Jaga MyKad Korang!!

3:25 PTG Cahaya Hayati 4 Comments

Assalammualaikum wbt.

Hari ini nak update tentang kad pengenalan atau MyKad. Kad yang paling penting dalam hidup kita. Semua urusan melibatkan kad ini... 

kad pengenalan
Ciri-ciri keselamatan terbaru MyKad.

Kenapa aku update tentang MyKad ini, sebab sepanjang aku bekerja di bahagian kredit ini... bermacam case yang aku handle melibatkan MyKad. Yang melibatkan kerugian kepada syarikat dan juga kepada yang terlibat, yang menanggung sensara akibat penggunaan oleh pihak ketiga, yang namanya di blacklist CTOS.

Case-case ini bukan saja melibatkan MyKad yang original tetapi juga MyKad yang di buat salinan. Jadi, jangan sesenang hati memberi salinan MyKad kepada pihak yang tidak ketahui atau tidak di kenali seperti reseller, promoter dan lain-lain terutamanya yang membuat promosi di shopping complex. 

Penyataan ini bukan untuk menyekat rezeki mereka tetapi adalah untuk anda lebih berhati-hati dalam melakukan urusan yang melibatkan salinan kad pengenalan.
kad pengenalan
Pastikan salinan kad pengenalan anda di cross seperti ini jika melakukan  sebarang pembelian/ transakasi yang memerlukan salinan kad pengenalan.

Antara tips untuk mengelak penggunaan kad pengenalan oleh pihak ketiga adalah:
  • Jika HILANG/ CICIR - sila buat laporan polis dan simpan laporan polis tersebut sepertimana anda menjaga sijil kelahiran. Bukan apa nanti senang cerita jika ada kes salah guna yang melibatkan ic korang. 
  • Jika TUKAR/Memperbaharui IC - Sila pastikan MyKad lama korang di potong di depan korang. Kalau tak potong nanti nama & nombor myKad sama tetapi gambar, cap jari dan alamat adalah lain. Hehe.. korang fikirlah apa yang pihak ketiga ini boleh buat jika dapat nama & nombor Mykad korang???
  • Jika MELAKUKAN URUSAN YANG MELIBATKAN SALINAN MyKad - sekarang pembelian secara kredit, penggunaan perkhidmatan dan lain-lain banyak melibatkan penggunaan salinan MyKad. Jadi anda perlu berhati-hati dalam melakukan urusan tersebut. Lebih terjamin jika anda membuat urusan tersebut di centre atau pejabat syarikat tersebut BUKANNYA melalui orang tengah yang di lantik. 
  • Jangan LETAK KEPERCAYAAN 100% -  Jangan beri salinan kad pengenalan kepada saudara tanpa sebarang tujuan.  Takut di salahgunakan... 
Oklah setakat ini saja tentang kad pengenalan. Jaga & berhati-hati dalam melakukan sebarang urusan yang melibatkan IC.

4 comments:

YB Shehan berkata...

FUH. TQ

Hayati Sakaria berkata...

hahaha. untuk peringatan bersama.:)

Mek Zumbie berkata...

Wow nice info. Memang ramai yang kene bagi peringatan ni especially benda-benda yang brkaitan kalau dapat free free ni.XD

Fendi Rocka berkata...

kena cross salinan ic

Pengikut

Google+ Followers