loading...

Yang Ringkas dan Mudah Sahaja

5:22 PTG Cahaya Hayati 2 Comments

Assalamualaikum wbt.

Kadangkala bila badan dah penat dan kesuntukan masa, hidangan ringkas yang di masak sendiri menjadi pilihan. Tambah pula m.a.l.a.s  nak keluar menerjah kedai makan.

Hidangan ringkas yang di maksudkan adalah telur dadar yang menjadi kegemaran tak kira siang atau malam dan sup sayur sawi pedas berperisa ikan bilis di makan dengan nasi panas. hmmm... memang terangkat.

Telur dadar sedap
telur dadar atau telur bawang
Setiap orang ada resepi tersendiri untuk membuat telur dadar. Ini resepi yang sedap di tekak dan kenyang di perut akak. :)

Resepi Telur Dadar Mudah Dan Sedap

Bahan-bahannya:
2 biji telur (saiz apa2 pun boleh)
1/2 ulas bawang besar - hiris
1/2 biji cili besar - hiris nipis
1 sudu kecil serbuk cukup rasa Maggi
1/2 sudu kecil serbuk kunyit
Garam- secukupnya.
Minyak- untuk menggoreng 

Cara-caranya:
1. Pecahkan telur dan pukul sehingga berbuih. Masukkan bawang, cili serbuk cukup rasa, kunyit dan garam. Pukul lagi sehingga semua bahan sebati/ rata.
2. Panaskan minyak dan masukkan campuran telur. Masak sehingga garing dan alih. Setelah kedua-dua bahagian.
3. Angkat dan hidangkan.


Ini pula resepi sayur teman sehidang telur dadar. Kali ini tambah saderi di sebabkan sudah tahu kebaikan saderi.

sup sayur sawi sedap
Sup sawi & saderi

Resepi Sup Sayur Pedas

Bahan-bahannya:
1 ikat sawi
2 batang saderi
1/2 ulas bawang besar
1 biji bawang putih
1/2 genggam ikan bilis
2-4 biji cili padi
1/2 biji cili besar
minyak
1 gelas air

Cara-caranya:
1. Panaskan minyak dan tumis bawang putih, bawang besar dan cili padi sehingga wangi. Kemudian masukkan ikan bilis. Goreng ikan bilis sehingga garing.
2. Masukkan air. Biarkan sehingga mendidih.
3. Masukkan saderi dan batang sawi. Tambah garam secukupnya.Rasa.
4. Masukkan daun sawi dan cili besar apabila sup sudah mendidih. Biarkan sehingga sayur masak dan  tutup api.
5. Hidangkan ketika masih panas.

2 comments:

Yang Berkelip-kelip Di Bulan September

8:00 PTG Cahaya Hayati 0 Comments

Assalamualaikum wbt.

CPUV Nuffnang

Alhamdulillah. CPUV nuffnang masuk lagi walaupun akak dah seminggu tak update blog. 


Dalam dok hapdate tentang CPUV nuffnang ni, akak tengok Nuffnang akan bagi banyak kepada blogger berikut:
  • Rajin update
  • CPUV / PV tinggi
  • Entry ada kaitan dengan iklan
Mana akak tau.. bandingkanlah cpuv kita dengan cpuv blogger yang dah ramai follower dan uv tinggi. Nampak tak kat situ.. Nampakkan?


So, silalah rajinkan diri update tentang semua benda. Nanti lekatlah iklan nuffnang banyak-banyak kat blog. 


Good Luck yer!

0 comments:

24 September 2015

2:00 PTG Cahaya Hayati 1 Comments

Assalamualaikum wbt.

 24 September 2015 bukan setakat hari raya saja. Tarikh ni jugak besday si bongsu Muhammad Aisy Hafizi.

HAPPY BIRTHDAY AISY!

Macam baru bersalin saja Si Aisy ni.. tup tup dah setahun. Kenapa cepat sangat besar? hehehe.. Mommy belum puas lagi nak peluk, gomoi dan acah-acah.

Aisy anak yang paling lasak. Belum setahun dah berapa puluh kali jatuh.. termasuk jatuh katil. Tak sempat nak sambut. Aisy cepat dan lasak orangnya. Nangis pun kejap saja.. Nangis memerap kat mommy dia tu lama la. Selagi tak dukung.. selagi tu la nangis sambil peluk kaki mommy.

Umur 9 bulan dah boleh berdiri dan berjalan 2 tiga tapak plus panjat katil dan sofa. Umor 10 bulan dah jalan dengan lajunya.. Tak terdaya mommy dan daddy nak kejar..

Dah setahun ni macam-macam kebolehan dia. Dah pandai ajak pergi jalan-jalan... Selagi tak bawa keluar selagi tu la buat perangai. hehehe. Bijak bijak...

Aisy memang lain dari kakak dan abang dia. Mungkin sebab mommy ambil suplement shaklee kot. Bagi kredit sikit kat shaklee.

Boleh main lagi @KPJ Bandar Perda
Sambutan besday untuk aisy  (family ja) pun belum buat lagi SEBAB Aisy kena demam campak. Campak sekam/ halus.. Habis seluruh badan dan muka penuh dengan ruam campak. 4 hari demam panas.. Hampir nak warded tapi memandangkan Aisy masih aktif dan esoknya nak raya... Mommy & Daddy tawakkal jaga Aisy kat rumah. Alhamdulillah raya kedua Aisy dah kebah.. Ruam saja yang belum hilang sepenuhnya.

Jadi sambutan besday Aisy nanti kita sambut sekali dengan besday daddy, abang dan tok daddy. Jimat belanja. hehehe

Mana hadiah besday Aisy?
Oppps!. Walaupun belum sambut besday.. mommy dan daddy dah bagi hadiah besday tau. Besar lagi. hikhik.

1 comments:

Bihun Goreng Daging Kisar

11:00 PG Cahaya Hayati 3 Comments

Assalamualaikum wbt.

Rindu kat blog.

Rindu korang yang singgah sini. :)

Hari ini baru sempat update. UV dah kelaut.. huhu.

Semalam Si Arz Moha tayang kat IG yang dia pergi breakfast di RAMLY Gurun. Terus teringat keenakkan burger Ramly. hehe... Memang setiap kali lalu balik kampung akan singgah. Kadang-kadang makan.. kadang-kadang beli stok frozen. Beli kat situ murah dan ada diskaun jika jadi ahli. 

Di sebabkan stok daging burger tiada, maka terhasillah Bihun Goreng Daging Lembu kisar. Jangan ingat daging lembu kisar ni hanya untuk buat spaghetti saja. Buat bihun atau mee goreng pun sedap. Sedap sangatttt.

Bihun Goreng Mudah
Pek baru Ramly Daging Lembu Kisar

 Resepi Bihun Goreng Daging Kisar

Bihun Goreng Sedap
Bihun goreng daging kisar. Sedapp oiii!!
Bahan-bahan:
1 bungkus bihun - di rendam terlebih dahulu
1/2 peket daging kisar - cuci dan toskan.
1 pokok sawi
2 biji telur - di buat telur hancur terlebih dahulu
1 ulas bawang besar - di hiris
2 ulas bawang putih - di hiris
2 sudu besar cili boh/ giling
2 sudu besar sos tiram
2 sudu besar sos cili
2 susu besar sos tomato/ boleh ganti dengan tomato segar 
1 sudu besar kicap manis
1 ketul cube ayam
garam


Cara-caranya:
1. Tumis bawang besar dan putih sehingga naik bau. Masukkan daging yang telah di cuci. Masak seketika. 
2. Masukkan cili. Masak cili sehingga pecah minyak. Kemudian tambah sos cili, sos tomato, sos tiram, cube ayam dan kicap. Rasa. Tambah sedikit garam.
3. Masukkan batang sawi dan biarkan ia mendidih seketika. 
4. Masukkan bihun dan gaul rata. Sekiranya bihun masih keras, tambah sedikit air. masak sehingga lembut.
5. Masukkan sayur sawi dan telur hancur. Gaul rata.
6. Siap. hiaskan dengan bawang goreng, tauhu goreng,daun bawang, daun sup dan cili besar merah.

Selamat mencuba!

3 comments:

HALWA ATTIRE :Only The Best Stylish Maternity Attire

8:56 PG Cahaya Hayati 0 Comments

HALWA ATTIRE :Only The Best Stylish Maternity Attire


Assalamualaikum..

HALWA ATTIRE adalah sebuah butik online yang menjual pakaian mengandung untuk wanita dengan pelbagai pilihan warna dan rekabentuk yang menarik dan pastinya menepati citarasa anda. HALWA ATTIRE adalah milik penuh bumiputera yang telah berkecimpung dalam perniagaan online sejak Ogos 2015.Sebuah butik online pakaian untuk ibu mengandung yang dipercayai oleh ramai pembeli pembeli online diluar sana.


HALWA ATTIRE diwujudkan adalah untuk membantu menyediakan pakaian mengandung terutamanya kepada ibu-ibu yang bekerjaya.Di zaman serba moden dan canggih ini,biasa kita dengar keluhan dan keinginan ibu mengandung :


❤ SUKAR mencari pakaian mengandung yang cantik
❤ DESIGN pakaian mengandung yang sama dikebanyakan tempat
❤ WARNA pakaian mengandung yang mebosankan
❤ Ada yang memilih design ala-ala KOREA tetapi MATERIALnya tidak sesuai dengan SUHU Malaysia
❤Ada yang CANTIK tetapi lengan tiga suku


Menyedari MASALAH dan KELUHAN yang dihadapi oleh mereka,HALWA ATTIRE tanpa untuk MEMBANTU ibu-ibu MENYEDIAKAN pakaian mengandung yang mempunyai:
❤ Design yang cantik
❤ Breastfeeding friendly
❤ Wudhu friendly
❤ Patuh syariah
❤ Material yang bersesuaian dengan suhu Malaysia.


HALWA ATTIRE bukan sahaja menyediakan pakaian mengandung yang boleh dipakai SEMASA MENGANDUNG, tetapi juga anda boleh memakai kembali pakaian dari Halwa Attire SELEPAS melahirkan anak. Selain itu DESIGN yang disediakan sangat EKSKLUSIF dan sesuai dengan cita rasa masakini.InsyaAllah


HALWA ATTIRE sangat sangat mengutamakan kepuasan pelanggan mereka.Mereka telah memberi jaminan 14 HARI (Return Policy https://www.facebook.com/notes/halwa-attire/14-days-return-policy/1450265261967923 ) untuk memulangkan semula pakaian yang telah dibeli sekiranya anda tidak berpuas hati.Apalagi yang kita mahu.Sesungguhnya HALWA ATTIRE sangat mementingkan kepuasan hati para pelanggan mereka.Inilah yang kita cari jika kita ingin membeli belah secara online.Sistem ini membuatkan kita lebih berminat untuk membeli belah bersama HALWA ATTIRE.


MISI Dan VISI Halwa Attire


MISI
❤ Membantu wanita diluar sana untuk BERJIMAT dengan menyediakan pakaian yang BUKAN hanya boleh dipakai semasa MENGANDUNG tetapi juga BOLEH DIPAKAI selepas MELAHIRKAN anak

VISI
❤ - Membantu ibu-ibu untuk kelihatan cantik,anggun dan bergaya walaupun sedang mengandung.
❤- Menyediakan pakaian mengandung yang stylish dan sesuai dengan suhu Malaysia.

Halwa Attire

HALWA ATTIRE adalah pilihan TEPAT untuk anda membeli belah secara online.Tak rugi membeli belah di sini kerana pakaian yang dijual adalah pilihan pakaian dengan fesyen terkini.


Produk Terbaik Dari Halwa Attire 


Baju Mengandung Halwa Attire
Code: CN07
Material: Mixed Cotton
Thickness: Medium
Colour: Pink
Price: RM68.00

Baju Mengandung Halwa Attire
Code: CN07
Material: Mixed Cotton
Thickness: Medium
Colour: Blue
Price: RM68.00

Baju Mengandung Halwa Attire
Code: CN08
Material: Stretchable Cotton
Thickness: Thin - Normal
Colour: Black
Price: RM69.00

Baju Mengandung Halwa Attire
Code: CN08
Material: Stretchable Cotton
Thickness: Thin - Normal
Colour: Pink
Price: RM69.00

Baju Mengandung Halwa Attire
Code: CN03
Material: Cotton + Polyester
Thickness: Medium
Colour: Yellow
Price: RM58.00

Baju Mengandung Halwa Attire
Code: CN04
Material: Mixed Cotton + Lace
Thickness: Thin - Normal
Colour: Red
Price: RM59.00

Baju Mengandung Halwa Attire
Code: CN04
Material: Mixed Cotton + Lace
Thickness: Thin - Normal
Colour: Dark Blue 
Price: RM59.00

Baju Mengandung Halwa Attire
Code: CH04
Material: Chiffon
Thickness: Thin - Normal
Colour: Yellow
Price: RM69.00

Selain pakaian yang telah dipamerkan di atas terdapat banyak lagi pilihan pakaian mengandung yang menarik terdapat di HALWA ATTIRE.Jom kita usha lagi pakaian yang cantik di FACEBOOK PAGE HALWA ATTIRE .


Maklumat Lanjut Mengenai Halwa Attire

Instagram : halwa attire
WhatsApp: 0168011174
Email : halwaattire@gmail.com


Halwa Attire Stylish Maternity Attire !!!Anggun Bergaya Walaupun Mengandung
•► ••► ••► HALWA ATTIRE :Only The Best Stylish Maternity Attire


0 comments:

GIVE AWAY by BUDAK KACAMATA : JANGAN BACA NOVEL NI

8:00 PG Cahaya Hayati 4 Comments

Assalamualaikum wbt.

Jom join GA by Budak Kaca Mata. Join awal-awal senang nak ajak orang lain join juga.. hihi
Sebab dalam syarat dia kena tag 3 orang. Jadi saya tag:

1. Kak Azi
2. Khaty Aiman
3. Budak Prihatin

GIVE AWAY by BUDAK KACAMATA : JANGAN BACA NOVEL NI


GIVE AWAY by BUDAK KACAMATA : JANGAN BACA NOVEL NI

Serba Sedikit trivia berkaitan Buku 

JANGAN BACA NOVEL NI

*  Ditulis oleh Ismi Fa Ismail
*  Merupakan seorang perempuan 
(mula mula dulu ingatkan lelaki)
*  Novel yang sangat unik dan lain dari yang lain bila dah start baca tak sabar nak tunggu kesinambungannya
*  Novel ini berwarna hitam dan merah
* Selepas membaca novel ini anda akan terasa pelik hahaaha

4 comments:

Nombor 3

8:00 PTG Cahaya Hayati 3 Comments

Assalamualaikum wbt.

Ngaku. Jenis no 3 sebab dah terbukti.. Buat kuih ja mesti tak jadi. Teringin jadi buat jugak. Jadi ke tak jadi ke letak tepi.... Selalunya rasa dah ok tapi bentuk memang hampeh. hehe


Korang yang mana satu.?

3 comments:

Membalas Kunjungan

4:00 PTG Cahaya Hayati 3 Comments

Assalamualaikum wbt.

Hari baru berkesempatan untuk membalas komen dan membuat kunjungan ke rumah blogger yang singgah di sini. Bagi yang belum tu... Nanti akak pergi yer.

Nah purple roses untuk korang.

Inilah blogger yang rajin singgah sini. Terima kasih & Lebiu!

3 comments:

KAMBINGLICIOUS Rasa Sekali ... Nak Lagi

12:43 PTG Cahaya Hayati 0 Comments

Assalamulaikum wbt.

Sempena cuti sekolah ni, pasti banyak aktiviti bersama keluarga yang telah anda rancang. Nak berkelah, nak ber 'BBQ'... Semuanya menjadi mudah dengan produk KAMBINGLICIOUS yang di keluarkan oleh Umar Humaira Enterprise.

KAMBINGLICIOUS

KAMBINGLICIOUS di keluarkan dan di pasarkan oleh Umar Humaira Enterprise di kawasan utara sahaja buat masa ini. PASARAN merangkumi 3 negeri iaitu, Kedah, Perak dan Pulau Pinang.

Terdapat 2 jenis pilihan produk yang menggunakan Ayam, daging Lembu dan Kambing. Pilihan tersebut adalah Set Perap & Set Grill.

Rasa? In Sha Allah sedap dan memuaskan hati sepertimana tagline Kambinglicious iaitu Rasa Sekali.. Nak Lagi!! 

SET PERAP KAMBINGLICIOUS

Kambinglicious Kambing Perap
Kambing Perap

Kambinglicious Ayam Perap
Ayam Perap

Kambinglicious Lembu Perap
Lembu Perap


SET GRILL KAMBINGLICIOUS


kambinglicious set lembu grill
set lembu grill

kambinglicious set kambing grill
set kambing grill

kambinglicious set ayam grill
Set ayam grill

Untuk tempahan sila hubungi:

Puan Rozaida Ahmad 
012-5610924


Tawaran istimewa untuk orang KULIM, Umar Humaira menawarkan set grill sedia di makan. Yang ini based on demand. Minimum 3 pek.

KAMBINGLICIOUS 

Rasa Sekali ... Nak Lagi

0 comments:

Penghibur Hati

11:36 PG Cahaya Hayati 0 Comments

Assalamualaikum wbt.

Lama tak update tentang anak-anak. Kasi can muka depa masuk blog sempena cuti sekolah. Cuti ni tak planning nak pergi mana-mana cuma balik beraya di kampung... 

Budak berdua tu asyik sebut boring-boring. Kesian depa sebab tak pi mana-mana. Sorrylah anak-anak.. Mommy & daddy tak bawa bercuti di mana-mana. Nanti bila dah selesai masalah, tok mommy & pak ndak (adik patah kaki) dah sihat, baru kita pergi bercuti. In Sha Allah.

Itu saja nak update. 


Cuba korang spot apa yang Aisy pegang. hihi...

Kalau betui nanti Aisy suruh mommy klik nuffnang & adsense uncle & aunty...

0 comments:

Sedapnya Spaghetti Meatball

4:28 PTG Cahaya Hayati 0 Comments

Assalamualaikum wbt.

Dari minggu lepas dok teringin nak makan spageti meatball. Macam mengidam sebab asyik teringat kesedapan spageti meatball. TAPI bukan mengidam yer!hehhe...

Balik kerja hari rabu hari tu terus keluarkan bahan yang memang ada kat rumah. Rebus spageti dan sebelah lagi tumis kuah spageti. Guna dua-dua dapur untuk mencapai tahap kepantasan yang maksima.hehe...

Maka terhasillah seperti gambar di bawah.

Resepi Spaghetti Meatball Mudah dan Sedap

Resepi Spaghetti Meatball Mudah

Bahan-bahan:
1/2 bungkus spageti - di rebus sehingga lembut dan di tos airnya.
1 botol sos spageti 
1/2 bungkus daging kisar
20 biji meatball
2 sudu besar cili kisar
1 biji bawang holland - potong dadu
minyak zaitun
2 cawan air
Mozarella Cheese
1 ketul cube ayam 
Garam

Cara-caranya:
1. Tumis bawang holland sehingga naik bau. Masukkan cili. Masak sehingga pecah minyak. Masukkan daging kisar. Biar sehingga mendidih. Kemudian masukkan sos spaghettidan air. Biarkan sehingga mendidih.

2. Setelah mendidih, masukkan sedikit  cube ayam, garam dan cheese. Jika sudah lulus ujian rasa.. bolehlah masukkan meatball. Biarkan sehingga masak. 

3. Curahkan di atas spaghetti yang telah di tos.

Note: Bawang tu saya blend sebab anak fobia dengan bawang.. hehe. Meatball & daging kisar saya guna jenama Ramly. Cili pula sebab nak rasa pedas sikit... Biasalah tekak melayu.:D

Selamat mencuba.

0 comments:

Rupa-rupanya....

1:00 PTG Cahaya Hayati 1 Comments

Assalamualaikum wbt.

Pagi tadi up kat insta sebab kereta tak gerak-gerak kat highway BKE. Hujan... Ingatkan air naik kat flyover bulatan Seberang Jaya. Sebab selalu jammed bila air naik...

Rupa-rupanya di sebabkan kemalangan yang melibatkan 8 buah kereta. Innalillah. Semoga yang terlibat bersabar dan tabah menghadapi dugaan kecil ni.


Tips menghadapi kemalangan. Bukan apa takut tidak tahu nak buat apa di sebabkan panik... Boleh follow step ni....

 tips ketika kemalangan jalanraya

 tips ketika kemalangan jalanraya

1 comments:

Petua Senang Hati

10:25 PG Cahaya Hayati 1 Comments

Assalamulaikum wbt.

Wordless hari ni..



1 comments:

Slow Down Mommy

8:00 PG Cahaya Hayati 0 Comments

Assalamualaikum wbt.

Selamat Hari Malaysia Semua.

Sempena Hari Malaysia ni marilah kita menghabiskan masa dengan anak-anak.  Masa bersama mereka tidak akan berulang.. Hanya sekali!

Tinggalkan semua kerja yang tidak pernah habis. Ketepikan dulu hasrat diri... Beri perhatian kepada anak-anak dan BAHAGIA akan datang. Diri pun terasa tenang. In Sha Allah.

Slow Down Mummy

0 comments:

CPUV Nuffnang | 10 Iklan Sebelum Hari Malaysia

8:00 PTG Cahaya Hayati 2 Comments

Selamat hari Malaysia.

Sedar tak sedar dah 15 hari kita tinggalkan hari kemerdekaan. Esok Malaysia akan raikan hari Malaysia pula.  Sambut Hari Malaysia? Tiada sambutan khas.. Cukuplah dengan merasa sayang dan hargai negara yang aman dan damai. Tak perlu wujud racist...  Tanamkan dalam diri kita ' SEMUA UNTUK SATU' iaitu MALAYSIA.

Alhamdulillah. Rezeki 10 CPUV sebelum Hari Malaysia dari nuffnang. Ingatkan dah tiada sebab hampir 2 minggu iklan nuffnang hilang dari blog. Web Nuffnang pun tak boleh buka... Macam Jerebu pula. Hehe..


Kalau singgah & nampak iklan nuff tengah berkelip-kelip tu.. tolong la klik sama & tinggalkan jejak di ruang komen. Win win situation ok!


2 comments:

Lemon Mint Fizzy

4:00 PTG Cahaya Hayati 2 Comments

Assalamualaikum wbt.

Lemon Mint Fizzy

Hari ini nak share resepi lemon mint fizzy. Hanya ada di jual di Pizza hutz... Rega segelas kat sana pun RM 5.00++. Mahaikan? Jadi, meh kita buah sendiri air yang sedap ni.

Resepi Lemon Mint Fizzy
Lemon Mint fizzy

Resepi Lemon Mint Fizzy

Bahan-Bahan:
Sebotol Sprite
Satu genggam daun pudina - koyak-koyakkan supaya air sprite dapat menyerap rasa pudina.
1 biji lemon - potong nipis.
Ais.

Caranya: 
Campurkan bahan tadi di dalam jug dan kacau seketika agar rasa pudina dan lemon sebati dengan air.
Dah siap. Hidangkan bersama ais.

Bolehlah cuba untuk makan malam nanti.

2 comments:

Entry Resepi Tetap Mendahului Carta

2:00 PTG Cahaya Hayati 2 Comments

Assalamualaikum wbt.

Nampak gayanya, iolls kena tukar tema blog dari macam-macam kepada resepi. Ramai rupanya yang dok search resepi terutamanya resepi yang 'rare'.

Nak up resepi apa yer.. Dah la jarang masak sekarang ni. hmmmm... nantilah iolss pikiaq resepi apa yang rare, senang dan ramai suka. hiks hiks.


Untuk resepi yang mendahului carta minggu ni bolehlah ambil di bawah:

Resepi Koay Teow Th'ng

Resepi Mee Sanggul Goreng


Terima kasih kerana membaca entry ini.

2 comments:

Segmen irrayyan | Hari Malaysia 2015

11:00 PG Cahaya Hayati 10 Comments

Assalamualaikum wbt.

Segmen irrayyan | Hari Malaysia 2015


Segmen Irrayyan | Hari Malaysia 2015

Syarat-syarat segmen mommy bagi mudah jer. Kena ikut semua tau. 

1. Folow blog irrayyan.com . Yang dah follow, terima kasih.

2. Letakkan banner segmen irrayyan di atas pada permulaan entri.

3. Tajuk Segmen irrayyan | Hari Malaysia 2015 dan linkkan ke entri ini.

4. Letakkan satu gambar anda sempena Hari Malaysia. Gambar boleh secara selfie/wefie atau gambar biasa. 

5. Berikan caption ringkas berkaitan gambar tersebut. 

Tu jer. Mudah sangat kan. 

Tarikh tutup penyertaan adalah 16/9/2015 , jam 6 petang. Lebih dari jam 6, mommy dah tak kira.


Segmen Irrayyan | Hari Malaysia 2015
Siapapun kita, Malaysia tetap di hati.
Senangkan? Jom join ramai-ramai...

10 comments:

Resepi Ayam Panggang Rosemary

Petang sabtu sebelum ke hospital melawat bapa mertua sempat marinate ayam untuk dinner. Buat siap-siap sebelum encik suami tanya malam ni nak makan apa.. hehe. Memang ayat tu yang keluar semasa dalam perjalanan balik.

Suami: Malam ni kita dinner apa?
Mommy: Kita diet malam ni. Makan ayam panggang saja.
Suami: Bila sayang marinate?
Mommy: Tadi sebelum keluar.
Suami: Ni yang buat abang sayang lebih ni..
Mommy : Oooo... Sayang ada maknalah ni.
Suami: :D ( lebar senyumannya)...

Biasanya bila lunch dah kat luar... malamnya pula, saya akan cuba masak juga. biarlah ringkas, janji masak dengan penuh kasih sayang, sedap dan mengenyangkan perut.

Resepi Ayam Panggang Rosemary


Setakat menu ringkas bersama bahan yang sedia ada di rumah, maka terjadilah Ayam Rosemary Panggang. Panggang ayam semata-mata. Tak larat nak campak ubi kentang sebab bahana makan laksa dah terasa. Masukkan dalam oven, set suhu dan masa.. biarlah sehingga bunyi 'ting'.

rosemary chicken
Rupa sebelum letak sos lada hitam. 

Resepi Ayam Panggang Rosemary

Bahan-bahan:
Ayam - ikut suka korang banyak mana. 
Sos lada hitam -
Sos BBQ - guna jenama life.
Rosemary kering - boleh di dapati di giant atau tesco. Letak lebih untuk dapatkan rasa dan bau rosemary.
Mixed spiced  - boleh di dapati di giant atau tesco

Cara-caranya:
Perap ayam dengan semua bahan di atas. Letak dalam peti sejuk selepas perap selama 1 jam atau lebih.
Bakar ayam dengan suhu 220C selama 1 jam. Tempoh & suhu  bergantung kepada jenis oven. Kat rumah guna jenama Tefal saja. Boleh tambah kentang dan bakar bersama ayam ini.
Dah masak hidangkan bersama salad, kentang goreng & juice.

Ayam rosemary panggang
Ayam rosemary & lemon mint Fizzy
Kali ini menggunakan sos lada hitam dari jenama Ramly. Hasil borongan masa balik kampung hari tu. Sepeket ni baru RM5.00++ saja. Untung sebab banyak... Rasa dia memang sedap & pekat. Terasa lada hitamnya.

Ramly tasty black pepper

selamat mencuba.


4 comments:

Bahana Langgar Pantang

2:00 PTG Cahaya Hayati 0 Comments

Orang tua-tua dah kata. Jangan langgar pantang... Akibatnya badan yang tanggung. huhu

Petang jumaat lepas kerja ajak encik suami ke pasar malam. Nak cari makan untuk makan malam. Dah terlajak ke pasar malam, encik suami kata beli ikan sekalilah untuk stok dalam peti sejuk.  Jadi urusan membeli di serahkan kepada incik suami. mommy pula dukung si Aisy sambil perhatikan Aisya dan Ammar. Nahhh.. bila nak siang tengok-tengok semua ikan sardin dah pecah perut. Dah tak sedap untuk goreng.

Jadi cakap la kat encik suami yang ikan tu dah tak sedap buat goreng. Buat kuah laksa bolehlah... Maka jadilah laksa penang esoknya.

Bila buat sendiri laksa, haruslah teringin nak makan. Makan sebab lagi 2 minggu nak cukup satu tahun pantang makan laksa. Ingatkan dah tak jadi apa-apa... Sekali seram sejuk, sakit belakang dan urat datang. huhu... Nampaknya kena pantang makan laksa lagi la. Dah la favorite dish ni..

Resepi Laksa Penang
Laksa Penang
Resepi Laksa Penang boleh dapatkan di SINI

0 comments:

Ujian

11:00 PG Cahaya Hayati 2 Comments

Assalamualaikum wbt.

Salam di hari isnin. Ambil sedikit masa untuk mencoret cerita hari minggu di sini. Penatnya menggalas tugas seorang anak, isteri dan ibu tidak dapat di gambarkan. Namun semua ini akan menjadi kemanisan untuk di kenang pada masa akan datang.

Hari jumaat minggu lepas, emak sudah discaj dari hospital sultanah bahiyah. Malamnya pula, bapa mertua di masukkan ke hospital Kulim. Kena tahan dan masih belum boleh keluar lagi di sebabkan darah dan gula masih tinggi....

Dugaan demi dugaan datang. Kami hadapinya dengan sabar dan redha. Ujian dan dugaan akan mendekatkan kita kepada-Nya. In Sha allah.



Pagi sabtu pula, Ammar akan mengambil ujian kelayakan masuk ke darjah satu sekolah rendah islam. Saingan sengit sebab dengar-dengar hanya 105 pelajar saja akan di ambil untuk tahun depan. Hmmm... 

Sementara menunggu Ammar habiskan ujian... Mommy, kakak & aisy sempat ber'wefie'. Tapi Aisy tu mana reti dok diam... Susah nak ambil gambar yang cantik. Asalkan ada sudahlah...



Sebelum tamat peperiksaan, mommy sempat snap ammar yang tengah menjawab periksa dari belakang. Macam-macam dia dok buat..sat garu kepala, sat padam, sat dok pikiaq... Cuba teka yang mana Ammar?


Dalam kereta, tanya Ammar boleh buat atau tidak.. Ammar jawab dia boleh jawab semua. Ada yang abang tak tau tapi abang tanya cikgu macammana nak jawab. hehe.. Pandai! 

So, tunggu result pula lepas ni. Lagi 2 minggu... Harap-harap dapatlah.

Pagi ni sambil menikmati nasi lemak sambal udang sempat lah blogwalking ke 3 blog ni.. In sha Allah lunch nanti sambung BW lagi.



Terima kasih kerana membaca entry ini.

2 comments:

Isteri, Jangan Tempah Tiket Ke Neraka

8:00 PG Cahaya Hayati 1 Comments

Assalamualaikum wbt.

Kebelakangan ini sering terdengar kisah kecurangan seorang isteri. Menduakan suami... Erk! Macam tidak percaya pula seorang isteri malah sudah bergelar ibu sanggup berlaku curang. Membahagikan perasaan kepada lelaki lain... 
Apa yang di kehendaki oleh wanita yang bermain kayu tiga ini? Tidak puas? Tidak bahagia? Ingin mencari kemewahan? Atau ingin melayan nafsu semata-mata. Yang pasti hanya mereka yang ada jawapan...

Bahagia ciptaan ini bagaikan menempah tiket ke neraka.. Hukum agama yang jelas bagi isteri yang nusyuz. Tidak ingatkah kalian bahawa syurga isteri adalah di bawah telapak kaki suami?


Kadang-kadang bila melihat kecurangan yang berlaku depan mata.. mereka ini seolah-olah bangga dapat menawan hati lelaki lain selain suami.. Gediknya hanya Allah yang tahu...
Tahukah kalian, mata yang memandang ni menyampah dengan perlakuan tersebut.



Bukan tak ingin menegur tetap.. kebanyakkan yang berlaku curang ini tahu dan akui sedar dengan perlakuan tersebut. Cuma membiarkan kerana merasa bahagia. Seolah-olah seperti zaman percintaan di usia remaja. Hmmm..  Apa lagi yang perlu di perkatakan?


Tahukah kalian... Alasan yang paling banyak suami menceraikan isteri adalah di sebabkan isteri curang..

Pernahkah kalian terfikir selain penceraian banyak lagi hukuman yang sang suami boleh hadiahkan khas buat isteri curang.. antaranya adalah berbuat curang juga dengan motif membalas balik apa yang pasangan lakukan. Ataupun menjatuhkan hukuman gantung tak  bertali.. Nauzubillah. 

Semoga yang membaca entry ini adalah isteri dambaan suami dan calon ketua bidadari di syurga nanti. In sha Allah.

1 comments:

Pengikut

Google+ Followers