Ujian

11:00 PG Cahaya Hayati 2 Comments

Assalamualaikum wbt.

Salam di hari isnin. Ambil sedikit masa untuk mencoret cerita hari minggu di sini. Penatnya menggalas tugas seorang anak, isteri dan ibu tidak dapat di gambarkan. Namun semua ini akan menjadi kemanisan untuk di kenang pada masa akan datang.

Hari jumaat minggu lepas, emak sudah discaj dari hospital sultanah bahiyah. Malamnya pula, bapa mertua di masukkan ke hospital Kulim. Kena tahan dan masih belum boleh keluar lagi di sebabkan darah dan gula masih tinggi....

Dugaan demi dugaan datang. Kami hadapinya dengan sabar dan redha. Ujian dan dugaan akan mendekatkan kita kepada-Nya. In Sha allah.



Pagi sabtu pula, Ammar akan mengambil ujian kelayakan masuk ke darjah satu sekolah rendah islam. Saingan sengit sebab dengar-dengar hanya 105 pelajar saja akan di ambil untuk tahun depan. Hmmm... 

Sementara menunggu Ammar habiskan ujian... Mommy, kakak & aisy sempat ber'wefie'. Tapi Aisy tu mana reti dok diam... Susah nak ambil gambar yang cantik. Asalkan ada sudahlah...



Sebelum tamat peperiksaan, mommy sempat snap ammar yang tengah menjawab periksa dari belakang. Macam-macam dia dok buat..sat garu kepala, sat padam, sat dok pikiaq... Cuba teka yang mana Ammar?


Dalam kereta, tanya Ammar boleh buat atau tidak.. Ammar jawab dia boleh jawab semua. Ada yang abang tak tau tapi abang tanya cikgu macammana nak jawab. hehe.. Pandai! 

So, tunggu result pula lepas ni. Lagi 2 minggu... Harap-harap dapatlah.

Pagi ni sambil menikmati nasi lemak sambal udang sempat lah blogwalking ke 3 blog ni.. In sha Allah lunch nanti sambung BW lagi.



Terima kasih kerana membaca entry ini.

2 comments:

Amanda Suria berkata...

Dugaan datang bertandang tu biasa kan...allah nak uji nak tengok macam mana kita hadapi dugaan yang diturunkan...moga abang berjaya masuk sekolah agama akan datang

Hayati Sakaria berkata...

terima kasih SA.

Pengikut

Google+ Followers