Tahniah - UPSR 2015 - Cahaya Hayati

17 Nov 2015

Tahniah - UPSR 2015

Assalamualaikum wbt.

Tahniah!
Tahniah buat semua pelajar yang mengambil keputusan UPSR hari ini. Kejayaan anda adalah penentu hari esok. Baru satu langkah permulaan.. Masih banyak langkah yang perlu di lalui untuk berjaya. Teruskan usaha demi kejayaan di dunia dan akhirat.
Bagi adik-adik yang mendapat pencapaian yang kurang memuaskan pula, janganlah rasa kecewa dan rendah diri. Usaha lagi pada masa akan datang. In Sha Allah kejayaan akan menjadi milik anda..

Kepada ibu bapa pula, janganlah membandingkan keputusan anak kita dengan anak saudara atau rakan kerana itu akan menyakitkan hati anak, saudara dan rakan. Ini kerana setiap perjalanan hidup seseorang tidak sama. Mungkin dia tidak mendapat pendidikan tinggi tetapi berjaya memiliki perniagaan sendiri dengan usaha kerasnya.. Mungkin dia mendapat pendidikan tinggi tetapi sukar peroleh pekerjaan. Mungkin dia berpendidikan tinggi dan memperolehi kerjaya yang di idamkan..

Yang memperolehi kejayaan pula, janganlah terlalu berbangga dengan kejayaan tersebut. Jauh lagi perjalanan dan liku hidup yang perlu di tempuhi. Kejayaan yang di perolehi adalah satu tiket untuk memudahkan perjalanan hidup. Yang penting adalah terus berusaha.

Sikap, usaha dan akal kita adalah penentu diri kita. Kalau tidak berjaya hari ini, ingatlah esok masih ada. Usahalah untuk mendapat kejayaan pada hari esok.

Good Luck!

~ semak keputusan upsr online di sini

4 ulasan:

  1. tahniah tahniah adik adik yang amek result hari ni =)

    BalasPadam
  2. Tahniah buat semua yang berjaya...anak buah SA pun dapat 5A

    BalasPadam
    Balasan
    1. sampaikan salam tahniah buat anak saudara SA

      Padam