaler natural.. Ada 4 jenis foundation ni. Boleh pilih yang mana sesuai dengan kulit anda

Bila dah guna SilkyGirl liquid foundation ni, mommy rasa best sangat.. ringan dan tak berminyak. Lepas tu tahan lama. Dapatlah menyembunyikan pori-pori terbuka dan pigmen di muka mommy. 


Item kedua yang wajib beli adalah lipstik atau lip balm. Barulah muka tu tak nampak berkusam... hehe. Kali ini mommy pilih SilkyGirl Moisture Boost Lipcolor Balm. Bentuk macam pencil tapi best bila pakai. 

Lipcolor Balm ni pun tahan lama. Terdapat pelbagai pilihan warna. Mommy still pilih yang nampak natural. Tak terlalu menonjol. Just nak naikkan seri sikit.. 


Inilah rupa mommy dengan 2 produk Silkygirl. Cunnn kan?. 

So, yang tercari-cari produk make up atau yang terlupa nak bawa macam mommy, bolehlah mencuba produk dari Silkygirl. 


13 Dis 2016

Passing years but still cool

Disember 13, 2016 0
Passing years but still cool
Assalamualaikum wbt. Passing years but still cool

Cerita weekend hari tu. Handphone di tangan kakak Aisya. Selfie dan wassap berjalan... Di hantar pula kepada daddy dia dengan quote ' passing years but still cool'. 

Terangkat kening daddy dengan wassap anak dara dia. 

Mommy mampu gelak saja. 


Yelah anak-anak Generasi C (Connection) memang akan terlebih terer sebab mereka lahir dalam zaman connection atau zaman perhubungan di hujung jari saja. Anak-anak generasi C ini tidak boleh hidup tanda wifi atau data..  Bukan mommy yang kata tapi ini kajian yang dibuat dan telah terbukti. Cuba tengok, kalau dalam perjalanan yang jauh... anakah anak-anak akan tengok pemandangan di luar atau handphone di tangan?


Walaubagaimanapun, kita sebagai ibu bapa boleh mengawal data atau maklumat yang akan di akses oleh anak. Biarlah maklumat yang mereka perolehi bersesuaian dengan peringkat umur. Bukan yang akan merosakkan mereka. 

12 Dis 2016

Salam Maulidur Rasul

Disember 12, 2016 0
Salam Maulidur Rasul
Assalamualaikum wbt. Salam maulidur rasul 1438H/2016.


*BIODATA RASULULLAH S.A.W*

🖌 *Nama* : _Muhammad bin Abdullah bin Abdul Muttalibs bin Hashim_.

🖌 *Tarikh lahir :* _Subuh hari Isnin, 12 Rabiulawal_ bersamaan 20 April 571
Masehi (dikenali sebagai Tahun Gajah; sempena peristiwa tentera bergajah
Abrahah yang menyerang kota Kaabah)

🖌 *Tempat lahir* : Di rumah Abu Talib, Makkah Al-Mukarramah.
🖌 *Nama bapa* : Abdullah bin Abdul Muttalib bin Hashim.
🖌 *Nama ibu* : Aminah binti Wahab bin Abdul Manaf.
🖌 *Pengasuh pertama* : Barakah Al-Habsyiyyah (digelar Ummu Aiman. Hamba
perempuan bapa Rasulullah SAW).
🖌 *Ibu susu pertama* : Thuwaibah (hamba perempuan Abu Lahab).
🖌 *Ibu susu kedua* : Halimah binti Abu Zuaib As-Saadiah (lebih dikenali
Halimah As-Saadiah. Suaminya bernama Abu Kabsyah).

🎈 *USIA 5 TAHUN*

💓 _Peristiwa pembelahan dada Rasulullah SAW yang dilakukan oleh dua malaikat_
untuk mengeluarkan bahagian syaitan yang wujud di dalam hatinya.

🎈 *USIA 6 TAHUN*

💓 _Ibunya Aminah binti Wahab ditimpa sakit dan meninggal dunia_ di Al-Abwa '
(sebuah kampung yang terletak di antara Makkah dan Madina, baginda dipelihara oleh Ummu Aiman (hamba perempuan bapa Rasulullah SAW)
dan dibiayai oleh datuknya Abdul Muttalib.

🎈 *USIA 8 TAHUN*

💓 _Datuknya, Abdul Muttalib pula meninggal dunia_.
Baginda dipelihara pula oleh bapa saudaranya, Abu Talib.

🎈 *USIA 9 TAHUN* (Setengah riwayat mengatakan pada usia 12 tahun).

💓Bersama bapa saudaranya, Abu Talib bermusafir ke Syam atas urusan
perniagaan.
💓Di kota Busra, negeri Syam, seorang pendita Nasrani bernama Bahira
(Buhaira) telah bertemu ketua-ketua rombongan untuk menceritakan tentang
pengutusan seorang nabi di kalangan bangsa Arab yang akan lahir pada masa
itu.

🎈 *USIA 20 TAHUN*

💓Terlibat dalam peperangan Fijar . Ibnu Hisyam di dalam kitab ' Sirah ' ,
jilid1, halaman 184-187 menyatakan pada ketika itu usia Muhammad SAW ialah
14 atau 15 tahun. Baginda menyertai peperangan itu beberapa hari dan
berperanan mengumpulkan anak-anak panah sahaja.

💓Menyaksikan ' perjanjian Al-Fudhul ' ; perjanjian damai untuk memberi
pertolongan kepada orang yang dizalimi di Makkah.

🎈 *USIA 25 TAHUN*

💓Bermusafir kali kedua ke Syam atas urusan perniagaan barangan Khadijah
binti Khuwailid Al-Asadiyah.

💓Perjalanan ke Syam ditemani oleh Maisarah; lelaki suruhan Khadijah.

💓Baginda SAW bersama-sama Abu Talib dan beberapa orang bapa saudaranya
yang lain pergi berjumpa Amru bin Asad (bapa saudara Khadijah) untuk
meminang Khadijah yang berusia 40 tahun ketika itu.

💓Mas kahwin baginda kepada Khadijah adalah sebanyak 500 dirham.

🎈 *USIA 35 TAHUN*

💓Banjir besar melanda Makkah dan meruntuhkan dinding Kaabah.

💓Pembinaan semula Kaabah dilakukan oleh pembesar-pembesar dan penduduk
Makkah.

💓Rasulullah SAW diberi kemuliaan untuk meletakkan ' Hajarul-Aswad ' ke
tempat asal dan sekaligus meredakan pertelingkahan berhubung perletakan
batu tersebut.

🎈 *USIA 40 TAHUN*

💓Menerima wahyu di gua Hira ' sebagai perlantikan menjadi Nabi dan Rasul
akhir zaman.

🎈 *USIA 53 TAHUN*

💓Berhijrah ke Madinah Al-Munawwarah dengan ditemani oleh Saidina Abu Bakar
Al-Siddiq.

💓Sampai ke Madinah pada tanggal 12 Rabiulawal/ 24 September 622M.

🎈 *USIA 63 TAHUN*

💓Kewafatan Rasulullah SAW di Madinah Al-Munawwarah pada hari Isnin, 12
Rabiulawal tahun 11Hijrah/ 8 Jun 632 Masihi.

*ISTERI-ISTERI RASULULLAH SAW*

💚 Khadijah Binti Khuwailid.
💚Saudah Binti Zam'ah.
💚Aisyah Binti Abu Bakar (anak Saidina Abu Bakar).
💚Hafsah binti ' Umar (anak Saidina ' Umar bin Al-Khattab).
💚Ummi Habibah Binti Abu Sufyan.
💚Hindun Binti Umaiyah (digelar Ummi Salamah).
💚Zainab Binti Jahsy.
💚 Maimunah Binti Harith.
💚 Safiyah Binti Huyai bin Akhtab.
💚 Zainab Binti Khuzaimah (digelar ' Ummu Al-Masakin ' ; Ibu Orang Miskin).

*ANAK-ANAK RASULULLAH SAW*

1.💜 Qasim
2.💜Abdullah
3.💜 Ibrahim
4. 💜Zainab
5.💜 Ruqaiyah
6.💜Ummi Kalthum
7.💜Fatimah Al-Zahra '

*ANAK TIRI RASULULLAH SAW*

💙Halah bin Hind bin Habbasy bin Zurarah al-Tamimi (anak kepada Saidatina
Khadijah bersama Hind bin Habbasy. Ketika berkahwin dengan Rasulullah,
Khadijah adalah seorang janda).

*SAUDARA SESUSU RASULULLAH SAW*

*_IBU SUSUAN/SAUDARA SUSUAN_*
1. Thuwaibah 1. Hamzah
2. Abu Salamah Abdullah bin Abdul Asad

*_SAUDARA SUSUAN_*
1. Halimah Al-Saidiyyah 1. Abu Sufyan bin Harith bin Abdul Mutallib
2. Abdullah bin Harith bin Abdul ' Uzza
3. Syaima ' binti Harith bin Abdul ' Uzza
4. ' Aisyah binti Harith bin abdul ' Uzza

*BAPA DAN IBU SAUDARA RASULULLAH SAW*
( _ANAK-ANAK KEPADA ABDUL MUTTALIB_)

1. Al-Harith
2. Muqawwam
3. Zubair
4. Hamzah ***
5. Al-Abbas ***
6. Abu Talib
7. Abu Lahab (nama asalnya Abdul Uzza)
8. Abdul Ka ' bah
9. Hijl
10. Dhirar
11. Umaimah
12. Al-Bidha (Ummu Hakim)
13. Atiqah ##
14. Arwa ##
15. Umaimah
16. Barrah
17. Safiyah (ibu kepada Zubair Al-Awwam) ***

*** Sempat masuk Islam.
## Ulama berselisih pendapat tentang Islamnya.

*Sabda Rasulullah SAW:*
💞  _"Sesiapa yang menghidupkan sunnahku, maka sesungguhnya dia telah mencintai aku_.  _Dan sesiapa yang mencintai aku nescaya dia bersama-samaku di dalam_
_syurga"_ (Riwayat Al-Sajary daripada Anas )

اللهم صلى على سيدنا محمد وعلى آله واصحابه وسلم

Nabi Muhammad SAW - Manusia agong

🎯 *KENALI NABI MUHAMMAD S.A.W. SECARA LAHIRIAH*

💓Begitu indahnya sifat fizikal
Baginda, sehinggakan seorang ulama Yahudi yang pada pertama kalinya bersua
muka dengan Baginda lantas melafazkan keIslaman dan mengaku akan kebenaran
apa yang disampaikan oleh Baginda.

_Di antara kata-kata apresiasi para sahabat ialah:_

💞 Aku belum pernah melihat lelaki yang sekacak Rasulullah saw..
💞Aku melihat cahaya dari lidahnya.
💞 Seandainya kamu melihat Baginda, seolah-olah kamu melihat matahari
terbit.
💞 Rasulullah jauh lebih cantik dari sinaran bulan.
💞Rasulullah umpama matahari yang bersinar.
💞 Aku belum pernah melihat lelaki setampan Rasulullah.
💞 Apabila Rasulullah berasa gembira, wajahnya bercahaya spt bulan purnama.
💞 Kali pertama memandangnya sudah pasti akan terpesona.
💞 Wajahnya tidak bulat tetapi lebih cenderung kepada bulat.
💞 Wajahnya seperti bulan purnama.
💞 Dahi baginda luas, raut kening tebal, terpisah di tengahnya.
💞Urat darah kelihatan di antara dua kening dan nampak semakin jelas semasa
marah.
💞 Mata baginda hitam dengan bulu mata yang panjang.
💞 Garis-garis merah di bahagian putih mata, luas kelopaknya, kebiruan asli
di bahagian sudut.
💞Hidungnya agak mancung, bercahaya penuh misteri, kelihatan luas sekali
pertama kali melihatnya.
💞Mulut baginda sederhana luas dan cantik.
💞 Giginya kecil dan bercahaya, indah tersusun, renggang di bahagian depan.
💞Apabila berkata-kata, cahaya kelihatan memancar dari giginya.
💞Janggutnya penuh dan tebal menawan.
💞Lehernya kecil dan panjang, terbentuk dengan cantik seperti arca.
💞 Warna lehernya putih seperti perak, sangat indah.
💞Kepalanya besar tapi terlalu elok bentuknya.
💞Rambutnya sedikit ikal.
💞 Rambutnya tebal kdg-kdg menyentuh pangkal telinga dan kdg-kdg mencecah
bahu tapi disisir rapi.
💞 Rambutnya terbelah di tengah.
💞Di tubuhnya tidak banyak rambut kecuali satu garisan rambut menganjur
dari dada ke pusat.
💞Dadanya bidang dan selaras dgn perut. Luas bidang antara kedua bahunya
lebih drpd biasa.
💞Seimbang antara kedua bahunya.
💞Pergelangan tangannya lebar, lebar tapak tangannya, jarinya juga besar
dan tersusun dgn cantik.
💞Tapak tangannya bagaikan sutera yang lembut.
💞Perut betisnya tidak lembut tetapi cantik.
💞 Kakinya berisi, tapak kakinya terlalu licin sehingga tidak melekat air.
💞Terlalu sedikit daging di bahagian tumit kakinya.
💞Warna kulitnya tidak putih spt kapur atau coklat tapi campuran coklat dan
putih.
💞Warna putihnya lebih banyak.
💞Warna kulit baginda putih kemerah-merahan.
💞Warna kulitnya putih tapi sihat.
💞Kulitnya putih lagi bercahaya.
💞 Binaan badannya sempurna, tulang-temulangnya besar dan kukuh.
💞 Badannya tidak gemuk.
💞Badannya tidak tinggi dan tidak pula rendah, kecil tapi berukuran
sederhana lagi kacak.
💞 Perutnya tidak buncit.
💞 Badannya cenderung kepada tinggi, semasa berada di kalangan org ramai
baginda kelihatan lebih tinggi drpd mereka.

🎯 *KESIMPULANNYA* 🎯:
Nabi Muhammad sa.w adalah manusia agung yang ideal dan sebaik-baik contoh
sepanjang zaman.
Baginda adalah semulia-mulia insan di dunia.

*Nota Kaki :*
_Kirimkan kepada sahabat-sahabat muslim lainnya agar timbul kesedaran untuk_
_mencintai Allah dan RasulNya, seperti Allah dan RasulNya mencinta_

11 Dis 2016

Unboxing My Lazada Box Of Joy

Disember 11, 2016 0
Unboxing My Lazada Box Of Joy
Asslamualaikum wbt. Unboxing My Lazada Box Of Joy

Korang jangan jeles tau... Nak update lagi tentang Lazada Box Of Joy.  Doblas Disember (12.12) di dah nak abih dah.... Kalau bab shopping memang tak kalah. Biasalah alah membeli menang memakai. Bukan shopping saja-saja tapi memang guna pun. hahaha

Unboxing Lazada Box of Joy memang menyeronokkan. Sebab macam-macam hadooo. Ambik kau panjang sebutan hado tu.

Lazada Box of joy


Tefal Manual Chopper, barang yang mommy paling suka. Memudahkan kerja-kerja mommya kat dapur. Bukan mommy sorang saja yang suka... Ibu-ibu yang lain pun suka gak. Yang penting tak perlu ketung ketang lagi pagi-pagi kalau nak buat nasi goreng kampung.

tefal manual chopper

Favorite mommy, Nescafe White Coffee perisa pandan. Sedap sangat.. 

Bertambah bahagia dengan tin nescafe white coffee perisa pandan ni sebab mommy nak jadikan ia tabung. Tin nescafe yang mommy ada dulu dah jadi hak milik kakak Aisya. Padahal mommy yang jadikan tabung dulu. Jeles ngan mommy ler tu. hihi.

Nescafe White Coffee

TAPI yang penting kesedapan nescafe white coffee perisa pandan. Yang belum cuba tu WAJIB cuba. Kalau tak nyesal. Tambah-tambah lagi time tengah offer ni.

Walaupun LAZADA box of joy ni mommy yang punya TAPI daddy Zulkiflee pun tumpang seronok sebab ada SanDisk Ultra Dual OTG Drive M3.0 64GB.

Korang tau tak kenapa daddy Zulkiflee tumpang seronok? Sebabnya dia nak download movie banyak-banyak sebab tak nak bagi anak-anak boring time cuti sekolah ni... Lepas download dekat handphone, transfer file ke Sandisk OTG... Pastu cucuk kat TV dan movie pun bermula. Heaven!

Sandisk OTG


Dan yang paling mommy suka tu adalah voucher RM 11. 

Voucher Lazada


Dah selamat mommy guna untuk shopping lipstik Maybelline. So, mommy tambah hanya RM7.95 saja. Yang sebenarnya terdapat banyak lagi produk kecantikan yang mempunyai diskaun hebat. Malah diskaun tu sehingga 90% terutamanya foundation, concealer dan eyeshadow... Mommy tak beli sebab ada lagi dan jarang bermekap. 

Lipstik Maybelline


Kalau korang tak percaya, cuba tengok harga concealer ni.. RM 10 saja. Siap dapat berus lagi.. Jimat sangat.

Concealer


Bukan setakat untuk make up. Produk jagaan rambut L'oreal pun menawarkan diskaun hebat....


L'oreal

Yang paling mommy jatuh cinta dengan produk L'oreal adalah Loreal Mythic Oil Rich Oil. Walaupun mommy dapat sample saja. Kira macam guna sekali dah jatuh chenta la. Wangi sangat.. Pastu rambut pun lebih terurus.

Loreal


Ha.. tu jer yang mommy nak bagitau... psttt. Nak sambung shopping sat sebelum beli baju sekolah anak-anak. Mommy shopping dulu yer... hiks hiks

10 Dis 2016

Menikmati Percutian Dengan Traveloka

Disember 10, 2016 0
Menikmati Percutian Dengan Traveloka
Assalamualaikum wbt,

Menikmati Percutian Dengan Traveloka

Sekejap saja masa berlalu kan? Pejam celik pejam celik, dah nak dekat hujung tahun dah. Anak-anak yang bersekolah pun dah nak cuti. Haa, korang sebagai ibu bapa mesti ada yang dah mula memikirkan ke mana nak bawa mereka pergi bercuti kan? Yelah, mana tidaknya, asyik sibuk dengan urusan harian saja sampai terlupa yang korang dah nak dekat setahun tak pergi ke mana-mana. Jadi, kalau dapat pergi bercuti di hujung tahun macam ni, kita juga boleh ambil kesempatan untuk tenangkan fikiran dan saling rapat-merapatkan hubungan sesama keluarga. Barulah bertambah mesra gitu! Biasanya tempat yang paling menarik untuk bercuti lebih-lebih lagi kalau ada anak-anak ni, pastinya tempat yang ada ‘air’ tidakpun ‘pasir’. Barulah seronok bila dapat berendam kan. Hihi.
Traveloka

Hmm, percutian kali ni aku cadang nak pergi ke Grand Lexis, Port Dickson. Tempatnya Nampak macam menarik. Lepas tu, suasananya pun macam kelihatan tenang dan nyaman saja. Apa yang paling best dekat setiap biliknya ada kolam! Yeehaaa. Bolehlah berendam sambil santai-santai dalam bilik saja. Nak buat aksi kuak bebas ke kuak rentang ke kuak rama-rama ke semuanya boleh. Haha.
Grand Lexis

Selain tu, boleh juga buat aktiviti lain seperti berbasikal. Seronok juga kalau dapat berbasikal ramai-ramai bersama keluarga kan? Aish, rasa tak sabar pula nak mengayuh. Aktiviti lain? Hmm, apa lagi aktiviti yang boleh buat time bercuti kalau bukan pergi jalan-jalan makan angin dan jalan-jalan cari makan, tidakpun jalan-jalan kutip ilmu. Asalkan jangan jalan-jalan cari pasal sudahlah kan. Haha
Berbasikal di Grand Lexis

Eh, korang nak tak kalau aku tunjukkan cara yang paling mudah untuk mencari tempat percutian? Eleh, mestilah nak kan. Malu-malu kucing pula. Jadi, untuk menghilang pening korang aku cadangkan satu laman web yang boleh menjadikan impian percutian korang menjadi satu kenyataan iaitu Traveloka.com.
Traveloka

Kalau korang nak tahu Traveloka ni adalah satu website yang boleh korang layari untuk tempah mana-mana hotel dan penerbangan yang korang nak dengan harga yang sangat kompetitif dan service nya juga adalah terbaik. Sangat menjimatkan masa dan korang juga boleh dapatkannya hanya di hujung jari saja dengan Traveloka Android/IOS App. Sambil rehat-rehat tengah makan pun korang masih boleh belek-belek untuk buat tempahan percutian. Mudah kan?

Traveloka

Bagi korang yang memang suka travel sangat sesuailah dengan aplikasi ni di smartphone korang. Lagipun, nak download aplikasi ni juga senang. Tak kena bayar pun, percuma saja. Korang boleh cari dekat Google Play Store dan App Store. Teknologi dah semakin canggih kan, semua benda jadi mudah. Jadi,inilah masanya untuk korang beralih ke aplikasi Traveloka pula. Boleh buat tempahan penerbangan dan hotel dalam masa yang sangat singkat. Pengguna yang bijak macam korang mesti akan tahu apa yang patut dilakukan.


Aplikasi traveloka
Tambah lagi, di Traveloka ni terdapat lebihi 100 hotel serata dunia dari hotel bajet hingga hotel 5 bintang dan korang juga boleh terbang menerusi lebih 100 laluan penerbangan yang disediakan oleh pelbagai syarikat penerbangan domestik dan antarabangsa.


Aplikasi Traveloka

Apa? Korang risau harga mahal? Eh, kan dah bagitahu tadi dekat Traveloka ni semua harganya sangat kompetitif. Bukan saja murah, malah siap ada diskaun lagi. Wow, berganda-ganda murahlah jawabnya. Ni nak dekat-dekat hujung tahun ni lagi macam-macam promosi yang sedang diadakan. Korang tak perlu bimbang dengan aplikasi Traveloka ni tiada kejutan harga yang dikenakan sebab berapa harga yang korang nampak pada permulaan itulah yang korang perlu bayar pada akhirnya. Harga yang sangat jujur.
Traveloka


Traveloka

Menarik kan? Sangat senang dan semudah petik jari saja. Jadi, tiada alasan lagi untuk tidak pergi bercuti. Sekarang mesti korang dah tahu kan ke mana nak bercuti. Jangan buang masa lagi, cepat-cepatlah download Traveloka App tu dekat smartphone korang. Nanti boleh terus tempah dengan bijak menggunakan TravelokaQuick. Tempah, bayar, then terus boleh dapatkan e-tiket atau baucar korang hotel korang tanpa perlu mencetak lagi. Lepas ni, tak perlu pening-pening lagi nak cari dekat tempat lain.

6 Dis 2016

6 Website Yang Anda Wajib Lawati

Disember 06, 2016 0
6 Website Yang Anda Wajib Lawati
Asslamualaikum wbt. 6 Website Yang Anda Wajib Lawati 

Sekarang ini semua orang perlu peka dengan perkembangan dunia digital. Semua perkara akan menjadi digital atau lebih banyak menggunakan aplikasi. Perubahan itu telah nampak sedikit demi sedikit. Saya percaya tak lama lagi pergerakan, perhubungan,pengawalan akan bertukar menjadi digital atau menggunakan aplikasi.

Sehubungan ke arah dunia digital, kita tak kira siap kita... sebagai pelajar, individu, pekerja atau ibu bapa wajib mengetahui tentang 6 website ini.

Kenapa? Baca sebab-sebabnya di bawah yer...



Jawatan kosong


Government.my menyediakan lebih 10,000 jawatan kosong sektor awam yang khusus di Malaysia. Laman web atau blog ini menyediakan banyak peluang-peluang pekerjaan baru. Di samping itu website ini menyediakan pelbagai info dan isu semasa yang berkaitan.


Jawatan kosong kerajaan 




Dulu nak keja kan sektor kerajaan bukan main susah... Tapi sekarang , laman web  JawatanKosong.co ini pula lebih fokus kepada mereka yang mencari jawatan kosong dalam sektor kerajaan dimana jawatan ini gajinya lebih lumayan, terjamin dan sudah pastinya senang nak buat loan betul? Akan tetapi kerja kerajaan ni sudah pasti bukan senang nak apply, orang kata kena guna kabel tak tau la betul ke tak sebab kita ni kerja blogger je.


Kerja Kosong 



Kalau nak cari kerja kosong tak kira dalam sektor kerajaan atau swasta, kenalah lawati KerjaKosong.co

Kerjakosong.co pula merupakan portal pekerjaan dimana portal ini menghubungkan majikan dengan pekerja. Dalam portal ini, majikan boleh submit dan publish tawaran kerja kosong terus kepada mereka yang berminat. Jika anda mencari pekerja, atau anda ingin mencari pekerjaan yang gaji tinggi, sila lawati portal ini dan bookmarknya sekarang.

Saps Ibu Bapa 



Eh, apa benda ni saps ibu bapa? Haaaa! Laman web ini sangat berguna pada waktu musim persekolahan terutamanya semasa musim persekolahan. Ia adalah laman web untuk ibu bapa semak keputusan peperiksaan anak-anak mereka. Anda boleh semak keputusan peperiksaan semudah dengan isikan no kad pengenalan anak dan nama penuh. Saps adalah singkatan kepada sistem analisis peperiksaan sekolah dan dibangunkan oleh KPM.


APDM 


Laman web apa APDM ni? Okay APDM ni pula ialah laman web untuk cikgu-cikgu mengisi data-data murid seperti kehadiran, mata pelajaran dan lain-lain. Sistem ini juga dibangunkan oleh KPM demi memajukan sistem pendidikan sekolah Malaysia. Apdm bermaksud aplikasi pangkalan data murid.

Hrmis2 



HRMIS ini merupakan aplikasi dalam talian yang dikenali sebagai Sistem Maklumat Pengurusan sumber Manusia ataupun dalam bahasa inggerisnya Human Resources Management Information System. Aplikasi ini digunakan oleh setiap penjawat awam untuk permohonan cuti mahupun mengemaskini maklumat peribadi mereka dari semasa ke semasa.


Haa!! Inilah 6 website yang korang wajib tahu dan lawati. Bukan apa senang nanti... Nak cari kerja dah tahu website mana nak terjah, jadi mak bapak tahu website mana nak tengok results anak-anak, dah jadi pekerja kerajaan tahu website mana yang nak masuk dan update data...

Nampakkan kepentingan dia. Di harap semua dapat letakkan website ini di bookmark masing-masing. Senang nak cari nanti.