Kuasa Sedekah - Cahaya Hayati

16 Dis 2015

Kuasa Sedekah

Assalamualaikum wbt.

Aku bukanlah seorang yang baik sangat. Masih ada sisi-sisi yang kurang baik. masih memikirkan perkara-perkara yang negatif. Masih ada minda jahat yang menghasut agar menjauhi kebaikan.

Aku akui aku kurang memberi sedekah. Sebabnya? 

Sebab dalam minda aku terdapat satu perasaan jahat yang mengatakan peminta tersebut di dalangi oleh sendikit yang ingin memperolehi wang dengan cara yang mudah dan cepat.  
kuasa sedekah
Tapi aku sedar akan KUASA SEDEKAH. Aku hanya akan beri ketika hati aku rasa ikhlas dan tidak was-was. Beri kepada yang benar-benar memerlukan. Bukan kedekut cuma lebih berhati-hati agar tidak tertipu.

kuasa sedekah

Aku blogkan tentang kuasa sedekah agar aku dapat didik hati ini agar ikhlas memberi. Di mana orang sekarang kata sebagai ' future rewards'. Bukan mengharapkan balasan tetapi agar pemberian hari ini akan di sambung oleh si penerima dan seterusnya.

Agar dapat membantu insan yang benar-benar memerlukan.

kuasa sedekah

Sedekah bukan sekadar wang. Kita boleh sedekah apa saja yang kita mampu. Ilmu, tenaga, makanan, malah senyuman juga merupakan sedekah. Mana tahu dengan senyum saja kita boleh menenangkan perasaan orang yang melihatnya.

Dalam belajar mengikhlaskan diri, aku hayati kelebihan bersedekah. Barulah hati ini menjadi lebih ikhlas. :)
kuasa sedekah

kuasa sedekah

Jom kita bersedekah. Sedekah saja apa yang kita mampu. :)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan