Trowback UPSR 1992 ~ Tak Cemerlang Pun - Cahaya Hayati

17 Nov 2015

Trowback UPSR 1992 ~ Tak Cemerlang Pun

Assalamualaikum wbt.

Nak buat trowback jugaklah. Selagi tak basi cerita tentang UPSR ni..


Dulu, akak tak study sungguh-sungguh pun. Tuisyen lagilah tak... Pusat tuisyen mana bercambah cam sekarang. Sekolah pun takdak lagi initiative nak buat kelas tambahan macam sekarang.. Semuanya harapkan pembelajaran di sekolah dan homework yang di beri.

Dah nama pun budak kampung. aktiviti akak bila balik sekolah adalah pergi mengaji, balik mengaji main dengan kawan-kawan kampung. Malam tengok tv. hahaha heaven gila.

Masa periksa, pergi sekolah macam bsiasa macam ambik periksa akhir tahun ja. rileks gila.. Jawab sebaik mungkin.

Last masa result keluar, akak dapat 2A 1B 1C. Tak cemerlang tapi bangga sebab boleh beat anak cikgu dan masih lagi dalam kedudukan top 10 sekolah. hihi...  Akak pun bukan pelajar harapan sekolah pun. #sedardiri.


Masuk sekolah menengah baru akak ada cita-cita untuk majukan diri. Selalu bandingkan diri dengan pelajar bangsa lain. Kenapa depa boleh.. kenapa aku tak boleh. Jadi selalu berusaha untuk tempatkan diri dalam top 5 sekolah. alhamdulillah.


PMR berusaha tetapi tak cemerlang gak. huhu... So, usaha lagi masa SPM. Target nak mendapat result yang baik, nak masuk uni dan nak berjaya dalam hidup. Alhamdulillah.. Berjaya melayakkan diri untuk ke uni. Dapatlah sekeping ijazah yang melayakkan mendapat kerja dan gaji yang best serta boleh bantu keluarga.

Kejayaan mungkin datang lambat tetapi asalkan kita berusaha pasti kita akan perolehinya. Kena ada impian yang besar untuk kita berusaha lebih.


Itu cerita UPSR zaman akak. Zaman sekarang dah tak sama. Point akak kat sini adalah jangan mengalah jika tak berjaya sekarang. Masih ada banyak tiket atau tangga untuk di daki.. Teruskan dan kejar impian awak.

Good Luck dear!

2 comments:

  1. geng la kite.. biasa2 saja result =)

    ReplyDelete
  2. upsr ...masih jauh perjalanan bangkit dan jatuh berada di hadapan...

    ReplyDelete