Fikir Dan Bicara Seorang Anak - Cahaya Hayati

13 Nov 2015

Fikir Dan Bicara Seorang Anak

Assalamualaikum wbt.

Hari ini encik suami telah share tentang post oleh Asyikin Hashim ( pengetua genius aulad Saujana Utama) di wall FBnya. Sesuatu tentang kelakuan dan perangai anak kecil. Banyak manfaatnya. Aku share di sini supaya semua dapat manfaat.


Fikir Dan Bicara Seorang Anak

  • Apabila dia sentiasa ingin di gendong dan tak mahu letak. Maka ibu tidak dapat mandi dan makan. Sebenarnya pelukan ibu adalah tempat paling hebat dan selamat di dunia. Dia berasa tenang dan bahagia. Penuhilah keperluannya itu.
  • Apabila dia pantang di tinggalkan, maka menangislah dia, menghentakkan kakinya serta meraung dan ibu pun naik angin. Banyak kerja yang tidak boleh dilakukan. Sebenarnya dia sangat takut di tinggalkan. Dia risau ibunya pergi dan tidak kembali lagi. Maka, tenangkanlah dia dan katakan kepadanya ' ibu di sini dan tak kemana-mana. Ibu sayang kamu.. jika ibu pergi, ibu pergi sebentar. Nanti ibu kembali.'
  • Apabila dia mulia membaling semua benda yang di pegangnya. Maka ibu membebel, rumah bersepah dan tidak kemas. Sebenarnya dia mahu tahu bagaimana barang itu jatuh ke bawah, bagaimana bunyinya, pecahkah ia, berubahkah bentuknya. Sel-sel otaknya sedang berhubung dan dia sedang belajar.
  • Apabila dia tidak mahu tidur dan ibu sudah naik angin. Esok mahu bekerja. Sebenarnya dia masih belum puas bermain. Dia mahu bermain bersama ibunya. Selepas beberapa ketika, pasti ia mengantuk dan tidur.
  • Apabila dia menangis usai ibu pulang dari tempat kerja. Tiada apa yang boleh menghentikannya kecuali melalui mendukungnya. Sebenarnya, dia sangat rindu pada ibunya setelah seharian tidak jumpa. Apabila nampak saja muka ibu, maka dia melonjak gembira. Dia mahu damping puas-puas dengan ibu.
  • Apabila dia sakit dan tidak mahu di letakkan, hanya mahu tidur di bahu ibu. Maka ibu resah, esok mahu mohon cuti lagi. Sebenarnya, pelukan, belaian, ciuman serta cerita ibulah ubat yang paling mujarab buat dirinya di samping ubat-ubat doktor.
Fahamilah fikiran dan bahasa seorang anak. Semuanya ada makna untuk kita renung dan insafi. Tidak selamanya dia begitu. Tiba masanya, apabila dia sudah tidak lagi mempedulikan... baru kita tahu betapa kita damba anak yang manja dan tangkisannya dulu yang menyemakkan kita.

No comments:

Post a Comment