Bila Suami Minta Makan Di Tengah Malam... - Cahaya Hayati

20 Oct 2015

Bila Suami Minta Makan Di Tengah Malam...

Assalamualaikum wbt.

Dah lama encik suami pantang makan tengah malam. Erk! Akak yang tak bagi dia makan.. Suruh dia jaga pemakanan dan kesihatan. Sapa tak sayang laki oii..

Bila dia temankan si isteri menyiapkan kerja di tengah malam dan bagitau lapar... Haruslah si isteri tunaikan. Tapi hanya yang ini saja si isteri mampu buat. 

Mee segera... Mudah, cepat dan sedap. 

Walaupun segera, akak masukkan pelbagai bahan agar nampak lebih menyelerakan.. Hahaha.


Resepi??? Jangan buat malu akak.. Resepi mudah camni pun takkan korang tak tahu. 

Oklah akak bagitau jugalah... Bahan dia, sebungkus mee segera perisa sup, meatball, sayur sawi, 2 biji cili padi dan sebiji telur.

Caranya. Panaskan air sehingga mendidih. Masukkan meatball, cili padi dan batang sawi. Biarkan mendidih lagi, masukkan telur. Jangan kacau telur tu... 

Last sekali masukkan perencah mee segera, daun dan mee segera. Biarkan sehingga mee lembut.. Dah siap. hidangkan panas-panas.

Pstt. jangan makan selalu tau. Sesekali takpe....

No comments:

Post a Comment