loading...

17 Sep 2015

# Recipe

Sedapnya Spaghetti Meatball

Assalamualaikum wbt.

Dari minggu lepas dok teringin nak makan spageti meatball. Macam mengidam sebab asyik teringat kesedapan spageti meatball. TAPI bukan mengidam yer!hehhe...

Balik kerja hari rabu hari tu terus keluarkan bahan yang memang ada kat rumah. Rebus spageti dan sebelah lagi tumis kuah spageti. Guna dua-dua dapur untuk mencapai tahap kepantasan yang maksima.hehe...

Maka terhasillah seperti gambar di bawah.

Resepi Spaghetti Meatball Mudah dan Sedap

Resepi Spaghetti Meatball Mudah

Bahan-bahan:
1/2 bungkus spageti - di rebus sehingga lembut dan di tos airnya.
1 botol sos spageti 
1/2 bungkus daging kisar
20 biji meatball
2 sudu besar cili kisar
1 biji bawang holland - potong dadu
minyak zaitun
2 cawan air
Mozarella Cheese
1 ketul cube ayam 
Garam

Cara-caranya:
1. Tumis bawang holland sehingga naik bau. Masukkan cili. Masak sehingga pecah minyak. Masukkan daging kisar. Biar sehingga mendidih. Kemudian masukkan sos spaghettidan air. Biarkan sehingga mendidih.

2. Setelah mendidih, masukkan sedikit  cube ayam, garam dan cheese. Jika sudah lulus ujian rasa.. bolehlah masukkan meatball. Biarkan sehingga masak. 

3. Curahkan di atas spaghetti yang telah di tos.

Note: Bawang tu saya blend sebab anak fobia dengan bawang.. hehe. Meatball & daging kisar saya guna jenama Ramly. Cili pula sebab nak rasa pedas sikit... Biasalah tekak melayu.:D

Selamat mencuba.

Tiada ulasan:

Pengikut

Google+ Followers

Follow Me @cahaya_hayati292