Gulai Temenung Lemak - Cahaya Hayati

11 Nov 2015

Gulai Temenung Lemak

Assalamualaikum wbt.

Sikit lagi nak habis kerja. Mesti dalam kepala dok fikir nak masak apa, nak makan apa malam ni... hehe. Sama la dengan aku.

Hari ini aku share resepi simple iaitu kari ikan temenung lemak. Selalunya orang tak gemar buat kari atau gulai ikan temenung ni sebab banyak tulang. Sebenarnya ikan temenung ni sedap di buat gulai/ kari di sebabkan rasa dia yang manis-manis lemak. Dihidang pula dengan nasi panas-panas di samping sambal belacan dan ulam-ulaman. Bak kata orang tua dedulu... Mak mertua lalu belakang pun tak sedar. hahaha.

kari ikan temenung lemak
Kari ikan temenung lemak

Nasi untuk tengahari saja. Malam pula kita layan roti cicah kari temenung. Umphhh. 

Makan roti saja. Diet!

RESEPI GULAI TEMENUNG LEMAK

Bahan

6 ekor ikan temenung lemak
8 biji bendi
4 -5 sudu besar rempah kari - bancuh dengan air
RM1 Santan
2 sudu besar minyak
1 sudu kecil herba campur
1 tangkai daun kari
1 biji tomato - 1/2 di potong kecil, 1/2 di belah 3
1 ulas bawang besar
2 ulas bawang putih
garam
air asam jawa 
2 cawan air

Caranya

Panaskan minyak, tumis bawang besar, bawang putih, daun kari dan herba campur. Biarkan sehingga wangi. Kemudian masukkan rempah yang telah di bancuh. Tambah tomato yang di potong kecil. Masak rempah sehingga wangi dan berminyak.

Masukkan santan dan air. Biarkan mendidih seketika. Masukkan garam, asam jawa dan tomato. Rasa.

Akhir sekali masukkan bendi dan ikan. Jangan kacau.

Biarkan mendidih dengan api sederhana selama 10 minit..

Dah siap.

Selamat mencuba!




1 comment: